Nuffnang

Sunday 25 January 2015

RADIUSITE & DREEMIKA BANGI

Salam






24 Januari 2015, hari yang ditunggu2 dah pun tiba
Dapat ja tau Radiusite nak bukak kat Bangi
Saya kot antara orang yang tumpang gembira
Sebelum ni nak pegi kena terjah  seksyen 7 Shah Alam
Lepas ni Calaqisya pun nak bukak kat Bangi jugak
Saya dah bagi tau encik suami siap2 tarikh tu
Encik suami kena bawak saya pegi Radiusite
Pembukaan tu bermula pada pukul 10 pagi - 8 malam
Saya tak dapat pegi seawal jam 10 pagi
Dah pukul 11 lebih baru sampai 
Opppss...jap. .mesti korang nak tau kat mana kan
Senang ja nak pegi, cari dulu PKNS Bangi
Bangi Sentral ni dekat ja dengan PKNS
Atau pun sesiapa yang selalu pegi SBU Bangi
Radiusite ni kat kawasan yang sama ja
Cuma di bangunan2 baru depan SBU Bangi







Saya sampai2 tu tengok orang dah ramai dalam khemah menunggu
Sambil menunggu tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan
Untuk halwa telinga,tetamu didendangkan lagu2 daripada Caliph Buskers
Tengok orang ramai, mula tu dah putus asa takut tak sanggup menunggu
Tapi saya turun juga kereta cuba nasib. .minta hero sulung teman
Alhamdulillah rezeki ibu mengandung. . .terus boleh masuk 
Tak yah amek nombor giliran dan terus boleh shopping

Masuk2 dalam butik, dah rambang mata tengok semua koleksi yang ada
Niat nak beli dress ja. .tengok shawl shantek2 terus berkenan
Memandang ramai sangat orang. . saya amek ja tak cuba dulu baju
Lama jugak tunggu nak bayar, Fayyadh pun bagi kerjasama 
Lega ibu,sempat sambar 2 helai dress dan 3 helai shawl
Terima kasih encik suami tunaikan permintaan ibu mengandung
Lepas dah siap shopping, Fayyadh minta nak makan pizza
Zaaasss terus pegi makan pizza kat Warta Bangi





terima kasih staff Radiusite/Dreemika
Atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan walaupun penat
owner radiusite -ika
sangat peramah dan tak sombong pun
Insyallah nanti kalau ada dress yang cantik
saya datang beli lagi
baju raya 2 tahun berturut2 saya masih setia dengan koleksi dreemika






Monday 12 January 2015

Hari Orientasi Fayyadh

Assalamualaikum. . . . 

Faris nak jugak baju abang dia
Dapat pakai kopiah pun jadi la

Test baju

1 Januari 2015
Khamis
10 Rabiulawal 1436

Hari tu semua orang cuti. .tapi tadika Fayyadh iaitu Little Caliph Desa Pinggiran Putra telah mengadakan orientasi. .dan saya terpaksa batalkan niat nak balik kampung demi anak tercinta. Fayyadh memang teruja nak pergi tadika baru. bukan Fayyadh ja ibu dia pun teruja bila anak dah masuk tadika. Memandangkan Fayyadh dah dapat baju uniform. .hari tu, saya memang bagi Fayyadh pakai la. Bagi Fayyadh semangat sikit.

Menu yang sempat saya masak hari tu
Nak jugak tayang

Orientasi tu bermula pada pukul 2.00 petang. Saya sibuk sediakan hidangan makan tengahari awal  takut terlambat sampai kat LCDPP. Walaupun jarak dengan LCDPP tak jauh mana pun. Selepas makan tengahari, kami pun bergegas ke Desa Pinggiran Putra. Fuh!! Sampai2 nasib tak ramai lagi orang yang sampai masa tu. 





Kami sampai pukul 2.10 petang, sampai terus pergi ke kaunter pendaftaran. Lebih kurang 2.45 petang, baru program bermula. Fayyadh lepas daftar terus masuk ke kelas untuk aktiviti suai kenal dengan cikgu2 dan kawan2 baru. Petang tu, semua ibu bapa diberi taklimat berkaitan program yang dijalankan untuk anak2 LC. Selepas taklimat diberikan, ada sesi soal jawab ibu bapa bersama pengusaha LCDPP iaitu Teacher Ida. 




Alhamdulillah, sepanjang hari orientasi Fayyadh nampak ceria dan syukur Fayyadh tak nangis. Faris sibuk main ja. .tak duduk diam walaupun seminit. Encik suami ja yang fokus dengar taklimat. Dah selesai semua. . semua ibu bapa dan anak2 LC dihidangkan dengan sedikit juadah minum petang. 




Sebelum ni, risau jugak saya fikir nak hantar Fayyadh kat mana. Memandangkan sesi pembelajaran bermula 12 Januari. Kat mana Fayyadh nak tinggal selama tu. Kalau tak memang Fayyadh kena gilir2 ikut pergi ofis ibu dan abah. Apa yang saya pening2 tu terjawab, lepas teacher Ida bagitau untuk penjagaan dah bermula 5 Januari. .syukur sangat. Pada masa yang sama, boleh la Fayyadh sesuaikan diri dengan tempat baru.



5 Januari 2015
Isnin
14 Rabiulawal 1436

Pagi tu, rutin harian kami dah berubah. Sebelum ni keluar rumah pukul 7.30 pagi. Sekarang tepat 7.00 pagi, dah kena keluar rumah. Bawa Fayyadh pergi makan. Kemudian baru hantar Fayyadh. Hari pertama Fayyadh, ingat dia tak nangis. Pagi tu, teruk jugak nangis tak nak lepas abah dia. Sedih ibu tengok. Dah la sedih tengok Fayyadh nangis. .Faris pulak tambahkan kesedihan ibu. Faris nangis nak pergi kat abang dia. Kesian kat anak ibu dua ni. .Faris tak pernah berpisah dengan Fayyadh sebelum ni.

Gambar ni Teacher ida post kat Group LCDPP
Muka hari pertama pergi tadika

Masuk hari kedua Fayyadh dah tak nangis bila hantar dia tapi muka masih nampak sedih lagi. Petang hari kedua, Teacher whatsapp saya bagitau Fayyadh demam panas. Malam tu, Fayyadh masih demam . Walaupun demam, Fayyadh masih aktif ja. Keesokkan pagi , suhu badan Fayyadh dah kurang. Fayyadh pergi tadika macam biasa. Petang ja, dia demam balik. 7 Januari 2015, saya dah tak hantar dia kat tadika. Pagi ikut abah pergi ofis dan petang ikut ibu pulak masuk ofis. Alhamdulillah pagi Jumaat, Fayyadh dah sembuh dan boleh pergi tadika seperti biasa.

12 Januari 2015
Isnin
21 Rabiulawal 1436


Hari pertama sesi pembelajaran Fayyadh, hari ni dah mula pakai baju uniform LC. Masa tengah encik suami siapkan Fayyadh. Faris siap puji lagi abang dia. Canteknyaaa....(nampak abang segak pakai baju uniform). Pagi tu, lepas saya hantar Faris dan encik suami baru saya hantar Fayyadh.  Motifff??? mesti nak amek gambar Fayyadh dan kawan2 dia .



Sampai2 ja kat tadika, Fayyadh dah mula buat perangai nak minta dukung. Kesian anak ibu, sorry Fayyadh ibu tak dapat dukung lama2. Nanti sakit baby dalam perut ni. Amek masa jugak nak bagi dia ok. Semasa saya sampai tu, masih tak ramai lagi. Lagi pun, kawan2 Fayyadh semua sibuk main. Tak dapat la nak amek gambar masa Fayyadh dalam kelas. Ok la dapat amek gambar Fayyadh dan kawan2 dia tengah main pun. Apa2 pun ada gambar untuk Fayyadh tengok bila besar nanti. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan di akhirat.



Daging Merah

Salam. . . .

Nak resepi yang sangat ringkas dan pantas.
Serius cepat sangat
Petang2 blik kerja dah buntu tak tahu nak masak apa
Jom cuba resepi ni. . .
Hari tu memang saya buat lauk semata ni ja
Tapi untuk anak2 kecil tak sesuai
Resepi ni ada letak cili
Untuk hero2 saya  malam tu
Saya buah singgang daging
Untuk saya dan encik suami
Saya masak daging  merah
Masak ja apa yang ada dalam peti ais
Kalau ikut tu, kena letak lobak merah+kacang panjang
Daging merah ni digandingkan nasi putih panas2 pun 
Dah terangkat. .
Nak resepinya. .
Ni dia resepi DAGING MERAH

Daging dipotong nipis+basuh+toskan
Rebuskan daging bersama pewarna merah
Sehingga empuk

Potongkan 3 biji bawang putih + 1 Biji bawang besar+halia dipotong mayang
Lobak merah sebiji(potong panjang2)
Cili padi (terpulang berapa biji korang nak)
2 Sudu cili kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Serbuk perasa 

Panaskan minyak masak
Tumiskan bawang putih+merah+halia
Masukkan cili padi + lobak merah
Kemudian masukkan cili kisar+sos tomato+cili+Tiram
(sos2 tu saya anggarkan ja)
Air rebusan daging( kuantiti terpulang kat korang nak kuah banyak mana )
Lepas tu masukkan daging+garam+serbuk perasa
Masak sehingga naik bau dan siap untuk dihidang



Hidangkan bersama nasi putih.
Apa lagi jom makan!!!

Monday 5 January 2015

LAWATAN TASKA AYU MANJA

Salam

19 Disember 2014

Taska Ayu Manja Saleha(TAMS) telah mengadakan lawatan sambil belajar iaitu anak2 TAMS telah diberi peluang untuk menaiki cruise Putrajaya. Ini merupakan aktiviti terakhir untuk penutup tahun 2014. .dan ni juga merupakan lawatan terakhir Fayyadh bersama kawan2 TAMS. Tahun 2015 Fayyadh dah tukar tadika baru. Pada mulanya saya nak ja bagi Fayyadh pergi dengan kawan2 dan auntie dia tapi sehari sebelum lawatan tu, saya ubah keputusan. Saya pun akan ikut jugak. Lawatan ni ibubapa pun boleh ikut jugak. Bayaran untuk ibu bapa seorang RM15. Kalau saya ikut boleh bawa Faris sekali. .dapat la Faris ikut abang dia sekali.

Pagi tu, saya hantar dulu Fayyadh dan Faris masuk taska. Memandang hari lawatan tu jatuh pada hari bekerja. Saya kena la masuk ofis dulu. Selesaikan kerja yang penting2 dulu. Alhamdulillah saya dapat kebenaran waktu pejabat daripada bos yang baik hati dan memahami. Terima kasih bos. Ikutkan Fayyadh dan Faris ikut saya naek kereta.. disebabkan ibu depa lambat dan sibuk siapkan kerja. Tau2 Fayyadh dan Faris dah naik bas. Ok jugak dapat la depa merasa naik bas..tu kira pengalaman pertama Faris naik bas. Kesian kat dia tak pernah naik bas. Fayyadh  kali ke-empat naik bas.

Saya terus pergi ke Jeti Putra, sampai2 bas diorang pun baru sampai. Fayyadh nampak muka gembira ja tengah beratur dengan kawan2 dia. Faris baru turun dari bas, auntie Yana yang dukung dia. Nampak2 ibu terus nangis. Bila semua berkumpul, auntie Sue bagi arahan bagi sesiapa anak2 yang ibubapa ikut bersama boleh terus pergi ruang menunggu. Lega sangat saya dapat ikut sekali. Bayangkan kalau saya tak dapat ikut sekali, mesti Fayyadh sedih kot. Tengok orang lain semua ibu dan abah diorang ikut. Kebanyakkan hari tu, semua ibubapa ikut sekali dengan anak2 diorang.




Memandang masa lawatan ni, cuti sekolah. Ramai jugak pelancong yang datang naik cruise pagi tu. terpaksa la bercampur dengan orang awam. Untuk sesiapa yang belum pernah naik cruise bolehlah lepas ni datang sendiri naik dan menikmati pemandangan Putrajaya. Sebelum ni saya naik pada waktu malam semasa bulan puasa.  Serius cantik sangat pemandangan Putrajaya pada waktu malam. 





Semasa dalam cruise, kita akan diberi penerangan dan sedikit informasi tentang Putrajaya. Dah selesai penerangan tu, bolehlah naik tingkat atas cruise untuk menikmati pemandangan dan dapat udara segar kat luar.







Dah puas duduk kat atas ni, saya bawak Fayyadh dan Faris turun bawah dan pergi bahagian depan cruise.






Setelah hampir sejam kami belayar, selesai lawatan hari tu. Sampai ja kat Jeti, Fayyadh dah bagitau dia  lapar. Saya pun bawak la Fayyadh dan Faris pergi makan tempat makan yang berdekatan dengan jeti. Tempat makan kat sini, memang banyak pilihan. So, tak payah risau, cuma mungkin harga agak mahal. Saya buat pilihan makan kat secret recipe.  Fayyadh pun dah minta nak makan kek.  Selesai makan Fayyadh dan Faris makan, saya terus pergi hantar diorang masuk taska balik. Dalam perjalanan nak pergi taska, Faris dah tertidur.
Penat sangat agaknya. Nasib dia dah kenyang , lega ibu. Fayyadh pulak sampai taska makan sikit, dah terus masuk kelas dia. Kawan2 dia dah tidur kepenatan.