Nuffnang

Monday 30 June 2014

BEST SELLER DI MPH :: MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


Bissmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua yang sudi singgah di blog saya. . .

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


Syukur saya berjaya memiliki buku ni.. memang bertuah dan sangat bermakna berpeluang membaca setiap helai yang terkandung dalam buku MMR. Walaupun saya baru membaca Bab 01 dah rasa lain. .lain? lain macam mana tu???lain dari segi persepsi saya terhadap rezeki yang saya faham sebelum ni. Rupanya maksud rezeki boleh ditafsirkan dalam banyak cabang. Sebelum ni ingatkan rezeki tu hanya perkara2 yang baik dan memberi manfaat ja.Rupanya baru saya tau rezeki yang paling bermakna sekali adalah nikmat kesihatan kita , keupayaan bekerja, tingkah laku kita untuk teruskan kehidupan ni. Bila baca buku MMR terasa banyak kesilapan besar yang telah saya lakukan selama ni dan buku ni berjaya membawa saya ke arah kebaikan. .saya berharap sangat saya dapat aplikasi dalam kehidupan saya secara istiqamah. 

Apa yang dikongsi dalam buku MMR ni ialah

'Rezeki adalah apa2 yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk'       (menurut pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy.)

Saya berharap sesiapa yang singgah blog saya dapat memiliki sendiri buku MMR hanya dengan harga RM18 ja..memang tak rugi kot kalau beli buku ni.Setiap bab yang terkandung dalam buku ni memang sangat bermanfaat dan saya yakin akan ada sekelumit ingin amalkan apa yang pengarang kongsikan. Ingat lagi dulu masa anak dara kat sek. kalau baca novel tebal mana pun mesti target nak habiskan  hari tu gak tapi sekarang dah tak dapat nak habiskan macam dulu. Mungkin sebab kekangan masa kerja dan balik rumah sibuk dengan hal keluarga pulak. Lari tajuk skit na.Sekarang senang sangat nak berkomunikasi dengan kawan2 masa belajar dulu kan. dengan keluarga mahupun kawan ofis. apa2 ja mesti orang akan nanti WhatsApp tau. .nak2 seseorang tu mesti ada lebih dari 3 group dalam WhapsApp. .yala kawan sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik,universiti, satu batch masuk kerja, kawan satu cawangan(tempat kerja) tah2 ada jugak group kawan tadika. Ni pun saya rasa bersalah jugak sebabnya saya tak sempat nak join chit chat kat group yang saya ada. Saya minta maaf sangat tau. .macam saya ni artis kan. .hahahaha. .tah2 orang tak kisah pun. .sebenarnya saya bukan sombong tau. faham ja la,bila dah jadi isteri dan dah ada anak ni memang saya tak sempat nak chit chat .Tapi kalau saya ada masa lapang sambil2 nak tidurkan anak tu sempat la baca .apa orang kata silent reader.

Ok berbalik pada tajuk MMR ni. .baru saya tau MILIK KITA NI BELUM TENTU REZEKI KITA. betulkan gaji kita yang kita dapat setiap bulan tu belum tentu milik kita sepenuhnya kan. .setuju tak??? contonya bila bulan tu ada kelahiran cahaya mata kawan kita, bila kita pergi melawat mesti kita akan sedekah beberapa RM kat kawan kita tu kan. .kat sini pun kita dah jelas apa yang kita perolehi bukan milik kita sepenuhnya. .Nak2 pulak kereta buat hal . .mesti kita akan pergi ke bengkel untuk baiki kereta kan. .ni dah jadi rezeki si pemilik bengkel kereta .

Bila saya baca buku ni. .apa yang terkesan kat diri saya adalah sifat bersyukur kepada Allah. Sebelum ni memang saya selalu rasa tak bersyukur atas nikmat yang Allah kurniaan kat saya.. dan bila baca buku MMR rasa bersalah tu menebal sangat .Betulkan bersyukurlah apa yang Allah kurniakan siapa kita sekarang. .kerjaya apa sekali pun. .sebabnya setiap kerjaya tu mempunyai kepentingan tersendiri dalam sesebuah organisasi. Ingat kita memang kena bersyukur tapi pada masa yang sama kita mestilah berusaha untuk mempertingkatkan mutu kerja kita. Memang banyak tukang jahit baju. .tapi kena mesti akan cari tukang jahit yang betul2 mahir dan puas hati dengan hasil jahitan dia. Bila kita tahu siapa yang mahir dalam jahitan mesti kita dengan sendirinya akan beritahu dan war2kan dekat orang lain tentang kemahiran si tukang jahit tu. Betul tak???Walaupun jauh dari rumah kita. Sedangkan ada ja tukang jahit dekat dengan rumah kita. Tapi kita sanggup cari dan pergi tempah pada si tukang jahit yang kita pilih tu. Jadi fikir2kan.

Apa yang saya ingin kongsikan dalam MMR .Salah satu formula untuk bahagia dan berjaya ialah zakat dan sedekah. .kalau nak tahu contoh pengalaman penulis sendiri berkaitan sedekah tolonglah beli buku MMR ni. Sebenarnya harta yang kita miliki, seandainya kita tidak ambil manfaatnya bukanlah rezeki kita. Saya sangat tertarik dengan penulisan penulis MMR ni antara apa yang beliau katakan MATEMATIK MAKHLUK SANGAT BERBEZA DENGAN MATEMATIK ALLAH.ALLAH JANJI, SEDEKAH ADALAH ASBAB SUBURNYA HARTA. MALAH SEDEKAH JUGA BOLEH MENGHINDAR BALA. Logik akal mengatakan sepuluh tolak satu sama dengan sembilan . Namum apabila kita niatkan sedekah kerana Allah, sepuluh tolak satu sama dengan sembilan belas.itulah dikatakan janji Allah.

Selain itu , apa yang penulis tekankan keutamaan kepada Allah lebih daripada segalanya. Apa yang terlintas di fikiran hampa semua .Kita lakukan setiap hari tapi saya sendiri tak mampu nak kuatkan diri mengutamakan perkara ini. .sebenarnya nak menjemput rezeki ni yang paling utama ialah dengan mengutamakan solat diawal waktu. .selalunya sangat suka tertangguh. .tertangguh dan menjadi perkara akhir selepas menyempurnakan hal2 duniawi. .jangan jadi macam saya tau. .saya pun berharap saya dapat berubah lepas baca buku MMR. kat luar sana ramai tak yang solat di awal waktu. Bagi sesiapa yang jawap ya.Tahniah!! saya kagum sangat orang dapat melakukannya. . yang macam saya ni. .jom lah sama2 kita cuba perbaiki diri kita untuk menjadi terbaik..dan lebih baik apabila kita dapat solat berjemaahkan...

Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjemput rezeki. .dengan solat dhuha,dengan berzikir, bersyukur. dan kalau nak tau lebih mendalam mudahnya menjemput rezeki.cepat2 dapatkan buku MMR. Semasa saya cuba habiskan baca buku ni. .saya akan kongsikan tajuk buku ni kat kawan2 pejabat saya. .sebabnya saya yakin semua orang akan jatuh hati kat isi kandunga buku ni. .dan rasa rugi pulak tak kongsi buku ni kat orang lain.



Untuk memberi manfaat yang lebih kepada saya dan yang sudi baca entri saya ni jom lah sama2 kita berzikir. LAILAHAILLALLAH.Untuk mendapat ganjaran yang dahsyat daripada Allah Ameennn.


Monday 23 June 2014

Pullman Putrajaya Lakeside


Assalamualaikum. . . 

Minggu lepas saya bermalam kat Pullman Putrajaya. Walaupun rumah saya ke Pullman ni hanya 10 minit nak jugak bermalam di sana. Sebelum ni teringin nak sarapan ja kat Pullman. .tapi bila dah masuk dalam kawasan Pullman. .dah jatuh hati pulak kat Hotel Pullman. Kebetulan nak sambut hari lahir encik suami bolehlah merasa bermalam di Pullman. Seronok, puas hati dan saya ada hati lagi untuk bermalam di sana.

Jadi bagi sesiapa yang teringin nak bermalam di Pullman. .rajin2 la google harga bilik kat Agoda, Asiaroom atau kat website Pullman . Harga bilik saya tu murah ja kot RM250.56. Bilik dia besar dan yang penting dekorasi cantik  dan selesa sangat. .tapi harga bilik saya tak termasuk sarapan tau. Pagi tu saya nak jugak sarapan kat sana, walk in ja la.Ok tak harga sarapan untuk dua orang dewasa RM93.30 . Makanan yang dihidangkan untuk sarapan. .sangat puas hati .Banyak pilihan , memang sesuai la bagi sapa2 yang kuat makan. . .mesti akan cuba semua makanan yang ada. 


Bilik saya kat Jasmine Wing
kat Pullman ni ada
Jasmine wing
Rafflesia Wing
Bungan Tanjung Wing
Lotus Wing
Executive Lounge







Jom menjamu selesa kat B' s.- All day dining .nak tempat makan yang lebih romatik sambil menikmati pemandangan malam yang sangat menarik .bolehlah menjamu selera kat The Village.

















Kalau tengok Pullman ni dari luar nampak kawasan hotel tak lah luas sangat. .tapi bila dah masuk kawasan hotel. Rupanya luas sangat . .dan boleh sesat kot.







Untung masa saya pergi swimming pool ni tak ada orang. .yala masa saya pergi ni hari khamis. tak ramai orang lagi. Dah ada anak ni, tak bawak pergi pool..memang tak sah lah. Budak2 dengan air. memang tak dapat dipisahkan . Fayyadh & Faris memang teruja sangat dapat main air. Tambah2 tak orang masa tu, puas hati la diorang main air. Faris tu pun dah bawak naik atas. masih dok tunjuk air lagi nak turun dan main air.

















Macam mana ada yang berminat tak nak pergi sini????
Walaupun bermalam ni semalam, saya puas hati sebabnya encik suami suka dengan kejutan hari lahir dia dan F&F pun suka dapat main air. Saya??? suka dapat makan macam2 kat B's .
Lepas ni bolehlah sapa2 yang dok buntu nak pergi bercuti tapi kalau bercuti kat sini jimatlah duit minyak dan tol kan..ni untung la bagi orang2 yang tinggal kat sekitar Putrajaya.

Terima kasih singgah blog saya.

Wassalam

Friday 20 June 2014

DiY Birthday mr .F

Salam semua. . .




Entri kali ni. . .saya pun tak tahu kat mana saya nak mulakan. . .
Ni antara plan yang saya tunggu2 kan untuk bulan Jun ni. .selain sambutan hari lahir Fayyadh & Faris. .Plan untuk meraikan sambutan hari lahir encik suami terchenta. Alhamdulillah semuanya berjaya tanpa pengetahuan encik suami. Thank You Allah. dan kpiah, hani dan kak niza yang turut membantu..dan terima kasih juga irine nadia sebab kongsikan idea ni. .idea ni pun saya dapat kat blogger terkenal irine nadia.

Saya tempah hotel melalui Agoda pada 6 Jun 2014. Lega sangat bila dapat email pengesahan daripada Agoda.Bilik yang saya tempah tak termasuk sarapan .Pagi tu nanti pergi walk in ja la. Sebenarnya bagi saya bila bermalam kat hotel ni. saya lebih suka sarapan di hotel. .dulu masa tengah pregnant Faris, sampai mengidam kot nak sarapan kat hotel. nasib Hotel Pullman tu kat rumah. Dapat la tunaikan permintaan baby dalam perot.(alasankan). . .

Harga bilik saya malam tu RM250.56

Mesti orang pelik kan kenapa saya pilih hotel Pullman. .yala jarak rumah saya dengan Pullman tu lebih kurang 10 minit ja kot. .Sebabnya senang sikit saya nak ajak encik suami  pergi malam tu. Kebetulan kat depan Pullman ada Floria. .boleh lah cakap nak bawak Fayyadh & Faris(F&F) pergi Floria. .tapi sebenarnya nak pergi Pullman.(maafkan ibu ya F&F)

Macam mana saya sembunyikan beg pakaian??? nasib la 15 Jun(hari jamuan hari lahir F&F) tu, kok piah mai rumah saya dulu. Pagi tu, encik suami keluar pergi beli barang.  Saya ambil kesempatan tu untuk kemas baju dalam beg dan bila dah siap kemas baju, barulah siapkan baju2 untuk encik suami,F&F. Masa nak bertolak ke pantai buatan tu saya, F& F naik kereta dengan Kok piah. Memang peluang la nak sembunyikan beg pakaian tanpa pengetahun encik suami. Beg pakaian belum selesai lagi . .sebabnya kok piah dia balik rumah dia. Dia terpaksa la tunggu sampai kawan pejabat(kak niza) saya sampai. Bila kak niza sampai petang tu. .saya terus bagitau dia nak tumpang letak beg dan minta kunci kereta dia. Fuhh! lega sangat. saya pun bagi la alasan kat encik suami nak pergi jumpa kok piah jap kat kereta. .sebenarnya nak pergi simpan beg dalam kereta kak niza.

Untuk hiasan kat bilik, saya dah survey kat pihak hotel Pullman ada atau tak perkhidmatan untuk hiasan bilik. Jawapannya ada cajnya RM250. Oh!! terlalu mahal.Bagi saya tak berbaloi pulak. Saya buat keputusan untuk beli dan hias sendiri bilik. Lepas tu laju ja google kedai bunga sekitar Putrajaya. Akhirnya dapat kat Alamanda iaitu Cempaka Sari Florist & Gifts. nasib pejabat ke Alamanda saya boleh pergi jalan kaki ja. sebelum tu, saya telefon dulu untuk survey harga bunga dan kelopak bunga. Bila kak Dilla (staf Cempaka sari) bagi tau harga dan saya terus tempah untuk ambil pada 17 Jun. Terima kasih kak Dilla atas kerjasama dan layanan yang baik.

Kek??? mula tu saya ingat nak beli kek ais krim kat Baskin Robbins tapi bila difikirkan saya akan beli awal sehari takut nanti cair pulak kek tu. Akhirnya saya beli kek kat Secret Recipe ja, beli dua potong kek Red Velvet. .nak beli sebiji kek macam membazir ja. Kek F& F hari tu pun belum habis lagi.

18 Jun 2014, saya pergi check in minta tolong kawan pejabat bawakkan. .biasa lah kereta saya ada tapi dah setahun lebih tak drive.pergi balik kerja encik suami yang amik dan hantar. pelik pulak kan nanti tiba2 minta nak bawak kereta sendiri. Nak elakkan encik suami syak apa2 terpaksalah minta tolong kat orang. Lepas check in , terus keluarkan bunga dan lilin dan hias apa yang patut.

Petang 18 Jun 2014, saya dah bagi tau encik suami nanti kita kuar awal sebab nak pergi jumpa kawan. .dia dah pelik. saya nak jumpa siapa. Untuk makan malam tu, encik suami pergi beli Pizza hut kat Presint Diplomatik. Saya ni dah risau takut lambat. dan ada rasa rugi plak kalau sampai Pullman lambat sangat. . Nasib sebelum pukul 9 malam, kami sampai kat Pullman. Fayyadh asyik tanya ja kita nak pergi mana . .nak jumpa siapa. Sebelum tu kan, saya bagi tau nak pergi Floria kat Marina Putrajaya. Tapi bila sampai ja, saya bagi tau suruh masuk parking kereta kat parker Hotel Pullman. .dah parking saya suruh bawak pizza turun sekali. Encik suami dah rasa pelik ja. .saya minta encik suami , F& F tunggu kat lobi depan sementara saya nak jumpa ' Kawan ' saya.

Bila sampai bilik 2117, terus saya nyalakan lilin2 dan terus panggil diorang masuk bilik. Dalam perjalanan nak sampai bilik rasa cuak gak sebab encik suami dah bebel kenapa nak membazir. .tapi bila encik suami tengok hiasan bilik terus tak jadi marah kat saya. Huhhhh!!! syukur semuanya berjalan lancar. THanK You Allah!!!

Saya terus nyalakan lilin kat kek dan Fayyadh yang nyanyikan lagu kat abah dia. .dah besar anak ibu.
Fayyadh yang teruja tengok bathtub.. dia terus minta nak mandi malam tu.

Keesokkan tu pun, Fayyadh asyik tanya ja mana kawan ibu. Budak2 kan memang tak boleh janji.












dan syukur sangat encik suami suka dengan kejutan ni..
kalau sesiapa nak buat untuk orang tersayang, bolehlah cuba.
hurmmm. . . ada tak rasa rugi buat macam ni???
terpulang kat individu la. Bagi saya tak rugi kot. Bukan kita nak buat tiap2 bulan pun. Semuanya untuk meraikan orang tersayang.bukan suami ja suka. .anak2 pun boleh tumpang gembira jugak dapat bercuti dengan ibu dan abah.