Nuffnang

Tuesday, 8 April 2014

080414 : MuHammAd FarIS HijAzi 10 Bulan

Hiii Semua

Hari ni tepat Faris 10 bulan. ..bermakna saya  berjaya menyusukan  Faris secara ekskulif dah 10 bulan. Seperti mana yang kita tahu susu ibu adalah makanan yang paling sempurna untuk bayi kerana mengandungi semua zat yang diperlukan dalam kadar yang betul. Saya percaya susu ibu merupakan hadiah yang paling bermakna yang dapat saya berikan kepada anak-anak saya. Kandungan susu ibu tak mungkin sama dengan mana-mana makanan lain kerana susu ibu ni tak boleh ditiru. Susu ibu ni hidup dan mengandungi sel darah putih manakala susu formula adalah sebaliknya.

Khasiat susu ibu akan memberikannya perlindungan sehinggalah mereka dewasa kelak.Dengan penyusuan susu ibu ,kita dapatkan mengeratkan hubungan ibu dengan anak. dan menjimatkan wang..betul tak???Bayangkan kalau susu formula kita terpaksa membeli setin setiap bulan. Memang dapat rasa tau. . minta maaf Fayyadh ibu sempat susukan Fayyadh selama setahun dua bulan ja. .tapi ibu tetap bersyukur dapat susukan Fayyadh selama tu..sedih pulak kan...Dengan penyusuan susu ibu juga, ibu2 akan dapat melangsingkan badan tau. .yang ni memang saya setuju. .Masa mengandung Fayyadh dulu  berat saya tak naik banyak sangat tapi masa Faris naik 20 kg jugak dari berat asal.Fuh!!bayangkan. . takut sangat bila nak timbang dan pergi check-up . Takut Nurse bebel. .masa Faris saya sampai kena minum air gula..disebabkan berat berlebihan.Tapi bila saya dalam pantang dan lepas pantang .Syukur, Alhamdulillah berat saya turun dengan jayanya. tak payah nak makan ubat utk turunkan berat badan.

Masa masih dalam pantang lagi.Kecik ja masa ni kan.
Ni hasil drpd susu ibu.:) sorry adik.

stok susu yang saya berjaya kumpul semasa saya cuti bersalin



Doakan saya supaya dapat menyusu Faris sepenuhnya sehingga 2 Tahun.Ameen



Untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif bukan lah senang.
Pernah juga terlalu stress sebabnya anak menangis ja orang ingat anak kita tak cukup susu. . dan suruh bantuan dengan susu formula..kenapa asyik pam ja. Nanti anak nak menyusu tak cukup..tapi saya yakin..susu yang Allah kurniakan cukup untuk anak saya. Saya ada terbaca saiz perut bayi yang baru lahir cumalah sebesar guli kecil. Maksudnya memang cukup la. Memang xda alasan lah susu tak cukup.Kalau dah hari ketiga , kapasiti perut bayi adalah sebesar penumbuk bayi sendiri. Hari ke 10 akan menjadi sebesar kacang walnut atau bola ping pong. Apapun kekuatan mental memang penting.Selain itu, sokongan daripada suami dan keluarga. Alhamdulillah suami saya memberi sokongan sepenuhnya . Encik suami yang akan tolong basuh beg pam susu dan beg pendingin . .kadang2 dia yang jadi alarm kat saya suruh pam susu. Kalau nak menyusu susu ibu ni,kena selalu membaca dan rajin tanya apa-apa yang berkaitan penyusuan kepada orang yang berpengalaman. Saya akui saya sendiri walaupun dah ada pengalaman menyusu Fayyadh. .saya ada juga tersalah faham informasi berkaitan penyusuan susu ibu ni. .disebabkan tersalah informasi 80 oz jugak la susu saya kena buang. 

Masa menyusu Fayyadh dulu ada juga pernah rasa tertekan sebab tak cukup stok kat dia. .nasib la saya ada join group kat fesbuk..Beauty Of Breastfeeding. .dan terbaca post dari seorang pramugari. Masa tu terus semangat dan rasa kagum sangat kat pramugari tu. Walaupun dia kerja kat awam biru dia dapat ja kumpulkan stok utk anak dia. Kiranya saya memang tak ada alasan untuk tak ada masa nak pam susu.  Anak2 yang diberi susu ibu ni dapat rasa pelbagai segi rasa.Untungkan. .kalau ibu makan durian..susu pun akan rasa durian. .kalau susu formula rasanya terhad kan. 
Jadi, anak2 yang susu ibu ni akan mudah menerima pelbagai rasa .
Apapun kita kena jaga pemakanan . .makan dengan teratur dan sihat.

   Cuba baca keratan akhbar ni. . bayi susu ibu IQ tinggi dan Susu ibu Jadikan Anak lebih bijak

Terima kasih kepada yang sudi singgah.


Ok, chan chin chaw.



Saya minum susu ibu
Pipi saya selalu kena cubit 

Ibu tengok pipi Faris pun rasa macam nak tokak(gigit) taw







No comments:

Post a Comment