Nuffnang

Tuesday 22 April 2014

l FAMILY POTRAIT l TMN SAUJANA HIJAU l

Assalamualaikummm. . .

Entri kali ni, saya nak kongsikan Pakej Photo shoot yang sangat murah hanya RM49
Sebenarnya dah lama saya ambil pakej ni. .23 Februari 2014..gambar ni simpan ja
Tetiba rasa nak kongsi, mana tau kalau2 ada yang berminat nak buat pre wedding/post wedding,photo shoot dengan kawan2 ,bersama keluarga tercinta atau pregnancy protrait ke
Sebelum ni saya ada survey. .tapi mana dapat dengan harga yang tersangat murah ni kan

Photo shoot dia kat TAMAN SAUJANA HIJAU, PRESINT 11.
Kat mana tu, saya pun pertama kali pergi situ
Sebelum tu, memang google la kat mana la taman saujana hijau
bila google2. .wow memang cantik dan tak sangka pulak kat Putrajaya ni ada taman macam kat oversea. .kesian kot dok Putrajaya lama dah tapi tak pernah pergi
Che Ta pun pernah ambil gambar kat sini.
blogger terkenal si cantik yuyu zulaikha pun photoshoot pre-wedding kat sini jugak
Serius tempat ni memang cantik



Pagi 23 Februari 2014, encik suami ajak keluar rumah awal sikit. .senang dia kata kalau sampai awal. .menyorok(sarapan) dalam kereta ja. sebelum tu, encik suami belikan makanan kat Petronas Presint 9. Huh!!!Syukur Alhamdulillah sampai awal. .kebetulan pagi tu ada Kayuhan Ceria .1st check- point kat situ. .fuh!!ramai sangat orang yang join. .kagum tengok pakcik2 yang join sekali 
Slot kami untuk photo shoot pukul 10 pagi. .
sementara tunggu en ajib photographer boleh lah saya conteng2 muka dulu
En ajib ni kawan satu pejabat masa saya kat JPA dulu
Masa kami sampai tu, ada juga orang lain yang datang ambil gambar kat situ
Nasib Faris & Fayyadh mood depa ok 
jom layan gambar2 kat bawah ni ya. .

jangan risau,semua prop tu en ajib yang sedia




kesayanganku

panas sangat masa ni







ambil peluang bergambar ber2 sementara anak2 tidur


 KAMI

sepatutnya sejam ja masa photo shoot, tapi lebih kot. .terima kasih en ajib sebab tak berkira ..rasanya kalau lepas photo shoot kami tak ada nak pergi mana2 mesti hampir dua jam kot. kami kena pergi KLIA jumpa mak abah saya pergi umrah ..bagi sesiapa yang kenal en ajib, dia sangat peramah dan mudah nak berkerjasama..nak tau tak...???malam tu,saya post gambar ni kat FB.ada dua tiga orang kawan saya yang ambik pakej ni lepas tengok gambar kami. .
kalau berminat nanti seach kat FB the Rubaai  atau nak terus pm/text/whapsApp di talian
 019-2778684.satu hari en ajib dia buat 6 slot

terimakasihbacablogsaya

####adakah korang pernah alami benda yang sama dengan saya
kalau ada event apa2, mesti pening kepala nak pakai baju apa . .belek2 baju kat dalam almari. .buntu nak pilih baju. .last2 saya pilih baju ni.lama dah tak pakai baju ni. .beli masa pregnant Faris dulu.

PaRt II :: Putrajaya

Salam. . .

Terima kasih sudi singgah blog saya. . .

Ketemu lagi . .entri ni sambungan daripada kisah Putrajaya..nampak tak untuk entri Putrajaya ni pun harus bersambung. .nak melawat Putrajaya memang berhari2 jugak kan. .???mesti kalau sebut Putrajaya. .ada juga orang akan terfikir. .ada apa dengan Putrajaya? mesti kompleks2 kerajaan ja. .walaupun semua kompleks kerajaan berpusat kat sini,seni bina bangunannya berbeza kan. .mesti terpegun jugak.Tambah2 di Presint 2, 3 dan 4..saya ada terbaca kat blog SuciUtami. .bila ada satu entri dia ambil gambar kat Putrajaya.. bangga kot. .sebab nampak menarik sangat pemandangan Putrajaya.

Teringin nak naik cruise???. . .kat Putrajaya korang boleh naik cruise dengan menikmati keindahan yang menakjubkan. Pengalaman saya naik cruise ni semasa ada promosi buffet ramadhan. Boleh menikmati hidangan di dalam cruise dan melihat keindahan Putrajaya pada waktu malam. . Untuk menaiki cruise ni, korang boleh membuat pilihan samada ingin menaiki pelayan persiaran tasik Putrajaya melalui bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang direka khas seperti perahu tradisi Melayu. Selain itu, bagi yang berminat untuk mencipta kenangan yang bermakna dan suasana romantik, Cruise Tasik Putrajaya ada menyediakan perkhidmatan "Pengalaman Makan Malam dengan Kelainan" iaitu dengan menaiki bot mewah. Mungkin ni salah satu tempat yang perlu korang pergi sendiri..memang berbaloi.

Jeti Putra, Jambatan Putra

Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia

Email: sales@cruisetasikputrajaya.com

Phone: (603) 8888 5539

Fax: (603) 8888 3769

Social Media

Dah penat2 jalan kat Putrajaya ni nak makan kat mana ya..???Kalau yang nak membeli-belah & makan , Alamanda la tempat yang paling sesuai. .Alamanda ni sebuat pusat membeli belah yang mempunyai bermacam jenis kedai, restoran,boling, panggung wayang dan medan selera. Nak parker kereta , memang tak ada masalah. Ok, kalau nak makan ja kat mana, korang bolehlah Food Court Presint 8 dan 9. berdekatan food court Presint 9 tu, ada kedai mamak. .Selain tu, kat Taman Warisan Pertanian, Presint 16( ada satey Hj Samuri, Nasi Ayam dll). .ada lagi. .kat Presint Diplomatik, kat sini banyak sangat pilihan . .kalau nak makan masakan Thai makan kat Restoran Thai Tom Yam Kung, nak makan nasi arab - makan kat Mr Kabab & Biryani (Makanan Trandisi Arab & Pakistani), masakan melayu pantai timur (Nasi Ulam ida -nasi kukus ayam dara) dan makan barat pulak boleh singgah makan kat Pasta Express.Untuk yang penat bergambar kat kawasan Presint 2 atau 3, bolehlah makan kat Galeria PJH..yang berdekatan masjid Putraya - tempat makan terdekat ialah selera putra. Selera Putra ni terletak di Sisiran Putrajaya, Dataran Putra, Presint 1. Kat Putrajaya ni, setiap hari selasa dan jumaat..ada pasar tani(pasar malam)..bolehlah pergi kalau sapa2 nak cuba kelainan pasar tani kat sini. Nak main pasir kat Putrajaya???Ada jugak tau. .bolehlah baca kat entri saya sebelum ni.

Antara aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya ialah Putrajaya Internasional Islamic Arts & Culture Festival, Festival Bunga Api(sept) , Karnival Jom Makan Buah(disember), Putrajaya Lighting Festival, Floria(jun), Festival Ramadhan Putrajaya, Putrajaya Internasional Hot Air Ballon dll.Untuk memudahkan korang buat rujukan bolehlah semak di website perbadanan putrajaya.Ok lepas ni, bolehlah melawat Putrajaya ya. . .saya harap entri saya ni sedikit sebanyak membantu korang yang tengah buntu nak jalan2 kat sini.

Sekian

Wassalam


Part I ::JOM KE PUTRAJAYA

Salam semua. . .

Apa khabar semua. . .mesti pelik kan. .kenapa Putrajaya jadi tajuk entri kali ni. .saja la nak promosi Putrajaya. .walaupun saya dah tinggal kat sini hampir enam tahun , saya belum habis jelajah Putrajaya. .banyak sangat tempat2 yang menarik dan acara2 besar yang ada kat sini setiap tahun. Kadang2 tak dapat  nak pergi, tengok kat tv ja. .tapi sejujurnya saya suka sangat tinggal kat sini. . .

Bagi sesiapa yang plan nak datang melawat Putrajaya, saya cadangkan pilih masa yang sesuai. .datang la bila ada acara yang menarik. Bukan maksud saya tak bagi datang. .tapi kalau datang masa ada acara ni.memang untung..Kat Putrajaya ni, memang tak cukup kot kalau sehari ja kita nak pusing2. .banyak sangat tempat yang kita nak pergi. .selalunya kalau orang datang Putrajaya..mesti melawat Masjid Putra kan. .tak kisah muslim atau non-muslim. .mesti akan bergambar kat kawasan Masjid Putra. .Tambah2 sekarang ada Masjid Sultan Mizan atau dikenali Masjid Besi. . .mesti nak juga merasa sembahyang kat situ..masjid memang cantik sangat. .berdekatan masjid ni kalau jalan kaki  kat depan tu boleh bergambar kat istana kehakiman..ni antara tempat orang selalu bergambar.

Selain tu, kat Putrajaya banyak taman2 yang boleh kita beriadah antaranya Taman Botani, Taman Wetland,Wawasan,Rimba Alam, Putra Perdana,Selatan,Saujana Hijau , Warisan Pertanian dan Ekuestrian Putrajaya. Kat Taman Botani banyak aktiviti yang dapat kita lakukan..antaranya aktiviti exsplorasi( botani walk& hunt,botani cycle&hunt) dan modul pendidikan(sesuai untuk yang datang berkumpulan) . Bagi sesiapa yang berminat untuk berbasikal ,kat sini ada perkhidmatan sewa basikal.Boleh la rujuk kadar bayaran yang dikenakan. .kalau nak adakan majlis perkahwinan kat sini pun boleh jugak tau. .nak detail lagi bolehlah semak kat website perbadanan putrajaya
A. EKSPLORASI TAMAN
Bil Perkara Kapasiti Kategori Kadar Catatan
1 Lawatan Berpandu Ke Taman 10 orang (min) Individu
Pelajar
RM 5.00
RM 3.00
Masa Bagi Lawatan Berpandu (Walk-In)
I. 9:00 am
II.10:30 pg
III. 2:30 ptg
IV. 4:00 ptg
2 Tiket ke Moroccan Pavillion Individu
Pelajar
RM 3.00
RM 1.00
3 Aktiviti Eksplorasi
a. Botani Walk & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 10.00
2 Jam
b. Botani Cycle & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 15.00
2 Jam
c. Botani Explorace 10 orang (min) Seorang RM 15.00
2 Jam
d. Botani Morpho Hunt 10 orang (min) Seorang RM 5.00
1 Jam


B. SEWAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN
Bil Perkara Kapasiti Kategori Kadar Catatan
1 Basikal Satu Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 2.00 / jam
Dua Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 4.00 / jam
Baby Carrier Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 1.00 / jam
Satu Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 4.00 / jam
Dua Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 8.00 / jam
Baby Carrier Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 2.00 / jam
2 Trem Individu
Pelajar
RM 4.00
RM 3.00
Masa Perjalanan adalah setiap 1 jam bermula jam 9:00 pg hingga jam 5:00 ptg
Pakej Tempahan RM 50.00 / trip

Bagi sesiapa yang berminat nak menunggang kuda, kita boleh pergi ke Taman Ekuestrian Putrajaya(TEP). Ingat tak drama Ariana Rose tu. .mesti ramaikan yang menonton cerita ni. Tengku Adam dan Ariana berlakon kat sini la. . .mesti masa drama ni tengah ditayangkan , ramai yang datang sini. Kemudahan yang disediakan kat sini ialah sekolah menunggang dan Mangiamo!Cafe.Waktu Operasi cafe ni pukul 8.00 Pagi -10.00 Malam. Berminat nak pergi hujung minggu ni, TEP ada promosi istimewa iaitu weekend joy ride. nanti bolehlah telefon ditalian di bawah. .atau yang masih tercari2 tempat untuk candle light dinner..kat sini pun boleh jugak tau. .mana tau nak sambut ulangtahun perkahwinan atau meraikan ulangtahun kelahiran orang tersayang . .atau nak buat kejutan kat si dia. .tempat ni sesuai sangat.

macam mana nak pergi ke TEP .klik sini promosi

Okeyh, jumpa di entri seterusnya. . . .

Sunday 20 April 2014

ASAM PEDAS IKAN MERAH BP tapi orang utagha yang masak

Assalamualaikummm...

terliur x. . .


20 April 2014
Tepat2 umur Fayyadh 2 tahun 8 bulan.
kejap ja kan. . .semoga Fayyadh menjadi anak yang soleh
sekarang kalau tanya Fayyadh nak jadi apa bila besar nanti. .jawapan dia mesti ultraman
Nanti dah masuk tadika, mesti dia dah tukar kot cita2 dia tu.
Faris pulak dah laju meniti kat tepi meja dan sofa. .
Pandai buli abang dah. .gigi baru naik sebtg. .
terima kasih Allah atas kurnia yang amat bermakna .
Betulkan anak2 ni penyeri rumahtangga

semalam bangun pagi2, saya ajak encik suami pergi Pasar Borong, seri kembangan
buka 24 jam. .Lama dah tak pergi. .selalu encik suami ja pergi
Memang puas hati kalau beli barang basah kat sini
Harga jauh lebih murah berbanding beli kat area Putrajaya.
Hujung minggu ramai sangat orang

Fayyadh, kalau nampak abah dia pegang ikan,sotong , udang dia pun sibuk nak pegang
tapi dia siap mintak kebenaran kat abah dia dulu
Abah pun tak sampai hati nak bagitau  tak bagi
Faris nampak ikan keli gerak2 dalam tong tu, dia siap tegur. .

kalau nak beli ikan, udang, sotong kat sini jangan terus beli tau
Pusing2 dulu, sebab nak survey harga
Bila dah pusing2 tu, baru kita tau kedai mana yang tawarkan harga yang lebih murah
saya minta encik suami belikan ikan merah
lama dah tak masak ASAM PEDAS BATU PAHAT
ikan merah kat sini murah kot
sekilo Rm20,murah x???

Tu baru mukkadimah
panjang berjela2 kan
minta maaf yaa
ok jom masak
sebelum tu kita kena sediakan

5 potongan isi ikan merah - bersihkan dan toskan
*18 tangkai cili kering - terpulang kp tahap kepedasan masing2 tau
-gunting2 dan rendamkan dalam air panas
*3 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*1 inci halia
*3/4 inci kunyit hidup
segenggam daun kesum
asam jawa+ air secukupnya
gula + garam secukup rasa
* kisarkan
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing. Kemudian masukkan asam jawa yang dicampur dengan air(2 sb kalau guna asam jawa extra adabi).Kacau dan biarkan sehingga naik minyak.Tutup dan renihkan dalam api yang perlahan. Tutup tau,nanti sepah habis dapur dengan corak percikan merah dan menambah kerja ibu2 untuk membersihkan dapur.Masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan gula+garam secukup rasa. Kacau rata dan masukkan daun kesum+ikan.Kuah tu biar pekat jangan ceroi. Biarkan seketika sehingga ikan masak dan tutup api.

++perhatian: jangan masuk ikan terlalu awal. .nanti ikan merah kesayangan anda akan hancur.


terimakasihenciksuamibagiresepini

Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih

LAWATAN KE PETROSAINS

Assalamualaikum. . .

Baru-baru ni Taska Fayyadh ada buat lawatan sambil belajar ke Petrosains, KLCC. Lawatan Fayyadh , ibu pun ikut sekali. .biasa la ibu risau Fayyadh kecik lagi. Risau jugak nak lepas dia pergi dengan cikgu2 taska . .macam2 ibu fikir.Hari sebelum tu, bila tanya Fayyadh nak pergi mana. .ada apa kat Petrosains. .dia bagitau ayyadh nak tengok dinosour. Mungkin cikgu dia dah cerita sikit2 . .Fayyadh dia lebih teruja nak naik bas. .ni kali kedua dia naik bas. .sebab tu suka sangat bila cikgu bagitau naik bas. .Syukur, bos ibu bagi pelepasan untuk ikut Fayyadh. .lawatan ni buat hari kerja..Isnin baru2 ni ibu dah amek cuti kecemasan sebab Faris demam..

Untuk pergi ke lawatan ni,Taska Ayu Manja ada sediakan dua buah bas. .sebuah bas untuk kanak2 yang pergi bersama ibu/bapa. .sebuah bas lagi untuk kanak2 yang pergi tanpa penjaga. Pagi tu semua kena berkumpul sebelum nak bertolak. .ada sedikit penerangan. Pukul 9.00 pagi, kami bertolak .Masa dalam bas, Fayyadh nak terkucir. .nasib dia pakai pampers. . tapi sekarang dia memang tak nak k****** dalam pampers dah. .lama jugak pujuk dia suruh k**** ja dalam pampers..15 minit jugak pujuk dia, baru lah dia nak..Ayyadh nak k****kat toilet..Pukul 10.15 pagi, rombongan cik kiah sampai. .
muka budak seronok naik bas
Masa dalam bas,auntie Reha dan auntie Aimi edarkan tiket.Ni tiket kami dua orang

Sampai2 tu, berkumpul dulu..bila dah semua ada baru naik lif.Petrosains ni kat tingkat 4. Lama jugak tunggu nak masuk..untuk masuk ke dalam tu naik gondola..maaf ya saya tak ambil gambar gondola..sebabnya ada amaran tak bagi ambil gambar masa kat dalam tu..masa dalam gondola tu,budak2 memang la seronok  tapi gelap la sepanjang perjalanan .Sebelum sampai kat dalam tu, ada informasi2 yang dipaparkan..menarik dan kita tak terlepas dari apa yang ditayangkan...tambah2 pertama kali naik gondola tu.


tunggu nak naik gondola
Fayyadh nak cuba semua pameran yg ada


Tunggu giliran  naik mini jentolak
Fayyadh memang nampak dia teruja sangat nak cuba semua benda


Nasib Fayyadh tak takut. .
Dinosour ni ada bunyi yang menakutkan






Singgah kat XPLORASI-Petrosains Gift Shop sebelum nak balik
Bolehlah beli apa2 buat kenangan

Tunggu bas. .semua kelaparan+penat


nak jugak selfie 

belek ole2 dari Petrosains
kat Faris, Fayyadh beli dinosour
nanti dapat kat Faris,mesti dia masuk mulut 
Sebelum nak masuk kat dalam tu, disarankan korang isi perut dulu tau. .penat dan cepat rasa dahaga..tapi bagi sesiapa yang tak sempat nak makan kat dalam tu ada Molecule Cafe..Fayyadh yang susah nak makan ni. Saya beli donat besar tue, habis dia makan. .mungkin dia penat sangat.masa saya pergi ni, ramai budak2 sekolah buat rombongan. . .dorang semua beli megi. . masa lawatan dan kat cafe ni memang sesak sikit la dengan budak2 sekolah. .

Walaupun lenguh jalan kat dalam tu, boleh dapat informasi berkaitan dunia sains.. anak2 kita boleh cuba sendiri aktiviti2 yang disediakan kat Petrosains. . memang tak rugi la bawak anak2 pergi sini.kita boleh pupuk minat anak2 dari kecil untuk meneroki dunia sains. .terima TASKA AYU MANJA buat lawatan ni. .kalau nak tahu lebih detail tentang petrosains bolehlah klik disini 

Sebagai panduan untuk sesiapa yang berminat nak pergi .

Rancang betul2 sebelum pergi. .dan pilih masa yang sesuai..kalau sesak sangat ,bertambah penat dan tak dapat nak cuba aktiviti. kesian kat anak2 kita kan. .

Ok, wassalam.



Thursday 10 April 2014

kErAbu TeLuR ReBUs

Salam Jumaat

Hari ni rehat lamakan....korang semua pergi mana. . kaum Adam semua pergi masjid. .dengar khutbah tau jangan tidur pulak...kaum Hawa mesti ramai yang pergi shopping. .tak pun pergi lunch jauh sikit . .tak, pergi makan kat kafe kat pejabat ja.. kat pejabat saya setiap hari jumaat ada jualan. Kalau pergi jualan tu ja memang boleh habis duit. . bukan boleh cuci mata ja. Macam2 ada. .nak2 baju anak2 yang chomel dan smart. . .memang dah macam Jalan TAR kot. Nawaitu nak pergi beli pisang goreng kat kafe. .tapi bila sampai nampak kek redvelvet. .dah terbeli kek. .dan dah beratur nak bayar. .teringat pulak kat anak&suami . .pergi  tengok apa yg menarik. .
tengok makcik tu tengah susunkan karipap frozen. .saya pun belilah karipap dan ice cream goreng frozen.nampak tak duit tu mengalir macam air .
Otw, nak balik pejabat. .nampak tudung cantik. .saya TERBELI sehelai.Huh!!adakah korang pernah alamai benda yang sama. .

Minta maaf dah lari dari tajuk sebenar. .
Okeyh, kali ni saya nak kongsikan resepi yang sangat simple dan boleh sangat cuba buat. Mana tau kalau kat rumah tu dah tak stok barang basah  nak masak.Tinggal telur ja kat rumah. Malas nak kuar pergi beli lauk kan. .
Boleh la cuba resepi ni.

KERABU TELUR REBUS..makan dengan nasi panas2 memang sedap.

Bahan2nya

3 Biji Telur ( cuci+ lepas tu rebus sehingga masak)
2 Biji Tomato+1 Biji Bawang Besar+5 Biji Cili Padi (Potong halus macam nak buat air asam)
Belacan (besar ibu jari)
2 SB Cuka
Garam secukup rasa
Air secukupnya(jgn banyak2 tau)

Lepas dah siap potong tomato+bawang+cili padi+belacan+Cuka+air
Campurkan semua bahan 
Kecuali telur(telur potong empat)
Bila dah gaul semua bahan tu
Baru masukkan telur
++cili padi tu ikut  kepedasan masing2 tau.
Kalau nak tambah kesedapan boleh masukkan daun ketumbar

Okeyh dah siap
Boleh dihidang
Selamat mencuba dan menjamu selera


****terimakasihmakbagiresepini


Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih

Tuesday 8 April 2014

080414 : MuHammAd FarIS HijAzi 10 Bulan

Hiii Semua

Hari ni tepat Faris 10 bulan. ..bermakna saya  berjaya menyusukan  Faris secara ekskulif dah 10 bulan. Seperti mana yang kita tahu susu ibu adalah makanan yang paling sempurna untuk bayi kerana mengandungi semua zat yang diperlukan dalam kadar yang betul. Saya percaya susu ibu merupakan hadiah yang paling bermakna yang dapat saya berikan kepada anak-anak saya. Kandungan susu ibu tak mungkin sama dengan mana-mana makanan lain kerana susu ibu ni tak boleh ditiru. Susu ibu ni hidup dan mengandungi sel darah putih manakala susu formula adalah sebaliknya.

Khasiat susu ibu akan memberikannya perlindungan sehinggalah mereka dewasa kelak.Dengan penyusuan susu ibu ,kita dapatkan mengeratkan hubungan ibu dengan anak. dan menjimatkan wang..betul tak???Bayangkan kalau susu formula kita terpaksa membeli setin setiap bulan. Memang dapat rasa tau. . minta maaf Fayyadh ibu sempat susukan Fayyadh selama setahun dua bulan ja. .tapi ibu tetap bersyukur dapat susukan Fayyadh selama tu..sedih pulak kan...Dengan penyusuan susu ibu juga, ibu2 akan dapat melangsingkan badan tau. .yang ni memang saya setuju. .Masa mengandung Fayyadh dulu  berat saya tak naik banyak sangat tapi masa Faris naik 20 kg jugak dari berat asal.Fuh!!bayangkan. . takut sangat bila nak timbang dan pergi check-up . Takut Nurse bebel. .masa Faris saya sampai kena minum air gula..disebabkan berat berlebihan.Tapi bila saya dalam pantang dan lepas pantang .Syukur, Alhamdulillah berat saya turun dengan jayanya. tak payah nak makan ubat utk turunkan berat badan.

Masa masih dalam pantang lagi.Kecik ja masa ni kan.
Ni hasil drpd susu ibu.:) sorry adik.

stok susu yang saya berjaya kumpul semasa saya cuti bersalin



Doakan saya supaya dapat menyusu Faris sepenuhnya sehingga 2 Tahun.Ameen



Untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif bukan lah senang.
Pernah juga terlalu stress sebabnya anak menangis ja orang ingat anak kita tak cukup susu. . dan suruh bantuan dengan susu formula..kenapa asyik pam ja. Nanti anak nak menyusu tak cukup..tapi saya yakin..susu yang Allah kurniakan cukup untuk anak saya. Saya ada terbaca saiz perut bayi yang baru lahir cumalah sebesar guli kecil. Maksudnya memang cukup la. Memang xda alasan lah susu tak cukup.Kalau dah hari ketiga , kapasiti perut bayi adalah sebesar penumbuk bayi sendiri. Hari ke 10 akan menjadi sebesar kacang walnut atau bola ping pong. Apapun kekuatan mental memang penting.Selain itu, sokongan daripada suami dan keluarga. Alhamdulillah suami saya memberi sokongan sepenuhnya . Encik suami yang akan tolong basuh beg pam susu dan beg pendingin . .kadang2 dia yang jadi alarm kat saya suruh pam susu. Kalau nak menyusu susu ibu ni,kena selalu membaca dan rajin tanya apa-apa yang berkaitan penyusuan kepada orang yang berpengalaman. Saya akui saya sendiri walaupun dah ada pengalaman menyusu Fayyadh. .saya ada juga tersalah faham informasi berkaitan penyusuan susu ibu ni. .disebabkan tersalah informasi 80 oz jugak la susu saya kena buang. 

Masa menyusu Fayyadh dulu ada juga pernah rasa tertekan sebab tak cukup stok kat dia. .nasib la saya ada join group kat fesbuk..Beauty Of Breastfeeding. .dan terbaca post dari seorang pramugari. Masa tu terus semangat dan rasa kagum sangat kat pramugari tu. Walaupun dia kerja kat awam biru dia dapat ja kumpulkan stok utk anak dia. Kiranya saya memang tak ada alasan untuk tak ada masa nak pam susu.  Anak2 yang diberi susu ibu ni dapat rasa pelbagai segi rasa.Untungkan. .kalau ibu makan durian..susu pun akan rasa durian. .kalau susu formula rasanya terhad kan. 
Jadi, anak2 yang susu ibu ni akan mudah menerima pelbagai rasa .
Apapun kita kena jaga pemakanan . .makan dengan teratur dan sihat.

   Cuba baca keratan akhbar ni. . bayi susu ibu IQ tinggi dan Susu ibu Jadikan Anak lebih bijak

Terima kasih kepada yang sudi singgah.


Ok, chan chin chaw.



Saya minum susu ibu
Pipi saya selalu kena cubit 

Ibu tengok pipi Faris pun rasa macam nak tokak(gigit) taw







Sunday 6 April 2014

JOM SEMBAHYANG DHUHA

Assalamualaikummm

Apa khabar semua???

Masa saya sekolah rendah dulu. . selalu tengok abh saya akan sembahyang sunat. .terpikir rajinnya abh sembahyang. .tak pernah pun terpikir abah sembahyang apa..yang tau sembahyang sunat ja.Tak kaji pun sembahyang sunat apa. .

Bila saya dah kerja ni, saya baru ada kesedaran nak sembahyang sunat dhuha ni. Bila tengok maksud doa sembahyang dhuha memang terus terpikat.
Jom la luangkan masa...15 minit ja.
Ambil air sembahyang+sembahyang+siap2+lilit shawl
Kejap ja.

Kalau kita dah mulakan sembahyang.
Insyallah akan jadi amalan kita.
Rasa lain ja bila kita tinggal.

Jom kita semak apa kelebihan sembahyang dhuha.

Sebaik2nya sembahyang dhuha ni dilakukan setiap hari kerana  mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya
dimana seseorang itu akan memperolehi keampuann Allah SWT,
murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani). 

Cara Mengerjakan Sembahyang Dhuha

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi  sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit)

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

3) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
4) Doa

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh





Thursday 3 April 2014

LAla MASak SOs IkAN

Salam semua...

Lala masak sos ikan ni antara menu yang saya masak hari ahad lepas. Lala pun pertama kali saya masak sejak saya kawin tau. Kesian kan..masa anak dara dulu tak nak masak semua nak harapkan mak ja. Bila saya dah masak dan makan lala ni. .baru terfikir. . orang2 yang sabar dan rajin ja kot makan lala ni. kecik2 sangat.

Resepi LALA MASAK SOS IKAN

Bahan2nya


  • 1/2 kg lala -bersihkan dan toskan
  • 1 bj bawang besar-ditumbuk lumat
  • 5 bj bawang putih-ditumbuk lumat
  • 1 bj cili benggala-hiris halus
  • 1 bj cili besar-hiris halus
  • 3 sb sos ikan
  • 3 sb sos plum
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • Air
Jom masak!!!

Masak lala dulu dengan air yang secukupnya. Bila dah masak, angkat dan toskan.Simpan air rebusan lala.
Panaskan minyak..kemudian tumis bawang putih dan besar yang telah ditumbuk lumat..sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos ikan+sos plum+air rebusan lala.
Tambah garam secukup rasa .Lepas tu baru masukkan lala.Kacau sebati ,masak dalam 10 minit.
Akhir sekali masukkan cili benggala +cili besar.
Tutup api dan hidangkan.Nyumm3




Sambal Belacan Tempoyak+Kulit Limau Nipis

+2 Biji Cili Besar
+1 Biji Limau Nipis
+1/2 sb Garam
+Belacan(saiz ibu jari)
+2 sb tempoyak
+Hirisan kulit limau nipis

Tumbukkan cili besar+garam+belacan sehingga lumat.
Kemudian masukkan perahan limau.Lepas dah perah limau. Ambil sekeping kulit yang telah diperah ,potong nipis2 kulit tersebut. Masukkan tempoyak .Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih

Wednesday 2 April 2014

KARI IKAN KEMBONG YOGURT

Assalamualaikummm


Selamat Petang semua


Baru-baru ni saya pertama kali masak KARI IKAN KEMBONG YOGURT..kalau orang utara panggil ikan temenung.Ok bagi yang nak mencuba tu boleh lah masak untuk makan malam ni. Sebenarnya saya tergerak hati nak guna Yogurt tu sebab sayang banyak lagi ada ,tarikh luput 2 3 hari lagi ja. Daripada nak buang baik guna.  Beli plain yogurt tu pun untuk Faris. Faris tak berapa suka lagi makan bubur atau nestum. .dia nak makan yogurt yang dah ada perisa ja. Yogurt Strawberi memang dia suka sangat..
Jom tengok apa resepinya

Bahan-bahan

4 ekor Ikan Kembong
1 biji bawang besar*
5 biji bawang putih*
1 sb halba campur
3 sb serbuk kari - saya guna serbuk kari adabi
2 tangkai daun kari 
1 cawan YOGURT
minyak masak
air secukupnya
garam + gula secukup rasa

*tumbuk sehingga lumat

Cara-cara

Mula-mula bersihkan ikan,potong dan toskan.
Tumiskan bawang+halba campur+daun kari sehingga naik bau
Masukkan serbuk kari (sebelum tu serbuk kari dibancuh dengan sedikit air)
Masak sehingga terbit minyak dengan api yang sederhana
Kemudian masukkan yogurt yang telah dicampur dengan air
Kacau rata semua bahan 
Masukkan ikan .masak sehingga mendidih
Bila dah ok, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang

jap...jap...kari saya kosong ja kan ikan semata-mata.kalau korang nak tambah bendi..tomato ..atau terung .bolehlah tambah.mesti lagi sedapkan.


Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih

ANAKKU SUKA BERMONOLOG

Hiii Semua

Pernah tak korang semua berMONOLOG.
Betul ka tak pernah. . .
Apa ada yang pernah..
Mesti pernah kan...
Mai kita tengok apa maksud MONOLOG

Maksud MONOLOG mengikut Kamud Dewan Bahasa ialah percakapan yang agak panjang oleh seorang penutur sahaja,biasanya menafikan kesempatan orang lain orang lain bercakap atau mengeluarkan pendapat -percakapan yang panjang lebar oleh seorang pelakon sahaja dalam drama, filem dan sebagainya.

Walaupun anak saya bukan pelakon dalam drama mahupun filem
Saya selalu tengok dia berMONOLOG 
Sejak umur dia 2 tahun 7 bulan dia selalu sangat 
Dia dah pandai berMONOLOG
Kalau dia main mainan dia sorang-sorang 
Mesti ada terperasan dia akan cakap dengan mainan dia
Dia tanya, dia akan jawab sendiri
Normalkan. .sebabnya masa saya kecil-kecil dulu pun ada jugak macam tu
Ada tak korang perasan anak-anak korang macam tu
Sebenarnya seronok jugak perhati masa dia tengah berMONOLOG
Tapi jangan sampai dia perasan 
Nanti mesti dia malu