Nuffnang

Thursday 22 May 2014

l meriah MESRA bersama KELUARGA l teddy bear picnic

Assalamualaikum  . . . . .



18 Mei 2014, Taska putera2 saya ada  hari keluarga bertempat di Perkarangan Menara Seri Wilayah Kementerian Wilayah Persekutuan, Presint 2..alamat penuh lagi saya bagitau  . Terima kasih yang tak terhingga kepada  Pengarah Urusan Ayu Manja Sdn. Bhd, Datin Radziah M. Daud anjurkan hari keluarga ni. .saya dapat tau pasal hari keluarga ni kat group whatsApp Parents Ayu Manja. .untuk Hari Keluarga ni taska yang terlibat adalah Taska Nur (Kem.Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) ,Taska Sejahtera Seri Wilayah (Kementerian Wilayah Persekutuan) dan tadika anak saya, Taska Permata Ayu Manja Saleha (Kementerian Pendidikan Malaysia). .macam biasa kalau ada event2 apa mesti ada tema dan mesti kita akan fikir kena bawak apa . .pakai baju warna apa kan. . .bila baca surat jemputan tu, kak azmah(penyelia) ada bagitau minta bawa bersama makanan (picnic basket), tikar dan patung Teddy Bear. .anak saya dua2 lelaki. .mana pernah beli teddy bear. .rupa2nya tema hari keluarga ni adalah Teddy Bear Picnic. .walaupun saya tak dapat bawak patung teddy bear. .saya bawak jugak laa mainan anak saya. .robot kesukaan Fayyadh. .



Warna Baju??untuk taska Fayyadh & Faris kena pakai warna hijau epal. .taska nur (ungu) dan taska seri wilayah (biru lembut). .disebabkan Fayyadh tak dak baju warna hijau epal. .malam ahad tu, pergi la cari baju kat alamanda. .Faris dah ada warna tu tapi ibu beli jugak baju baru kat Faris. . alang2 dah kat alamanda. encik suami cari  bakul kat Parkson. .dapat la bakul yang dicari. .lepas ni boleh jugak guna untuk pergi berkelah kan. .tak rugi pun beli. .



Pagi ahad tu, encik suami yang siapkan barang2 dalam bakul. .pukul 8.45 pagi gerak dari rumah. .sampai kat Menara Wilayah pukul 9 pagi..sampai2 dah ramai orang cuma belum mula lagi. . .Maria Tengku Sabri  selaku pengacara majlis dah sampai. .kami terus pergi cari tempat untuk bentang tikar. .dah siap bentang ,barulah pergi beli makanan untuk sarapan. .pukul 9.30 pagi baru majlis ni bermula. .perasmian oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, YABhg Puan Sri Datin Paduka Norainee Abdul Rahman turut hadir Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


makanan kena bawak sendiri. .tapi kalau nak beli kat gerai kat sini pun ada jugak
encik suami beli bihun goreng,nasi lemak dan karipap

ni masa perasmian dan bacaan doa oleh adik2 daripada ketiga2 taska

Banyak jugak booth yang ada hari tu.Antaranya booth buku,makanan(nasi lemak,bihun goreng,karipap,kek,cupcake),mainan kanak2,cadar,young artist,photobooth,face painting dll.













setiap kali pergi ambil Faris kat taska
mesti dia dok dengan auntie Ayu

jom conteng muka


Jamilah Dance

pertandingan mengikat tali kasut





Pertandingan isi air dalam botol

encik suami dan oreo

abaikan shawl saya yang senget tu yaaa:)
bergambar sebelum nak balik
bersama kak radzi

cikgu daripada ketiga2 taska

Program pada hari tu mendapat liputan daripada RTM dan terselit  jugak kat utusan bernama .Rupanya seronok jugak ber'picnic' dalam bangunan. .sebelum ni kalau picnic kat taman2 atau pantai ja. . .Secara keseluruhannya, seronok dapat join program ni. Sekali gus dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa, cikgu2 taska dan pihak pengurusan taska. .yang penting Fayyadh & Faris seronok. .

Sunday 18 May 2014

Pertama Kali Jejak kaki di KLIA 2

salam semua


Baru-baru ni saya balik ke kampung halaman saya kat kedah. . .tak puas kan balik kampung sendiri. .walau lama mana pun. .rasa kejap ja masa tu berlalu. .bertolak hari sabtu. .malam sabtu tu, tidurkan Faris. .macam biasa saya pun mesti tertidur sekali. .pukul 12.30 am,encik suami kejut kemas baju.  .mengantuk sangat macam makan ubat tidur. .tapi apa2pun kena bangun jugak. .saya tak kemas barang satu apapun. .nak bagi segar. .minum nescafa la jawabnya..lepas minum memang berkesan. .terus segar..lepas dah siap kemas. .sebelum tu kena buat cheklist dulu tau takut ada benda2 yang penting tertinggal. .dah habis kemas. .saya sidai kain. .yala lama nak tinggal umah kan. .bangun tu memang tak sempat nak tidur balik dah. selalu kalau balik kampung naik kereta ja. .tapi kali ni bawa anak2ku naik kapal terbang. . .kami pilih naik Malindo..turun kat Pulau Pinang. harga tiket untuk 4 orang RM241.untuk Malindo Air,kalau ada baby tak boleh buat online check in kena check in terus kat kaunter ni . . .ikut tu nak balik Kedah naik pengangkutan awam ja. .tapi abah & mak nak mai ambik kami. .terima kasih abah!.pukul 5 am dah nak bertolak ke KLIA 2 . Untuk ke KLIA 2, encik suami tempah teksi melalui web myteksi. .pada mula tu , plan nak naik kereta dan parking kat Putrajaya Sentral. .lepas tu naik ERL. .tapi tukar plan naik teksi. .sebabnya encik suami tak yakin tinggal kereta lama2. .malam tu baru tempah teksi. .Mudah dan pantas guna perkhidmatan myteksi. .

Pukul 4 lebih ,driver teksi dah telefon tanya alamat tapi masa nak tempah teksi tu dah sms alamat. .mungking driver teksi tu dah biasa jalan kat Putrajaya kot. . .tepat pukul 5 am dia sampai. . .kesian kat Fayyadh dan Faris awal2 pagi dah kena bangun. .encik suami yang mandikan depa. .Faris baik ja. .Fayyadh ja meragam sikit. ..tepat pukul 5 am dia sampai..jarak rumah saya ke KLIA 2 mengambil masa selama 20 minit ja dengan bayaran sebanyak RM57 (RM2 caj driver tu telefon ).walaupun baru pukul 5 lebih dah ramai orang. .ada yang tidur kat situ ja. .tapi KLIA 2 memang selesa, luas dan banyak kemudahan yang disediakan. .nak shopping pun boleh. .macam2 ada kat sini. .KLIA 2 memang lebih selesa berbanding kat LCCT. .tempat makan,solat,menunggu,tempat menyusu dan tandas pun banyak. .

Sampai2 encik suami terus pergi check in. .lepas check in, terus masuk kat tempat menunggu.biar masuk awal,boleh rehat2  kat dalam tu.memandang kami belum sembahyang subuh lagi. .masa tengah jalan dan tercari2 kat pintu masuk tu. .ternampak seorang gadis memegang papan tanda ASK ME??.bagus jugak ada gadis ni. senang la orang macam saya ni nak tanya.saya sarankan,kalau sapa2 yang ada anak2 kecil dan warga tua. .biar masuk awal. .sebabnya saya kena tunggu kat gate K16.untuk sampai ke K16 ni mengambil masa lebih kurang 20 minit tau. tapi untuk sapa2 yang memerlukan kerusi roda pihak pengurusan KLIA 2 ada sediakan perkhidmatan kerusi roda  . kat ruang menunggu tu memang selesa dan luas..Mai kita tengok gambar2 kat KLIA 2 yang sempat saya dan encik suami snap. . .


kat lobi utama
nampak tak lampu2 kale pink tu??tu kaunter untuk check in


ruang menunggu
encik suami jaga anak2 sementara saya pergi sembahyang subuh

ni surau perempuan. .
tak ada orang boleh la saya snap gambar

ruang untuk menyusu dan salin pampers

sorry toilet pun saya snap jugak:)

ni kat depan pintu masuk untuk ruang menunggu sebelum naik flight

Penang aku datang!!

tokwan bawak cucu dia jalan2 kat Pantai Merdeka




Saya nasihatkan beli makanan dan minuman siap2 tau. . .faham2 la makanan dan minuman kat dalam harga dia macam mana. .tambah2 yang ada anak kecil macam saya. .nasib Fayyadh, tak ikut saya pergi kedai kat dalam tu. .


Terima kasih singgah blog saya. . .


Friday 16 May 2014

Bila aku jadi ibu

Assalamualaikumm. . . .

sebelum ni kita dengar lagu BILA AKU KAYA( altimet feat awi rafael)
kali ni saya nak tulis pasal BILA AKU JADI IBU plak

bila aku jadi ibu
terus aku tak cukup tidur
kalau anak menangis tengah malam
mesti cepat2 akan terjaga

bila aku jadi ibu
terus aku tak geli2
dulu terkena air besar . .air liur anak buah
geli ja. .tapi anak sendiri dah mangli

bila aku jadi ibu
kalau anak tak sihat
dah siap nak tidur malam
dan menyusukan anak
anak batuk dan TERmuntah
habis kena cadar dan baju akU
tapi aku tak rasa nak marah pun
dan terus bangun mandi


bila aku jadi ibu
keluar2 jalan kat mall
dah pakai baju cantik2
tiba2 anak TERbuang air besar
dan TERkena baju aku
aku tak kesah pun
dan tak dapat la nak pergi tempat lain
dan terus balik rumah

bila aku jadi ibu
dah tak kesah baju kedut
sebab pagi2 otw pergi kerja
menyusukan anak
baju sah2 akan kedut
tambah2 hari khamis(pakai baju batik)

bila aku jadi ibu
tengah make up
baru pakai eye liner sebelah mata
tiba2 anak menangis
terus kena tenangkan anak dulu

bila aku jadi ibu
dah siap nak pergi kerja
dan nak depan pintu rumah
tiba2 dengar bunyi yang menarik dan tertarik
dan bau yang menyasyikkan
aku terus tengok pampers anakku
dan terus tukar pampers anakku

bila aku jadi ibu
otw nak pergi kerja
kalau anak TERmuntah kena baju
aku kena la patah balik rumah
tukar baju lain

semua ni bukan nak merungut tau. . .
saja suka2 ja. .Fayyadh & Faris ibu sayang sangat kat anak2 ibu
terima kasih Allah bagi peluang dan rezeki kat saya menjadi ibu
bila jadi ibu ni lain sangat perasaan dia


Thursday 15 May 2014

misi mencari hadiah HARI GURU

Salam Semua....


Petang semalam lepas dah ambil Fayyadh dan Faris, baru teringat nak beli hadiah untuk cikgu2 Taska. . .biasalah cuti lama. .kat kampung tak ingat apa dah. .masuk kerja dah hari Khamis. .Jumaat dah hari guru. .Memandang dah saat2 akhir ni, beli ala kadar ja la. .bolehkan asalkan niat kita ikhlas nak bagi. Lepas encik suami ambil kami bertiga, kami pergi cari hadiah kat Mydin, Presint Diplomatik. .sampai2 kat Mydin ramai ja nampak orang pegang pembalut hadiah. . .naik kat tingkat atas, pun sama jugak. .macam sama ja dengan kami. .sibuk cari hadiah hari guru. .ibu bapa yang sibuk cari. .
untung cikgu2 . .

Mula tu pusing2 dulu, nampak mug. . .ingat nak beli hadiah mug ja. .tapi tak jadi . .pusing2 lagi. .encik suami ternampak bekas makanan yang comel. .terus terpikat. .ada empat biji. .hanya RM2.90
dalam bekas tu boleh isi coklat 3 4 jenis. .
Hadiah ni nak bagi cikgu2 yang pernah mengajar Fayyadh ja
Bilik Faris ada tiga orang cikgu
Kalau Fayyadh pulak
masa kelas setahun ada dua orang cikgu
kelas dua tahun pun dua orang
kelas tiga tahun dua orang jugak
baru2 ni Fayyadh dah pindah kelas empat tahun
tahniah anak ibu dah kena tukar kelas walaupun umur Fayyadh belum masuk 3 tahun. .
kelas empat tahun ada dua orang cikgu 
dan kat penyelia taska
kiranya semua sekali dua belas orang

isi kat dalam tu beli coklat
beli coklat campur2 kat tingkat bawah. .
Jumlah keseluruhan bekas makanan +coklat RM53

Malam tu  Fayyadh dan encik suami yang isikan coklat dalam bekas
Faris pun sibuk nak tolong jugak. .
ibu sibuk masak kat dapur tak dapat la nak tolong. . .










SELAMAT HARI GURU

 Assalamualaikum
Salam Jumaat

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka lah guru pertama saya yang banyak mengajar dan mendidik saya sejak saya dilahirkan tanpa mereka siapa lah saya. . .
terima kasih mak & abah. .

Selamat Hari Guru juga kepada 

dua orang kakak ku yang bergelar pendidik
Kak Hanim (berkhidmat di Bintulu, Sarawak) dan Kak liza(berkhidmat di Pendang, Kedah)

cikgu/pensyarahku semasa di
Pasti,Kg Pokok Asam, Pendang Kedah
SK Pokok Asam
SMK Kubur Panjang
SMT Pendang
Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis

dan kepada sesiapa yang bergelar ibu bapa
Sebenarnya kita juga merupakan pendidik
Pendidik kepada anak2 kita

SELAMAT HARI GURU juga saya tujukan khas untuk suami tercinta
kerana banyak mengajar saya untuk menjadi ibu kepada anak2 kita
dan menguruskan rumah tangga yang kita bina selama ni.

dan Selamat Hari Guru untuk cikgu2 di seluruh Malaysia

Terima kasih cikgu!!!!!!

Tuesday 6 May 2014

KEPERLUAN PENYUSUAN SUSU IBU

Salam semua.....


Entri kali ni saya nak kongsikan keperluan penyusuan susu ibu bagi bakal2 ibu kat luar sana. Saya harap info ni dapat membantu serba sedikit bagi ibu2 yang tengah mencari2 apa yang perlu di beli. .kalau nak lagi detail saya sarankan bakal2 ibu belilah majalah Pa&Ma. .memang dapat boleh dapat info berkaitan keibubapaan dan pra sekolah kat dalam tu. . boleh jadikan rujukan setiap masa. Untuk bakal2 ibu, kalau nak tahu lebih detail lagi tentang perkembangan bayi sepanjang minggu bolehlah dapatkan buku 40 MINGGU NAN INDAH. .kat dalam buku ni memang ada panduan dari trimester pertama(1-12 minggu),trimester kedua(14-27 minggu) dan trimester ketiga (28-40 minggu) sehinggalah penjagaan postnatal(30 -40 Hari). Saya dapat tahu buku melalai kakak saya. .mula tu saya pinjam ja kat dia. sebabnya susah nak dapat. .dulu saya setiap kali pergi MPH,Popular atau kedai buku kat mana2, mesti cari buku ni. .Nasib la masa saya pergi expo baby kat Mid Valley ,Karangkraf ada bukak booth dapat la saya beli.Bagi sesiapa yang nak beli online bolehlah klik kat sini 

Minta maaf semua. . ..dah lari tajuk.Sebenarnya untuk penyusuan susu ibu memang kena kita kena rajin dan disiplin. .saya akui saya kadang2 malas juga tapi bila fikirkan si kecik tu. .terus bersemangat nak mengepam. .tambah2 hari cuti. .susah sangat nak disiplin.Yala sebab kita terus bagi kat dia kan. Jangan jadi macam saya tau. .Ok,apa yang perlu kita ada dan beli. . .ni senarai mengikut keperluan saya sendiri tau. . .

Pam Susu
-terpulang kepada korang nak beli pam elektrik atau manual. Bagi saya , saya lebih suka dan selesa guna yang elektrik(double pump). .saya punya Spectra 3..memang sangat rilex..

Beg Pendingin
-Beg ni penting untuk menyimpan susu semasa perjalanan dari rumah ke pejabat dan untuk penyimpanan susu di pejabat bagi sesiapa yang di pejabat tiada kemudahan peti sejuk. 


Beg Pam Susu
-saya guna beg beli kat Modernmum.Beg ini saya simpan pam untuk ke pejabat. .selain tu,  untuk kegunaan pergi travel..nak isi keperluan barangan baby.(baju,tuala,pampers)

Chest Freezer
-untuk simpan EBM..masa cuti dalam pantang tu memang saya dah mula buat stok EBM.

Washable Breastpad
-ni penting sangat. .untuk menahan lelehin susu pada bra. .saya masa dalam pantang kalau tak pakai memang selalu basah baju. .rasa comot ja..pernah dulu masa anak sulung saya. .masa tu baru masuk kerja selepas cuti bersalin. .ponteng waktu pam susu. .sedar2 baju dah basah. .nasib hari tu bukan pakai baju plain. .

Nursing Cover
-kalau keluar pergi shopping atau pergi jalan2 . .si kecik dah nangis kelaparan. .kadang2 setengah mall tak sediakan tempat ibu menyusu. .nursing cover ni la penyelamat untuk si kecik menyusu tak kira di mana anda berada. .tapi kadang2 ada ibu kat luar sana tak kisah pun menyusu tanpa cover di khalayak ramai..


Pek Ais

Bekas Penyimpanan susu

Pemanas (rumah & kereta)

Kat pejabat saya akan pam 2 kali sehari. .pagi2 tu banyak la beg saya bawak. .memang orang akan tegur. .banyak sangat beg. .setiap hari saya bawak 4 botol penyimpanan susu.1 sesi saya akan dapat 7-9 oz. .ingat masa mula2 masuk kerja lepas cuti bersalin. .sehari boleh dapat 20 oz. .tapi Faris dah nak masuk 11 bulan. .13 oz..masa Fayyadh dulu pun macam ni jugak. .dulu Fayyadh tak dapat tempat lagi kat taska dekat pejabat saya.kalau tak cukup susu..masa rehat memang encik suami datang ambil saya la pergi hantar susu kat Fayyadh. .tapi nasib sekarang Faris dapat taska kat ofis. .saya jalan kaki ja pergi hantar susu kat dia.saya akan sediakan untuk Faris 3 botol ebm sehari. .
hasil untuk satu sesi

Ada makan supplement untuk tambah susu ??? ya saya memang ada makan supplement. .tapi betulkan orang cakap kalau makan supplement tak rajin pam dan minum banyak air pun tak jadi juga. .saya makan supplement shaklee. .dari menyusukan Fayyadh lagi. .tapi masa Faris .masa dalam pantang saya memang tak boleh makan sebarang supplement sebabnya. . Faris prolonged jaundice. .saya siap beli set berpantang shaklee. .walaupun tak dapat makan supplement. .encik suami memang jaga pemakanan saya.terima encik suami. .dan walaupun tak makan supplement. .syukur alhamdulillah Allah bagi rezeki kat anak saya. .susu badan masih banyak. .Fayyadh dulu pun banyak jugak. .memang saya kerap bagi susu kat Faris sampai la tembam sangat. .yala susu ibu ja pengubat untuk jaundice. .Fayyadh dulu kena tahan wad semalam. .Faris pun kena tahan wad juga. .Faris sampai kena puasa dan hampir kena tukar darah. .tapi nasib selepas dia puasa. .tak kena pun tukar darah. .anak2 kepada ibu berdarah O+ memang risiko kena jaundice tinggi kan. .
Fayyadh masa dalam pantang

Faris masa dlm pantang

Bagi bakal2 ibu di luar sana ,tanamkan dalam diri untuk bagi susu ibu. .dan sediakan kelengkapan sebelum bersalin. .nanti kesian kat suami nak pergi cari. .
Tembamkan si comel dengan susu ibu bukan susu formula. . .
Anda pasti rasa kelainannya apabila memicit pipi si comel. . .



saya suka susu ibu


saya punnn!!!


kami minum susu ibu


nak juga selitkan. .