Nuffnang

Tuesday 3 January 2017

Welcome to Malaysia:the FACE, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum suma. . . 


Sejak ibu anak 3 ni, lama sangat tak update blog. Terima kasih kepada yang masih singgah blog saya. Ok seperti biasa saya nak kongsikan tempat percutian yang dekat sangat. Sesetengah orang rasa tak berbaloi pergi cuti dekat-dekat. Bagi saya biar dekat sekalipun, janji dapat membahagiakan anak-anak saya.

Hujung tahun semasa cuti sekolah pulak ditambah dengan perayaan hari Krismas memang ramai dan kebanyakkan orang akan plan nak bercuti bersama keluarga tersayangkan??? Saya tak kecuali nak jugak bercuti kat KL jew....

Saya harap dengan perkongsian saya ni dapat membantu jari jemari yang gigih mencari tempat percutian. Saya selalu kongsi kat instagram(IG) bukan nak menunjukkan niat nak kongsi tempat yang menarik yang ada kat negara kita sendiri. .kadang-kadang kongsi tempat makan yang besh dan sedap untuk orang dapat pergi sendiri.. sebab saya suka cari tempat makan besh dan menarik. ..IG memang tempat rujukan saya.

Baru-baru ni saya bercuti kat THE FACE, KUALA LUMPUR. saya buat tempahan on-line. . harga dia agak mahal, tapi untuk diri sendiri bukan selalu. . .semasa saya check in, memang ramai orang hari tu. Apa yang saya bayangkan. .mesti bila nak bagi anak-anak saya mandi kat swimming pool nanti penuh ni. . .

Saya dapat bilik tingkat 23A daripada 51 tingkat. Dapat ja masuk bilik, serius saya puas hati (patut r harga dia mahai) memang berbaloi. Fayyadh tanya ibu kenapa hotel ni pelik tak macam hotel kita pernah pegi sebelum ni....??? Konsep bilik dia macam apartment. .suma lengkap. Nak masak??? semua barang dah ada. Nak basuh baju??? pun boleh. . .Jom kita tengok ek bilik dia macam mana 




Hotel ni memang tengah-tengah KL, nak cari tempat makan tu memang tak ada masalah. Petang tu saya makan kat Restoran ABC..bagi yang memang suka makan masakan India. ni lah tempat yang korang kena cuba. .



Untuk makan malam dan sarapan, enchik suami masak. Barang-barang untuk masak jangan risau, boleh beli kat Lulu Hypermarket. Petang tu, lepas balik makan.Hero2 terus minta nak mandi. memang puas depa mandi. Ayish dan Anaqi sampai demam malam tu, lama sangat main air.
Dinner

Breakfast (menyerokkk)

Chef kami

Abg2 makan , adik tengah buat apa???cuba hgpa teka

Lepas ja makan, depa tiga bradik dah tak sabar nak terjun kolam mandi. ..Ya Allah cantiknya pemandangan dari pool. puas hati dapat mandi sini. .serius cantik sangat pemandangan Kuala Lumpur. Bajet macam pelancong sangat kan...huhuhu








Dah puas mandi, masing-masing dah penat + lapar. Nasib ada lagi mini burger abah buat. Macam mana ok tak korang tengok keseluruhan hotel ni. Lepas ni korang boleh la nikmati sendiri percutian yang dekat dan pemandangan Kuala Lumpoq. Tengahari tu,kami kat Nasi Ayam Mash kat Dato Keramat.


THE FACE Suites
1020, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: +603 2168 1688
Fax: +603 2168 1699
Email: info@thefacekl.com
Website: www.thefacekl.com