Assalamualaikum
Fuhh!!lama tak update blog. .nak update susah betoi nak amek mood. . .memang malas sangat kot..tapi nak jugak saya kongsikan tip2 nak perbaharui passport. Sebelum nak pergi imigresen puas la saya mintak tolong pakcik google. . .godek2 sana sini nak dapatkan info. Tambah2 sekarang pejabat imigresen untuk renew passport dah berpindah. Dulu saya pergi kat Presint Diplomatik. .sekarang dah bertukar. .yupz. .orang yang selalu travel memang diorang akan selalu update kot. .Saya ni dah lama tak keluar negara. tak amek tahu sangat.
Ok untuk pengetahun korang semua. . bakal2 pengembara. .yang belum tau kat mana pejabat imigresen kat Putrajaya ni. sekarang korang bley terjah menara Ikhlas. .korang ikhlas tak baca blog saya???Alamatnya. .Aras 3, Tower A, Bangunan Menara Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana , Presint 3, mula beroperasi 7 April 2014.Mesti blur kan kat mana Menara Ikhlas ni. .menara ni sebelah Istana Kehakiman. .kat sini kan selalu orang amek gambar. .
Nak pergi waktu mana?Ok korang bley la cari masa2 yang sesuai.
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang |
|
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang |
|
Hari tu saya pergi hari ahad.Memang bangun awal la pagi tu. .sampai 7.10 pagi, dengan harapan kami la antara orang terawal. .tut. . tut.. tut...orang dah ramai beratur panjang. .dah sampai ke jalan besar. nak tahu saya dapat no. berapa. .walaupun sampai jam 7.10 pagi.1113. .amek empat no.walaupun pejabat belum bukak. .orang ramai. .ada orang yang beratur belakang saya tu. dah datang kali keempat. .dia bagitau sebelum ni pergi kat kajang 2 kali. .ni kali ketiga kat Shah Alam. semuanya hampa. .no giliran dah habis. .dia pernah sampai 6 pagi. .orang dah ramai. .ni kat Putrajaya rezeki dia dapat no.Saya beratur sementara encik suami g cari parkir. .dah la masa tu hujan renyai2. .memang sabar ja la dengan dukung Faris. pegang payung. .Faris plak buat perangai tak nak dok bawah. Tak lama lepas tu encik suami plak sambung beratur. .tapi saya kesian kat makcik2 yang dah tua kena jugak tunggu lama2 . Nasib ada orang tolong beratur untuk diorang.Sepatutnya kena kot ada kaunter khas untuk warga tua dan OKU.
Kalau nak perbaharui passport ni kena bawak apa???
Bawak diri dan kad pengenalan ja.Tak payah susah2 nak pergi amek gambar. .tapi untuk anak2 kecil kena bawal kad pengenalan, surat beranak dan gambar. .Faris amek gambar kat situ ja.sebab kenapa anak kecil kena amek gambar siap2 .sebabnya takut masa tu anak2 kecil ni tak bagi kerjasama. .kalau kat kedai gambar. .bley amek masa lama2 kan nak ikut mood diorang. .kalau kat sana kesian plak orang dok tunggu kita. Nasib hari tu Faris bagi kerjasama. .siap senyum. .dah sudah amek gambar tepuk tangan lagi. Untuk Fayyadh plak. .walaupun dia tak kena renew lagi. .gambar dia masa setahun 2 bulan. .terpaksa la tampal gambar yang terkini. .Fayyadh memang tak bley amek gambar kat sini. .dapat2 amek no. giliran terus tanya kat staff imigresen. .untuk Fayyadh punya macam mana. Jawapan dia memang kena pergi amek gambar. .masa tu baru pukul 8 pagi. Memang kedai tak bukak. tapi nak jugak cuba nasib . mana tau ada kedai yang bukak awai. pusing 1 Putrajaya. memang tak ada jugak yang bukak. lagipun kat Putrajaya tak banyak kedai gambar. yang saya tahu kat Presint Diplomatik , Presint 9 dan Alamanda. tapi semua tak bukak lagi masa tu.Akhirnya berserah ja. .dah penat dua tiga kali pusing. .terus pergi menara Ikhlas. .nasib no giliran kami kena panggil pukul 10 pagi. .dan tanya kat staff kat kaunter tu. .dia cakap bley lagi guna no.giliran tu untuk Fayyadh punya.Fuh lega. kan. .ingat saya kena datang lagi untuk uruskan passport Fayyadh.
Untuk nak info yang lebih detail korang bley baca kat sini tau.Ok dah baca????camna faham
Ok, sementara encik suami dan Fayyadh pergi amek gambar Fayyadh kat Presint Diplomatik .nasib kedai tu bukak jugak. .hari ahad kedai tu bukak pukul 10 pagi..saya tunggu giliran untuk urusan pembayaran dan serahan. . .tunggu punya tunggu. .sampai encik suami selesai amek gambar Fayyadh.
Pukul 11 pagi, no giliran kami pun dipanggil untuk urusan pembayaran. Jumlah semua untuk saya, encik suami dan Faris.RM280. Fayyadh tak kena caj apa2 pun.cumanya dia amek gambar Fayyadh 3 keping. sampai sekarang tinggal tanda tanya kenapa amek sampai 3 keping.Sejam lepas tu baru siap untuk passport kami bertiga. Fayyadh punya kena tunggu lama jugak .Faris amek passport untuk tempoh 2 tahun ja. .sebabnya nanti kena tampal gambar terkini jugak. .
Pesanan ...Pesanan. .
- Korang datang awal tau. .untuk dapat no. giliran yang tip top.seawal 6 pagi kot
- Semak betoi2 apa yang perlu kena sediakan.
- Kalau ada anak kecil bawak makanan ringan dan termasuk keperluan anak kecil supaya depa tak meragam
- Kat Menara Ikhlas tu, hanya da satu kedai makan , kalau nak mudah beli siap2 makanan
- Untuk Ibu menyusu, jangan risau kat sana ada bilik untuk menyusu
- Toilet dia jauh sangat kat bangunan depan. .sebabnya toilet kat bangunan tu kena kunci
Saya harap entri kali dapat membantu bagi sesiapa yang tengah mencari info untuk renew passport. Selamat bercuti. .
No comments:
Post a Comment