Nuffnang

Monday, 23 June 2014

Pullman Putrajaya Lakeside


Assalamualaikum. . . 

Minggu lepas saya bermalam kat Pullman Putrajaya. Walaupun rumah saya ke Pullman ni hanya 10 minit nak jugak bermalam di sana. Sebelum ni teringin nak sarapan ja kat Pullman. .tapi bila dah masuk dalam kawasan Pullman. .dah jatuh hati pulak kat Hotel Pullman. Kebetulan nak sambut hari lahir encik suami bolehlah merasa bermalam di Pullman. Seronok, puas hati dan saya ada hati lagi untuk bermalam di sana.

Jadi bagi sesiapa yang teringin nak bermalam di Pullman. .rajin2 la google harga bilik kat Agoda, Asiaroom atau kat website Pullman . Harga bilik saya tu murah ja kot RM250.56. Bilik dia besar dan yang penting dekorasi cantik  dan selesa sangat. .tapi harga bilik saya tak termasuk sarapan tau. Pagi tu saya nak jugak sarapan kat sana, walk in ja la.Ok tak harga sarapan untuk dua orang dewasa RM93.30 . Makanan yang dihidangkan untuk sarapan. .sangat puas hati .Banyak pilihan , memang sesuai la bagi sapa2 yang kuat makan. . .mesti akan cuba semua makanan yang ada. 


Bilik saya kat Jasmine Wing
kat Pullman ni ada
Jasmine wing
Rafflesia Wing
Bungan Tanjung Wing
Lotus Wing
Executive Lounge







Jom menjamu selesa kat B' s.- All day dining .nak tempat makan yang lebih romatik sambil menikmati pemandangan malam yang sangat menarik .bolehlah menjamu selera kat The Village.

















Kalau tengok Pullman ni dari luar nampak kawasan hotel tak lah luas sangat. .tapi bila dah masuk kawasan hotel. Rupanya luas sangat . .dan boleh sesat kot.







Untung masa saya pergi swimming pool ni tak ada orang. .yala masa saya pergi ni hari khamis. tak ramai orang lagi. Dah ada anak ni, tak bawak pergi pool..memang tak sah lah. Budak2 dengan air. memang tak dapat dipisahkan . Fayyadh & Faris memang teruja sangat dapat main air. Tambah2 tak orang masa tu, puas hati la diorang main air. Faris tu pun dah bawak naik atas. masih dok tunjuk air lagi nak turun dan main air.

















Macam mana ada yang berminat tak nak pergi sini????
Walaupun bermalam ni semalam, saya puas hati sebabnya encik suami suka dengan kejutan hari lahir dia dan F&F pun suka dapat main air. Saya??? suka dapat makan macam2 kat B's .
Lepas ni bolehlah sapa2 yang dok buntu nak pergi bercuti tapi kalau bercuti kat sini jimatlah duit minyak dan tol kan..ni untung la bagi orang2 yang tinggal kat sekitar Putrajaya.

Terima kasih singgah blog saya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment