Nuffnang

Monday 29 February 2016

COlmAr Tropicale Bukit Tinggi :2H1M

Salam semua.....


 l Colmar Tropicale Bukit Tinggi l 20 Februari 2016 l

Nak jimat tak pergi cuti jauh2. Jom kita ke Colmar Troicale Bukit Tinggi. Pasti tak mengecewakan dan yang pasti puas hati. Saya nasihatkan kalau nak naik Bukit Tinggi pergi selain daripada  cuti am dan tempah bilik sebelum pergi sana. Saya pergi baru-baru ni walaupun hujung minggu masih ramai orang kat atas tu.

Saya pernah pergi semasa cuti Thaipusam kot. Nak walk in la kononnya tempah bilik. memang tak ada rezeki. Memandangkan orang kat atas tu yang ramai. Tunggu punya tunggu, akhirnya bawak anak-anak tido kat Hotel Marriot Putrajaya.

Percutian 2Hari 1Malam , sebenarnya nak bawak mak abah jalan-jalan. Memandangkan perjalanan dari rumah saya ke Bukit Tinggi lebih kurang dua jam sahaja, tak penat sangatkan depa dalam kerata. Saya telah tempah bilik Family Room, harga asal RM528. Setelah mendapat harga Gov. rate harganya RM497 termasuk 4 orang breakfast. .kena bayar deposit RM200. Entrance fee untuk dewasa RM13,kanak2 RM8 untuk pengunjung yang bermalam di sana . Entrance fee akan dipulangkan semasa check out. Jangan lupa mintak tau tapi tolong simpan kad entrance fee tu elok2. .

Saya nasihatkan sebelum naik kat atas tu makan tengahari siap2 atau bawak bekal. Terima kasih encik suami walaupun tak dapat ikut. Encik suami tolong masak dan bekalkan makanan tengahari.  Selalu mesti orang akan naik masa perut tengah laparkan. maksud saya tengahari. Saya sampai kat atas tu, pukul 1 pm. Alhamdulillah check in terus dapat masuk bilik. Sepatutnya pukul 3 pm baru dapat masuk. 1-syukur sebab dapat masuk bilik awal. .dapat mak abah dan anak2 rehat.2- tak payah fikir nak cari tempat makan. dapat makan kat bilik ja. Untung bawak bekal.

Jom kita tengok bilik . .memang berbaloi-baloi. .FayyadhFarisFudhail seronok sebab bilik ni luas. .depa asyik naik turun tangga ja. Kesimpulannya. .lepas ni kena mai lagi.


tingkat bawah

Tingkat Atas
View dari bilik 
Bagi yang inginkan percutian bajet dan dekat kay el2 ja bolehlah datang sini. Kat sini bukan hanya dapat menikmati pemandangan dan bangunan  berkonsepkan perkampungan Perancis. Selain tu, kita dapat melawat ke Japanese Village (JV). Untuk melawat sendiri ke JV, simpan tenaga nak jalan kat atas tu. .rombongan saya tak sampai pun kat atas tu. Tak cukup tenaga. sempat makan ice cream ja. Untuk makluman , Shutter disediakan oleh pihak hotel untuk memudahkan pergerakkan ke tempat2 disekitar Colmar Tropicale. .tapi tak ada paksaan untuk naik shutter. .kalau tak nak naik ja kereta sendiri.Sebelum pergi ke JV , saya bawa anak2 tengok angsa. Angsa kat sini, jinak dan sangat fotogenik ok.







Pengunjung Colmar Tropicale juga akan dipersembahkan dengan persembahan pentas. Memandang semasa saya pergi musim tahun baru cina. Persembahan yang dipersembahkan istimewa untuk tahun baru cina. Jika terlepas sebelah petang, jangan risau. .sebelah malam  pun ada lagi.




Keesokkan pagi, saya menjamu selera di La Blason. Semasa sarapan pagi, baru tau ramai orang yang bermalam di sana sehingga pihak hotel terpaksa menambah tempat makan. Pada mulanya plan nak ke Animal Park selepas sarapan. Akhirnya masing-masing rehat kat bilik ja. FayyadhFaris makan sikit ja, asyik ajak naik bilik. Depa seronok dok kat bilik ja.

Sebelum gerak balik, saya singgah ke Animal Park. Bayaran untuk masuk ke Animal Park RM4 seorang untuk dewasa mahupun kanak2 , harga sama ja. Kat sini, FFF terhibur dapat main dan pegang arnab.  

Dah penat main dengan arnab. . .jom kita balik. .

dan singgah makan tengah hari di Janda Baik. .

Terima kasih sudi baca sampai sini. . .