Salam sejahtera....
Hari ni dah 20 Mac tahun 2014. Rasa macam baru masuk tahun baru. Cepat ja masa berlalu kan..Tarikh ni jugak genap umur putera sulung saya, Muhammad Fayyadh Rizqy 2 Tahun 7 Bulan..adik Fayyadh, Muhammad Faris Hijazi plak dah masuk 9 bulan 12 hari..suami saya pun dah masuk semester akhir. .Semester ni kelas encik suami 3 hari ja, boleh lah petang-petang lepas kerja bawa anak-anak beridah. Tak ,semester encik suami sebelum ni dalam seminggu tu sekali ja dapat pergi mana-mana lepas kerja.
Selalunya lepas encik suami ambil saya kat ofis dan anak-anak kat taska, kami akan singgah taman sebelum balik rumah. Kalau terus balik mesti Fayyadh asyik ajak pergi taman kat dekat rumah tu. Kadang-kadang bawa Fayyadh dan Faris pergi main pasir kat Pantai Buatan Presint 6 tu. Pernah tak hampa pergi situ...??? ka ada yang tak pernah dengar pun pasai kewujudan pantai kat Putrajaya. Bagi sesiapa yang belum pergi situ bolehlah bawa anak-anak main pasir. Masa mula-mula bawa Faris pijak pasir, dia macam geli-geli sikit..Bila dah dua tiga kali datang dia suka sangat. Yala kan nak pergi Port Dickson ka Bagan Lalang ambil masa lama sangat nak sampai sana. Kena tunggu hujung minggu baru dapat pergi sana. Boleh sangat la setakat main-main pasir ja.. Tapi kalau nak jugak mandi..kat situ ada kolam renang, boleh la bagi anak-anak mandi kolam..walaupun tak dapat mandi pantai. Apapun Fayyadh dan Faris seronok sangat dapat main-main pasir kat sini.
Setiap kali pergi situ mesti ramai ja pengantin baru ambil gambar.Pemandangan kat situ memang menarik sebab ada pemandangan hotel Pullman..Marina Putrajaya.dan bangunan pejabat kerajaan yang terdekat. Kat Putrajaya ni banyak tempat-tempat untuk beridah. memang untunglah orang Putrajaya kan. Berdekatan pantai buatan tu juga ada Komplek Sukan Air.Bayaran masuk untuk dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1.Kat situ jugak ada kolam renang dewasa dan kanak. Kalau nak tau detail lagi ,klik kat sini Pusat Sukan Air Presint 6.
Sebelum sampai pantai buatan ni,kita akan jumpa Marina Putrajaya dulu. Sekarang ada pameran Backyard Monster and Dinosour Are Back dari 31 Ogos 2013 sehingga 21 Jun 2014. Setahu saya sebelum ni sehingga 28 Februari 2014 tapi dah dilanjutkan sampai 21 Jun 2014. Boleh la sesiapa yang berminat nak bawa anak-anak pergi pameran dinosour .Ok semua, saya harap entri kali dapat beri info-info kepada yang nak datang Putrajaya. Terima kasih singgah blog saya.Bye:)

Nampak tak muka kegembiraan dua bradik ni..?? |

No comments:
Post a Comment