Nuffnang

Monday, 5 May 2014

RESEPI::: tiramisu

salam semua

Tiramisu tanpa whipping cream

orang sibuk buat tiramisu saya pun sibuk nak buat jugak
walaupun tiramisu dah tak femes macam dulu
saya nak jugak kongsi resepi
sedap makan  sejuk2. . .
buat petang. .simpan dalam peti ais.  .pagi keesokkan hari tu makan
serius sedap. .

nak buat jugak buat walaupun tak cukup bahan
saya beli ja barang . .tak tengok resepi
beli ja apa yang ingat. .
Alhamdulillah menjadi jugak. . .

okeyh sapa2 yang nak mai peghembang mata kat sini



biskut ladyfingers - kalau beli biskut ni,kat dalam plastik ada 4 pekatkan, saya guna 3 pekat ja(guna kek span pun boleh)
250 g cream cheese (saya guna jenama tatura)
1/2 cawan gula halus (saya masukkan ja,tak ikut sukatan pun. .kalau tak manis,baru tambah gula lagi)
2 paket nescafe 3 in 1 (kopi/nescafe bukan 3 in 1 pun boleh.kalau guna bukan 3 in 1,bancuh tanpa gula)
air panas
serbuk koko
 80 g butter (ni saya tambah sendiri )
susu segar (ikut resepi asal guna whipping cream. .saya ketegaq nak buat jugak. .dah ketaq2 nak makan tiramisu . sebab tu saya ganti dengan susu segar)
1 sudu teh esen vanilla

cara2 dia macam ni naa

mixer saya rosak . .saya tak beli yang baru lagi
makanya,saya guna blender ja. .yang pasti kena la cuci betoi2 dulu blender tu
mana tau ada kesan  cabai . .
tapi nasib la tiramisu saya tak pun rasa cabai
pastikan blender dah bersih dan kering

langkah 1
masukkan cream cheese+butter+gula
kisar semua sehingga sebati
pastikan tak ada yang ketul2 tau
masukkan susu (maaf saya tak bagi tau sukatan untuk susu,kenapa?saya masukkan ja. .tujuan saya masukkan susu untuk cairkan.perasan tak sebelum masuk susu,pekat ja kan. jadi nak senang hampa masukkan susu tu sehingga cair.dan kisar hingga sebati.tapi jangan terlalu ceroi tau(cair))
sedang2 ja. .
lepas tu baru masukkan esen vanilla

langkah 2

bancuh nescafe 3 in 1 
(saya bancuh dalam mangkuk dan saya bancuh 2 kali tau)
celupkan biskut dalam mangkuk yang berisi air nescafe
pastikan celup kejap ja
kalau terlalu lama, biskut tu. .lembik dan  nak angkat pun susah

langkah 3

susunkan cantik2 dalam bekas jernih
dah susun tu. .sapu cream tadi
taburkan serbuk koko

langkah 4

ulang langkah 3 sehingga adunan tu habis
tak kisah berapa layer pun
simpan dalam peti ais semalaman

Bangun pagi lepas solat subuh,boleh la terus pergi makan
sedapkan, makan sejuk2

senang tak . . .cuba la buat yaaa. . .






Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih





No comments:

Post a Comment