Nuffnang

Wednesday, 2 April 2014

ANAKKU SUKA BERMONOLOG

Hiii Semua

Pernah tak korang semua berMONOLOG.
Betul ka tak pernah. . .
Apa ada yang pernah..
Mesti pernah kan...
Mai kita tengok apa maksud MONOLOG

Maksud MONOLOG mengikut Kamud Dewan Bahasa ialah percakapan yang agak panjang oleh seorang penutur sahaja,biasanya menafikan kesempatan orang lain orang lain bercakap atau mengeluarkan pendapat -percakapan yang panjang lebar oleh seorang pelakon sahaja dalam drama, filem dan sebagainya.

Walaupun anak saya bukan pelakon dalam drama mahupun filem
Saya selalu tengok dia berMONOLOG 
Sejak umur dia 2 tahun 7 bulan dia selalu sangat 
Dia dah pandai berMONOLOG
Kalau dia main mainan dia sorang-sorang 
Mesti ada terperasan dia akan cakap dengan mainan dia
Dia tanya, dia akan jawab sendiri
Normalkan. .sebabnya masa saya kecil-kecil dulu pun ada jugak macam tu
Ada tak korang perasan anak-anak korang macam tu
Sebenarnya seronok jugak perhati masa dia tengah berMONOLOG
Tapi jangan sampai dia perasan 
Nanti mesti dia malu





No comments:

Post a Comment