Nuffnang

Monday 16 May 2016

Happy Parents' Day @ Taska Ayu Manja

Assalamualaikum. . .




13 Mei 2016, hari yang ditunggu-tunggu. ..kenapa??? sebab nak tengok Ayish buat persembahan. Amek dia balik dari taska. Dalam perjalanan nak amek Ayard mesti dengar dia menyanyi. Pada mulanya dengar dia menyanyi i love my mommy, seminggu lepas tu dengar i love my daddy. Ingatkan dia tukar rupa-rupanya ada lagu baru dia kena hafal.

Auntie pesan suruh pakai baju warna hitam dan seluar tak kesah warna apa. Malam sebelum tu, lepas balik kerja bawak dia cari baju warna hitam. Jenuh jugak nak cari sehelai t-shirt warna hitam Ayish. Akhirnya beli kat Parkson Alamanda. .tapi size untuk umur 4 tahun. .t-shirt tu agak labuh. apapun t-shirt tu ja yang berkenan di hati.

Untuk majlis Happy parents' Day, ibubapa dialu-alukan membawa makanan secara potluck. Saya bawa sandwich bun telur dan sardin. Pagi tu pelbagai makanan yang ibu bapa bawa. Anak-anak taska diminta untuk datang seawal jam 8.30 pagi untuk persiapan persembahan. Alhamdulillah pagi tu Ayish baik ja. Ibu siap amek tempat depan-depan sekali tau. 



Majlis dimulakan dengan ucapan Datin Radziah dan bacaan doa oleh anak-anak kelas 5 tahun. .tahniah auntie taska Ayu Manja dapat membimbing anak-anak taska dengan jayanya. Abang Ayard asyik tanya ja bila Ayish nak buat persembahan. Pandai ya Ayard tak sabar sebab nak minta permintaan dia lepas tu. Anaqi pun sibuk buat persembahan kat bawah pentas.




Persembahan anak-anak tiga tahun selepas kelas empat tahun, memang tak sabar dan teruja sangat.  Bila Ayish naik ja pentas, bertambah teruja. Ayish duduk di barisan kedua. Syukur kali dia ni dia betul-betul menyanyi dan semangat nak bagi ibu dan abah dapat tengok muka dia. Senang la encik suami nak rakam video dia. Dok terbayang ja muka dia yang tersenyum sambil menyanyi tu. Tahniah Ayish!!






Selesainya persembahan daripada anak-anak taska, pihak taska ada mengadakan beberapa sukaneka. Saya tertarik dengan acara Musang Berjanggut. Acara ni memang perlu tekun dan pantas untuk bergelar juara. Sebenarnya mudah tetapi perlu tekun untuk mengelas jenis-jenis kacang yang diberikan. Secara keseluruhan majlis memang sangat terhibur apabila dapat melihat anak-anak kecil membuat persembahan. Terima kasih kepada pihak taska kerana menganjurkan Parents' Day. Selesai ja majlis ni, enchik suami tunaikan permintaan Ayard, tengok movie Angry Bird 2.







Sunday 15 May 2016

Bento Semperna Hari Guru 2016

Assalamualaikum. . . 

Selamat Hari Guru 

Selamat Hari Guru diucapkan terutamanya kepada mak & abah. Guru pertama saya sejak saya dilahirkan. Terima kasih mak & abah.Selamat Hari Guru juga kepada dua orang kakak saya CIkgu Neem dan Madam Leeza.Guru-guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih di atas ilmu yang telah dicurahkan.Saya yakin pasti ibubapa sibuk mencari hadiah untuk diberikan kepada guru2 kepada anak-anak hangpa kan. . .???Saya perasan setiap tempat sehari sebelum 16 Mei 2016, semua ibubapa sibuk mencari hadiah. Memandangkan tahun ni, hari guru jatuh pada hari ahad. Anak2 masih berpeluang mencari hadiah di hujung minggu. 

Perlu ke bagi kat cikgu2? Bagi saya perlu atau tak. . bergantung kat diri sendiri dan kita mampu atau tak. Bagi saya. . kenapa saya nak bagi hadiah..walaupun anak-anak saya kat tempat penjagaan . Saya akan bagi juga. sebagai tanda penghargaan pengasuh menjaga  anak- anak saya. Pada masa yang sama mereka juga mendidik anak-anak saya.

Kita beri atas kemampuan masing-masing. Biar kecik asalkan benda tu berharga. Ok saya nak kongsikan..apa yang saya beri kepada cikgu/pengasuh anak-anak saya. Tahun ni encik suami dan saya bersetuju untuk berikan bento nasi lemak. Tahun lepas, tak sempat nak bagi semasa sambutan hari guru. .saya terus bagi cenderahati sempena sambutan bulan Ramadhan. .tahun sebelum tu, saya bagi cenderahati simple ja.

Petang ahad,15 Mei 2016 ,penat jugak nak cari tupperwear. Biasalah bila kita tak nak , senang ja jumpa. Bila nak guna , bukan main susah nak dapat. Tempat pertama cari kat Dengkil. .tak dapat jugak yang dicari. Akhirnya terjah ke Bandar Baru Bangi.

Tepat jam 3.30 pagi di pagi Isnin, encik suami dan saya mula sediakan nasi lemak khas untuk cikgu/pengasuh. Saya harap cikgu/pengasuh puas hati dengan hadiah yang tak seberapa ni. #Bentohariguru dimasak dengan penuh kasih sayang tau. CIkgu/pengasuh ja tau sedap ke tidak :) Hangpa bagi apa ???
Mesti lagi meletopkan...???













#terimakasihcikgu2016
Guru Pembina Negara Bangsa

Monday 2 May 2016

FayyadhFarisFudhail BirthdayParty @ Bubbles&Beans Cafe, ayer@8

Assalamualaikum. . .

Syukur alhamdulillah sambutan hari lahir ketiga2 hero saya berjalan dengan lancar. Walaupun persiapan untuk #Fffbirthdayparty semuanya sehari sebelum baru betul2 siapkan. Saya yakin kita manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang tentukan. Hari jumaat hampir jam 12am baru saya WA jemputan kat ahli keluarga dan rakan2 terdekat..jamuan saya ada hari Ahad. seminggu sebelum tu, memang kelam kabut. Seminggu taska Faris&Fudhail tutup disebabkan penyakit kaki tangan dan mulut. Faris terpaksa ikut abah pergi ofis dan Fudhail ikut ibu. Fudhail demam dua hari(Rabu dan Khamis).Pagi Khamis saya perasan tangan dan mulut Faris dah ada simpton2 penyakit HMFD. Bila tengok anak dah jadi macam ni, dan2 sakit kepala memikirkan kesihatan anak saya. 

Pagi jumaat terus bawa Faris&Fudhail jumpa doktor.Doktor mengesahkan Faris memang terkena HMFD.Untuk HMFD memang tiada ubat melainkan penjagaan kat rumah. Walaupun Faris ulser, syukur dia masih aktif ,selesa makan masih seperti biasa dan tak demam. Hari sabtu tu, Faris dah baik.Hari sabtu yang baru mula buat persiapan. Encik suami merangkap chef sibuk buat senarai barang yang nak beli.

Petang sabtu baru saya buat kek untuk birthdayboy. Macam biasa, setiap kali nak buat kek. hero2 saya sibuk bawa kerusi nak tengok saya buat kek. si kecik pun tak lepas peluang sibuk nak panjat kerusi abang. Depa sibuk nak tolong jugak. Nanti dah besar, buatkan kek kat ibu pulak tau.Bila saya dah siap nak masukkan adunan ke dalam bekas untuk dibakar. Faris sempat masukkan beras dalam adunan saya. Fuhhh!! nasib saya cepat2 saya sempat keluarkan. tak kek tu jadi kek beras. Bukan Redvelvet. .tapi kek saya tak jadi warna redvelvet kali. .terlebih kopi. .jadi blackvelvet. .apa2pun, rasa masih redvelvet.Chef5ruz, malam tu sibuk sediakan bahan untuk nasi ayam. terima kasih tak terhingga bersusah payah sediakan menu utama.

Untuk sambutan #FFFbirthdayparty kali ni, saya telah  memilih Bubbles&Beans Cafe yang terletak di Ayer@8, Presint 8, Putrajaya. Untuk adakan sebarang jamuan kat sini, pastikan buat tempahan tarikh awal2 tau. 

#FFFBirthdayParty
24 April 2016
Bubbles&Beans Cafe

Menu
 Nasi Ayam
Karipap
Nugget
Muffin
Tembikai

++katerer : chef5ruz

Redvelvet Cake

Jom layan gambar

Photographer
Sophie Jaafar
Auni Wajihah





















Terima kasih kepada tetamu yang hadir dan yang sudi singgah blog saya