Assalamualaikum. . .
Hye semua. . .
Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari kelima kita berpuasa. Sepanjang berpuasa ni ada tak yang berbuka puasa/iftar kat masjid.. atau ada yang berbuka kat rumah ja. .atau pun ada yang dah pergi iftar kat restoran/hotel yang menawarkan promosi berbuka puasa. Saya??? tahun ni saya berkesempatan untuk iftar kat masjid. Sebelum2 ni ada la pernah pergi dua kali tu pun masa Fayyadh kecil lagi. .Mesti kat semua tempat masjid2 yang berdekatan ada buat majlis iftarkan???Saya pergi majlis iftar kat Masjid Putra, Putrajaya.
Sebenarnya seronok jugak iftar kat masjid ni. Bila iftar kat masjid ni memang kita dapat kawal pemakanan kita. Kalau itfar kat rumah. .mesti akan makan pelbagai hidangan. Tambah2 kalau kita pergi bazar Ramadhan. Tengok makanan semua teringin nak beli. padahal bila masa berbuka, sentuh pun tidak. Apa yang seronok iftar kat masjid??? Kita dapat berbuka beramai2 walaupun kita tak kenal pun orang yang datang tu. .dapat jumpa pelbagai kaum dari negara lain.Kenapa kita dapat kawal pemakanan kita?? Yala iftar kat masjid kita hanya makan makanan yang dihidangkan sahaja. Tak semua yang datang tu makan makanan yang pihak pengurusan masjid sediakan, ada yang bawa makanan sendiri.
Semalam semasa iftar, sebelah tempat makan saya tu orang Arab.Diorang bawa makanan sendiri, baik betul hati diorang siap bagi makanan diorang kat saya. Dapat la rasa masakan dari negara diorang. Terlupa nak ambil gambar. Tak korang boleh la tengok.Dah pergi sekali mesti akan rasa nak pergi lagi keesokkan tu. Mesti ada yang tertanya makan apa. makan tu kat meja atau duduk bersila kat bawah ja. .Ok, untuk iftar kat masjid putra ni. Duduk bersila kat bawah .Kat masjid besi, makan kat meja. Tapi duduk bersila lagi senang.Tambah2 yang ada anak kecil macam saya ni. Senang la diorang nak main2 kat bawah. Tempat makan terpulang la kalau yang nak makan bersama keluarga, ruang yang berdekatan tempat sembahyang perempuan. Untuk makan diruang lelaki @ perempuan sahaja pun ada juga, ni ruang makan dia disebelah tempat sembahyang masing2. Bagi sesiapa yang belum pernah iftar kat masjid. .mesti ada yang tertanya2 kan. .mula2 tu terus makan nasi ke. .untuk pengetahuan kawan2 yang belum pernah ya. .setelah azan iaitu menandakan masuk waktu maghrib dan waktu berbuka, pihak pengurusan masjid menyediakan air, kurma dan kuih(dihidangkan siap2 kat atas tikar khas). tu hanya untuk batalkan puasa. .lepas tu sembahyang maghrib dulu. Lepas sembahyang , baru makan nasi iaitu secara buffet. Makanan yang disediakan Alhamdulillah sedap, banyak dan memang kenyang la. Kalau rasa tak kenyang tu boleh lah bawa makanan sendiri dari rumah.
Dulu sedih gak yala dah ada anak kecil ni memang tak dapat nak sembahyang terawih berjemaah la. .tapi bila masuk ja ruang sembahyang . Ramai ja orang yang bawa anak kecil. Malam pertama saya pergi memang tak dapat nak sembahyang jemaah. .Syukur, malam kedua tu, Faris tidur sebelum isya' dapat la berjemaah. Fayyadh, dia main kat sebelah saya ja.nasib dia tak minta nak ikut encik suami. Ada hari yang saya tak dapat jemaah tu, duduk ja tunggu encik suami sembahyang. .dan hari Faris & Fayyadh aktif sangat pun saya tak dapat nak jemaah jugak, sebab hati tak tenang ja fikir diorang.
Kalau sesiapa nak cuba iftar kat sini dialu2kan, rumah Allah kan..tak salah kot saya nak jemput sesiapa pun. memang seronok .rugi tau setahun sekali ja dapat peluang macam ni. Situasi di masjid dan surau berbeza sebenarnya. Saya rasa ramai yang berpendapat surau/masjid ni akan penuh safnya bila awal Ramadhan ja. Bila dah hujung2 ni mesti tinggal la 2 saf ja. tapi apa yang saya lihat kat masjid putra ni berbeza. Jemaah makin ramai. .Alhamdulillah ramai yang mengimarahkan rumah Allah.Jomlah kita mengimarahkan masjid di bulan yang mulia ini.

No comments:
Post a Comment