Salam semua. . .
Apa khabar semua. . .mesti pelik kan. .kenapa Putrajaya jadi tajuk entri kali ni. .saja la nak promosi Putrajaya. .walaupun saya dah tinggal kat sini hampir enam tahun , saya belum habis jelajah Putrajaya. .banyak sangat tempat2 yang menarik dan acara2 besar yang ada kat sini setiap tahun. Kadang2 tak dapat nak pergi, tengok kat tv ja. .tapi sejujurnya saya suka sangat tinggal kat sini. . .
Bagi sesiapa yang plan nak datang melawat Putrajaya, saya cadangkan pilih masa yang sesuai. .datang la bila ada acara yang menarik. Bukan maksud saya tak bagi datang. .tapi kalau datang masa ada acara ni.memang untung..Kat Putrajaya ni, memang tak cukup kot kalau sehari ja kita nak pusing2. .banyak sangat tempat yang kita nak pergi. .selalunya kalau orang datang Putrajaya..mesti melawat Masjid Putra kan. .tak kisah muslim atau non-muslim. .mesti akan bergambar kat kawasan Masjid Putra. .Tambah2 sekarang ada Masjid Sultan Mizan atau dikenali Masjid Besi. . .mesti nak juga merasa sembahyang kat situ..masjid memang cantik sangat. .berdekatan masjid ni kalau jalan kaki kat depan tu boleh bergambar kat istana kehakiman..ni antara tempat orang selalu bergambar.
Selain tu, kat Putrajaya banyak taman2 yang boleh kita beriadah antaranya Taman Botani, Taman Wetland,Wawasan,Rimba Alam, Putra Perdana,Selatan,Saujana Hijau , Warisan Pertanian dan Ekuestrian Putrajaya. Kat Taman Botani banyak aktiviti yang dapat kita lakukan..antaranya aktiviti exsplorasi( botani walk& hunt,botani cycle&hunt) dan modul pendidikan(sesuai untuk yang datang berkumpulan) . Bagi sesiapa yang berminat untuk berbasikal ,kat sini ada perkhidmatan sewa basikal.Boleh la rujuk kadar bayaran yang dikenakan. .kalau nak adakan majlis perkahwinan kat sini pun boleh jugak tau. .nak detail lagi bolehlah semak kat website perbadanan putrajaya
A. EKSPLORASI TAMAN | |||||
Bil | Perkara | Kapasiti | Kategori | Kadar | Catatan |
1 | Lawatan Berpandu Ke Taman | 10 orang (min) | Individu Pelajar |
RM 5.00 RM 3.00 |
Masa Bagi Lawatan Berpandu (Walk-In) I. 9:00 am II.10:30 pg III. 2:30 ptg IV. 4:00 ptg |
2 | Tiket ke Moroccan Pavillion | Individu Pelajar |
RM 3.00 RM 1.00 | ||
3 | Aktiviti Eksplorasi | ||||
a. Botani Walk & Hunt | 10 orang (min) | Seorang | RM 10.00 2 Jam | ||
b. Botani Cycle & Hunt | 10 orang (min) | Seorang | RM 15.00 2 Jam | ||
c. Botani Explorace | 10 orang (min) | Seorang | RM 15.00 2 Jam | ||
d. Botani Morpho Hunt | 10 orang (min) | Seorang | RM 5.00 1 Jam |
B. SEWAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN | |||||
Bil | Perkara | Kapasiti | Kategori | Kadar | Catatan |
1 | Basikal | Satu | Tempat Duduk | Isnin-Jumaat RM 2.00 / jam |
|
Dua | Tempat Duduk | Isnin-Jumaat RM 4.00 / jam | |||
Baby Carrier | Tempat Duduk | Isnin-Jumaat RM 1.00 / jam | |||
Satu | Tempat Duduk | Sabtu/Ahad/Cuti Am RM 4.00 / jam | |||
Dua | Tempat Duduk | Sabtu/Ahad/Cuti Am RM 8.00 / jam | |||
Baby Carrier | Tempat Duduk | Sabtu/Ahad/Cuti Am RM 2.00 / jam | |||
2 | Trem | Individu Pelajar |
RM 4.00 RM 3.00 |
Masa Perjalanan adalah setiap 1 jam bermula jam 9:00 pg hingga jam 5:00 ptg | |
Pakej Tempahan | RM 50.00 / trip |
Bagi sesiapa yang berminat nak menunggang kuda, kita boleh pergi ke Taman Ekuestrian Putrajaya(TEP). Ingat tak drama Ariana Rose tu. .mesti ramaikan yang menonton cerita ni. Tengku Adam dan Ariana berlakon kat sini la. . .mesti masa drama ni tengah ditayangkan , ramai yang datang sini. Kemudahan yang disediakan kat sini ialah sekolah menunggang dan Mangiamo!Cafe.Waktu Operasi cafe ni pukul 8.00 Pagi -10.00 Malam. Berminat nak pergi hujung minggu ni, TEP ada promosi istimewa iaitu weekend joy ride. nanti bolehlah telefon ditalian di bawah. .atau yang masih tercari2 tempat untuk candle light dinner..kat sini pun boleh jugak tau. .mana tau nak sambut ulangtahun perkahwinan atau meraikan ulangtahun kelahiran orang tersayang . .atau nak buat kejutan kat si dia. .tempat ni sesuai sangat.
macam mana nak pergi ke TEP .klik sini promosi |
No comments:
Post a Comment