Nuffnang

Tuesday 12 January 2016

Faris , Inhaler dan aerochamber

Salam. . . 
Saya yakin setiap anak merupakan anugerah yang paling bermakna dan mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Kita sebagai ibubapa harus bijak mengatasi semua ujian yang datang dan bijak mengawal emosi dalam setiap ujian yang dihadapi. Saya akui dan yakin bila kita bergelar ibu atau bapa perasan risau yang teramat akan hadir dalam diri apabila anak kesayangan kita mengalami sesuatu penyakit. .tak kisah la walaupun selesema. . batuk mahupun demam panas. Bila dah bergelar ibu. .baru saya tahu perasaan ibu yang risaukan kesihatan anak yang sedang sakit. bila dah berada di tempat kerja pun masih terfikirkan anak. .

Kadang-kadang walaupun anak tu sihat sepenuhnya, semasa menghantar anak di taska ataupun rumah pengasuh. Anak kesayangan menangis bila  tiba masa kita terpaksa meninggalkannya untuk ke tempat kerja, mesti dalam perjalanan ke tempat kerja. Hati kita tak tenang memikirkan anak kesayangan dan terfikir untuk berhenti kerja tapi berhenti kerja bagi saya bukan kesudahan dan jalan penyelesaian.

Muhammad Faris Hijazi merupakan anak kedua saya. Kesian kat Faris sejak baby Faris dah terpaksa berulang alik ke klinik. .disebabkan batuk dan nafas laju (wheezing) dan akhirnya doktor sarankan untuk  mengambil nebulizer. Ada masa satu hari dua tiga kali berulang alik ke klinik. Selepas Faris mengambil nebulizer baru ada perubahan dan pernafasan kembali normal..tapi seingat saya semasa umur Faris empat bulan. Dua minggu dia baik dan kemudian dua minggu dia terpaksa ke klinik sebabnya dia kembali tak sihat.

Akhirnya seawal usia Faris empat bulan, doktor sarankan untuk Faris menggunakan inhaler untuk setiap hari selama enam bulan. Kemudian doktor lanjutkan lagi penggunaannya selepas 6 bulan memandangkan tahap kesihatn dia belum memuaskan. Ada dua jenis inhaler yang doktor bekalkan untuk Faris. Yang pertama inhaler berwarna biru. Inhaler ini berfungsi untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain salbutamol. Inhaler kedua yang dibekal oleh doktor inhaler berwarna oren, ia berfungsi untuk mengawal serangan asthma. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan kekerapan serangan asthma.Untuk detail berkenaan inhaler ini boleh rujuk blog di bawah.

Sebenarnya Faris tidak mengalamai asthma tetapi tanda-tanda sudah menunjukkan asthma dan merujuk kepada sejarah keluarga saya sendiri, memang adik-beradik saya mengalami asthma. Doktor menyarankan supaya Faris menggunakan inhaler berwarna oren setiap hari(2 kali sehari) . Pada mulanya saya memberikan inhaler berwarna oren setiap hari. Lama kelamaan saya hanya berikan apabila betul-betul memerlukan sahaja. Syukur alhamdulillah Faris tidak bergantung sepenuhnya.Inhaler ini juga berfungsi untuk mengurangkan radang dan lender dalam saluran pernafasan. Saya perasan apabila dia tersalah makan(saya perasan dia sensitif dengan buah laici) atau terlalu sejuk, Faris batuk tak henti. Baru saya berikan..dan jika batuk dia terlalu kerap saya akan berikan inhaler berwarna biru juga, 3 jam  atau 6 jam sehari atau bila perlu mengikut tahap batuk yang dialami. Ia berfungsi untuk meregangkan otot-otot saluran pernafasan dan membesarkan lubang saluran pernafasan.

Sedar tak sedar Faris  dah berusia 2 tahun 7 bulan dan tidak terlalu bergantung dengan kedua-dua inhaler tu. Dulu risau jugak jika terlalu bergantung kepada inhaler tu sehingga besar. Sekarang hanya perlu jika dia batuk teruk sahaja. Untuk memudahkan penyimpanan inhaler dan aerochamber, simpan dalam bekas khas yang senang dan mudah dibawa ke mana-mana. Walaupun saya dah jarang pengambilan inhaler ini,perlu diingatkan membawa setiap kali pergi bermalam ke mana-mana untuk langkah berjaga-jaga.

rujukan blog
1
2

Monday 11 January 2016

sana sini Boat Noodle

Assalamualaikum. . . 

Dulu bila fikir nak makan Boat Noodle rasa sangat susah nak kena pegi Damansara. .nak kena redah kesesakkan lalulintas. Sekarang, syukur sangat dekat dah ada kat Dpulze Cyberjaya pun dah ada. . dan lagi satu baru bukak kat IoI city Mall, Putrajaya.

Apabila makan kat Boat Noodle ni, sekali dah merasa kenikmatan mee sampan dia. Terus jatuh cinta. .macam fenomena demam Dilwale yang melanda kat negara kita sekarang ni. Serius bila dah tengok dan terlayan cerita  Dilwale ni sekali, mesti akan rasa nak tengok lagi lepas tu. Tak hairan la, kalau ada yang sanggup tengok cerita Dilwale ni sampai 8 kali. tah-tah ada yang 10 kali kan. . .Hebatkan gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol. Jalan cerita ni memang lain dari yang lain. dan tak sah kot tak mengalir air mata. Bagi sesiapa yang belum tengok lagi. Cepat-cepat cek tiket. .tapi setakat ni, bukan mudah kot nak beli tiket..asyik-asyik sold out ja. 

Eh! ni sebenarnya nak cerita pasal Boat Noodle ke Dilwale . .ya ampun. .baru semalam berpeluang tengok cerita ni. .demam tu belum kebah. .asyik nak layan lagu janam janam dan gerua ja. dah titik. Boat Noodle ni merupakan makanan berasal dari negara Thailand dan merupakan Thai street food. Hidangan kat sini sememangnya menarik . Bukan setakat hidangan, tempat makan pun sangat unik. Lagi satu makanan kat sini, mendapat sijil halal daripada Jakim. Encik suami mula tu tak nak makan kat sini diragui takut tak dapat sijil halal.Akhirnya saya ternampak sijil yang dipamerkan kat kedai tu. .yakin  bila dah ada bukti depan mata.

Apa yang istimewa dan menjadi signature dish kat sini. .??? Antaranya sudah semesti mee sampan iaitu mee beras. Terkejut tak kalau seorang makan paling kurang  akan makan 4 mangkuk. .tu sebenarnya biasa. .semangkuk mee sampan dua kali suap ja kot. semangkuk berharga Rm1.90. Terdapat dua jenis mee sampan Pathumthani atau Ayutthaya. Kita boleh pilih nak kuah daging atau ayam..saya lebih suka daging. .rasa kuah dia memang ada kelainan. .4 mangkuk tu cadangan ja, kalau tak cukup 4 boleh tambah lagi dan lagi. 

Selain tu, terdapat hidangan lain selain mee sampan . Kra Paw Chicken Rice,Bangkok Omelet with 'Sood Yut' ,chicken meetball,ka num tuay( sedap makan 2 tak cukup, ni rasa macam tepung pelita) dan menu terkini sangkaya steamed bread . Minuman kat sini pun antara minuman yang menjadi kesukaan dan pilihan pengunjung Boat Noodle. Antaranya Cha Yen( Thai iced tea), Kaffe Yen(Thai iced coffee) dan Cha Keow Yen(Thai iced green tea). Setakat ni minuman yang menjadi kegemaran saya cha keow yen. 

Boat Noodle dPulze, Cyberjaya

Boat Noodle di IoI City Mall, Putrajaya
Senang ja nak carik, betoi2 atas ice skating








Sunday 10 January 2016

Bubur Anakku

Salam semua. . .


Korang masak bubur anak kesayangan hari-hari ke. . ???
Saya tak pun. .setakat ni masak hujung minggu. .frozen kan untuk seminggu. senang sangat kot buat macam ni. Untuk sediakan bubur ni amek masa lama sangat nak masak dan kisarkan. Untuk sediakan bubur kat Anaqi , dia masuk 10 bulan baru saya tambah bawang putih+merah, halia dan garam. Setakat ni, dia memang berselera dan semangkuk tu dia boleh habis. .tapi kalau bagi cereal dia kurang suka. Pengalaman saya untuk ketiga-tiga orang anak memang berbeza.  Bubur air tangan ibu adalah yang terbaik tetapi jika kita tak ada masa untuk sediakan, tu memang terpaksa beli. Sekarang semuanya dah mudah makanan untuk bayi , senang sangat kot nak dapat. Ibu-ibu dah tak perlu risau.

Saya bukan pakar pemakanan anak-anak, tapi saya nak juga kongsikan makanan yang saya sediakan untuk anak saya. Sebenarnya untuk mulakan anak kita yang seusia 6 bulan makan, elakkan masukkan garam. Pengalaman saya sendiri, dulu ketegaq nak jugak masukkan garam. Bila dia dah dapat makan makanan yang tak ada rasa, memang tak nak la. Jadi kesimpulannya, mulakan dengan rasa asli dulu. .contohnya manis daripada rasa lobak merah ke kentang . .Alhamdulillah Anaqi , dapat makan tanpa perisa.

Bubur ni masuk ja semua bahan. Selepas tu, bolehlah nak pergi buat kerja lain sementara tunggu bubur tu masak.Resepinya

Beras segenggam
1 batang lobak merah
1 biji kentang
Ayam/Daging/Udang
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
Garam secukup rasa


Masukkan semua bahan dengan air secukupnya
*jika masak bubur letak udang.udang tu seeloknya masuk 10-15 minit sebelum tutup api
Jika ayam/daging boleh masuk terus dengan semua bahan
Tips untuk tinggal bubur ni dengan tenang hati tanpa air meruap-ruap keluar dan sepah habis dapur
SEnang je, letakkan senduk kayu dia atas permukaan periuk. bukan nak untuk masak bubur ja.Jika nak rebus sup tulang ke, ketupat ke boleh cuba teknik ni.yang pasti sangat berkesan.

Bila bubur dah masak . Baru boleh kisarkan dan masukkan dalam bekas untuk di frozen.


Love,

ibufayyadhfarisfudhail

Thursday 7 January 2016

Puding Schadut

Assalamualaikum. . . 

Salam Jumaat. . .

Dah mulakan pagi yang mulia dengan surah Kahfi???

Hari ni saya nak kongsikan resepi puding schadut yang saya buat baru-baru ni. Pada mulanya nak nak buat ikut resepi blog masam manis tapi salah satu bahan tak dapat cari. .bahan utama pulak tu. Akhirnya encik suami beli serbuk dadih buah-buahan. Memandangkan saya dah janji kat Fayyadh & Faris nak buat puding schadut. Kejap-kejap bukak peti ais cari mana puding depa.

Selepas maghrib saya terus buat puding schadut untuk anak-anak tersayang. Encik suami beli dua perisa strawbery dan mango. Dapat la buat dua layer. Fayyadh & Faris teruja sangat. .tapi kesian malam tu tak dapat makan. .nak kena tunggu beku dulu.  Tu pun saya sampai tertido sementara nak tunggu beku satu layer. Bangun encik suami dah tolong masukkan satu layer lagi. Dia kejutkan saya untuk sambung buat yang selebihnya.

Sebenarnya dah guna serbuk dadih segera ni memang dah mudah dan pantas. Ikut ja arahan dalam resepi yang dia bagi tapi saya dah ubahsuai resepi tu. .

Cara dia mudah ja. .

Ikut resepi asal.Masukkan 3000ml air+susu cair

Tapi resepi saya

+1500 ml air
+1/2 kotak susu segar
+3 sudu susu tepung 
+separuh serbuk dadih segera perisa strawbery

+1500 ml air
+1/2 kotak susu segar
+3 sudu susu tepung 
+separuh serbuk dadih segera perisa mango

Saya buat dua perisa .Jadi saya masak dua belah dapur dengan resepi yang sama cuma yang berbeza perisa. Masakkan sehingga mendidih.

Setelah selesai masukkan dalam bekas. Ni kan nak buat puding schadut. .nak senang sedut-sedut. Kita masukkan dalam botol kaca. 

Masukkan satu perisa dulu dalam botol. Kemudian tunggu sehingga satu layer beku, baru masukkan satu perisa lagi.

Nak mudah buat satu perisa ja. .tapi nak cantik dan menarik buat lew dua perisa ke . .atua tiga. Esok pagi tu, kita sedut ya. . .

Mudah dan senang
dan murah ja.
Kos pun tak banyak pun. .berbanding beli mahal sangat..dah anak minta beli sanggup ja kan. .

Dah lepas ni boleh buat sendiri. .
Nak banyak lagi perisa ikut resepi azlita masam manis..boleh buat perisa anggur ke. .milo. .nescafe. lagi sedap. .





Tuesday 5 January 2016

Indahnya Dunia Tandem Nursing

Assalamualaikummm....

Syukur alhamdulillah saya berpeluang menyusukan ketiga-tiga anak saya. Fayyadh berpeluang fully bf selama setahun tiga bulan. Faris untung sangat dua tahun . .sorry Fayyadh, Ayish lama lagi. .dan sekarang Anaqi masih menyusu. .semalam Anaqi genap 10 bulan.

Saya disahkan pregnant Anaqi semasa umur Faris,setahun dua bulan. Ayish masa tu masih fully bf. Pada mulanya memang tak sangka. Semasa bulan Ramadhan, saya pun pelik juga kenapa asyik sakit kepala. Saya nekad plan untuk anak ketiga untuk jarak sekurang-kurangnya tiga tahun..tapi saya syukur Allah bagi rezeki kat saya tapi Ayish dan Anaqi beza dua tahun jugak. 

Pregnant???maksudnya Ayish kena putus susu..tak sanggup dan saya sedih sangat masa tu. Bayangkan dia masih adik2 lagi. Semasa pregnant Ayish saya terpaksa Ayard putus susu sebab susu kurang dan bila dia menyusu dia awal kehamilan saya tak tahan sakit sangat. Semasa Anaqi lain pulak, Ayish menyusu masih rasa seperti biasa. Setiap kali check up kat KK saya selalu tanya pendapat doktor untuk terus menyusu atau sebaliknya. Lain doktor lain pendapatnya. Ada yang cakap boleh teruskan selagi tak memudaratkan. 

Jika ada jawapan yang cakap tak boleh , saya tak dapat terima kenyataan sebab tak sanggup. Saya terus google berkenaan kes saya ni. .Alhamdulillah ada jawapan yang positif..janji saya kena jaga makan betul-betul.Dalam jaga makan betul-betul, saya kena makan air gula tiga kali lew. . .nafsu makan membuak-buak kot. Bila timbang berat, tak boleh terima .Siap cakap penimbang ni salah kot. .tapi bila makan tak ingat dunia. Alasan anak lapar ni. .:)

Saya teruskan menyusu Ayish sehingga umur dia tepat dua tahun. . kiranya saya menyusu Ayish & Anaqi ni secara Tandem Nursing. Tandem Nursing????tandem nursing bermaksud menyusu anak yang berbeza umur dalam masa serentak. Terima kasih Allah bagi pengalaman tandem nursing ni kat saya. Ya Allah, rezeki penghasilan susu semasa tandem nursing memang diluar jangkaan. Ayish bila nampak Anaqi nak mula menyusu. .soalan dia Ayish punya mana. .Ayish nak jugak. .Ayishhh??? Ok. . .ok. .ibu faham.

Seronok sangat. .bila dapat tengok dua beradik sama-sama menyusu. Bagi ibu-ibu yang merancang untuk tandem nursing, nanti akan dengar orang tanya soalan ni . .cukup ke untuk adiknya bila abang pun menyusu sama???Kesian kat adik. .tu biasa la. Jawap ja Insyaallah cukup..tengok adik dia makin debab ja. Dengan cara ni, Ayish tak terasa diri dia terasing bila dapat adik.Yang paling penting, mempercepatkan penghasilan susu. Bila permintaan tinggi, lagi banyak penghasilan dia. .dan mengelakkan pembengkakkan susu.Ibu yang tandem nursing sangat sangat dinasihatkan banyak minum air . Bab makan saya rasa ibu yang menyusu, memang kuat makan kan. .lepas ja pam atau menyusu.Automatik lapar teramat. Perasan tak kita bagi ja anak menyusu, terus dahaga. Semasa saya menyusu Ayish semasa kehamilan,sebenarnya dapat mempercepatkan kelahiran dengan rangsangan isapan pada payudara yang menyebabkan hormon oktitosin untuk bekerja(saya akui, anaqi lahir ke dunia pada 37 minggu 3 hari.). 

Pengalaman saya, semasa saya baru naik kerja semasa tandem nursing. Stok ebm untuk dua kali sesi pam,32 oz . kalau tak dapat sebanyak tu. Apa-apa pun untuk tandem nursing ni, kena kuat semangat..jangan stress2 tau..lagi satu semasa saya dalam pantang. Doktor tak benarkan saya ambil sebarang ubat atau jamu. Jadi, saya memang bergantung pada pemakanan yang saya ambil ja. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.


Love,

ibufayyadhfarisfudhail

ALLAH SELAMATKAN KAMU Fayyadh & Faris

Hyeeee

Assalamualaikum. . 


ALLAH SELAMATKAM KAMU,


Fayyadh & Faris


Sebelum ni sambut ulang tahun kelahiran FF ikut bulan kelahiran Faris. Tahun 2015 ikut bulan kelahiran Fayyadh pulak.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. sebelum ni buat kat Tepi Tasik berdekatan Kompleks Sukan Air Presint 6. Kali ni berkesempatan sambutan depa dua orang ni kat rumah. Memandangkan ada adik depa Fudhail Anaqi yang masih baby. Apapun ibu bersyukur Fayyadh&Faris seronok.

Lokasi:::rumahku syurgaku
Tema:::SuperHero
Menu:::Layan gambar na
Goodies::: Part ni paling seronok. .encik suami pun  sekepala dengan saya. senang sangat..tapi dia orang kuat. .Sticker untuk label makanan, backdrop semua dia yang buat.  . . Balang tu memang gigih kot pergi cari kat Chow Kit.Untuk isi dalam balang untuk orang dewasa bagi biskut jem nenas dan anak-anak kecil , biskut butang.





















sebelum encik suami buat pizza
kali ni mini burger
sedap sangat. .tk na abg
buat burger special ni









Terima kasih tak terhingga kat encik suami yang banyak membantu dalam menjayakan jamuan yang tak seberapa ni. .kalau encik suami tak jadi orang kuat semua ni tak kan berjalan dengan lancar..sebab A-Z dia yang buat saya hanya membantu ja.

Terima kasih juga tetamu yang hadir. .terutama kakak2, mak sedara, kawan2 rapat dan jiran terdkt.

Monday 4 January 2016

Mustafa UStas kini di Putrajaya

Assalamualaikummm....

Nak menjamu selera dengan masakan Turki. Jom kita ke Mustafa Ustas. Restoran ini baru sahaja dibuka pada 2 Disember 2015. Seperti biasa saya dan encik suami memang pantang dengar ada tempat makan sedap dan baru. Tambah-tambah restoran terletak di Putrajaya sahaja. 

Zassszzz. . .lepas kerja kami pun terjah. .mesti cakap malas masak keww. . tak la saja lew nak tukar selera Turki. Selalu memang makan kat rumah. . bak kata encik suami nanti bila anak-anak dah duduk asrama. .anak-anak tak ada la nak rindu masakan air tangan ibu depa. Saya kalau nak masak kalau tak guna resepi mak memang selalu bukak blog matgebu atau azlita masam manis sebagai rujukan. Sekarang nak tengok resepi google ja. tak yah nak beli buku resepi bagai.Setuju tak???

Macam mana saya dapat tau ada restoran ni??? Sebenarnya encik suami dengar daripada kawan ofis dia. Apalagi dah dengar cakap masakan kat sini sedap. Encik suami pun bawa untuk rasa sendiri keenakkan masakan Turki kat restoran ni.

Restoran ni memang tak perasan sangat, banner atau signboard restoran belum ada lagi semasa saya pergi tu. Nak senang pergi sini. .Landmark mudah ja. .betul-betul sebelah bank rakyat dan Perodua.
Layan ja gambar-gambar kat bawah ni.
















.

Macam mana nak pergi sini???  Lokasi restoran ini terletak di No 20, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, PutraJaya, WP, Malaysia. 
Nak tau detail berkenaan sejarah Mustafa Ustas. jom kita baca kat sini.
Secara keseluruhannya makanan kat sini sedap,pizza kat sini memang rasa dia ada signature tersendiri dan hangpa mesti cuba baru tau. Satu ja komen saya, saya harap masa akang datang, perkhidmatan yang ditawarkan lebih cepat..semasa saya pergi tu perkhidmatan agak lambat. Sayang makanan kat sini semuanya terbaik. .tak apa semua tu boleh diperbaiki lagi. Terima kasih atas layanan pemilik MUstafa Ustas yang mesra dan peramah.