Assalamualaikum. . .
Salam Ramadhan. . .
Ramadhan tahun ni, ramai yang mengambil peluang untuk iftar beramai-ramai. Sepanjang bulan Ramadhan , buka ja surat khabar tempatan ada ja sisipan gambar2 orang ramai iftar di tempat2 awam. Setiap negeri ada ja tempat yang menjadi tumpuan untuk iftar beramai2. Siapa yang belum cuba iftar di tempat2 awam atau di masjid lepas ni bolehlah cuba untuk merasai sendiri suasana iftar di secara berjemaah. Serius memang seronok dan rasa satu kelainan. Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pun meluangkan masa untuk iftar bersama orang awam di padang berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang pada 13 Julai 2014. Baru2 ni saya ada terbaca kat Instagram Tengku Puan Pahang bersama keluarga pun ada iftar di padang MPK 1. Dulu masa percintaan tu ada la iftar kat tempat2 awam tapi bila dah berkeluarga ni saya iftar kat masjid. Sebabnya lebih selesa sikit bila ada anak2 kecil ni.
Iftar di masjid ni tak semua sama maksud saya suasana berbuka lain. Apa yang berbeza kat masjid Putra semua jemaah berbuka di bawah(bersila) tetapi kat Masjid Besi boleh pilih samada nak duduk bersila kat bawah atau pun nak duduk di meja yang disediakan. Kalau kat masjid Besi sementara tunggu masa berbuka, kita akan baca tahlil. Tapi kedua2 masjid memang sentiasa ramai orang datang terutama di hujung2 bulan Ramadhan.
Baru2 ni saya berpeluang iftar kat Masjid Besi. Bila encik suami tanya Fayyadh nak pergi masjid mana. Fayyadh mesti akan jawab masjid putra. tapi nak rasa kelainan kami pergi juga masjid Besi. Seronok jugak bila bertukar tempat iftar dan terawih. Solat Sunat Terawih di Masjid Besi akan dipimpin oleh Iman jemputan Antarabangsa .Berbaki puasa beberapa hari ni jom la cuba iftar di masjid. Memandangkan kita semua akan cuti panjang untuk menyambut lebaran yang bakal tiba.
Baru2 ni saya berpeluang iftar kat Masjid Besi. Bila encik suami tanya Fayyadh nak pergi masjid mana. Fayyadh mesti akan jawab masjid putra. tapi nak rasa kelainan kami pergi juga masjid Besi. Seronok jugak bila bertukar tempat iftar dan terawih. Solat Sunat Terawih di Masjid Besi akan dipimpin oleh Iman jemputan Antarabangsa .Berbaki puasa beberapa hari ni jom la cuba iftar di masjid. Memandangkan kita semua akan cuti panjang untuk menyambut lebaran yang bakal tiba.
Masjid Putra dan Masjid Besi ni mempunyai rekabentuk dan tarikan yang tersendiri. Saya pecaya setiap kali pelancong yang datang melawat Putrajaya tak sah kot kalau tak abdikan gambar berlatar belakang kedua2 masjid ni. Nama asal masjid besi ni sebenarnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong XII, Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Masjid ni dibina pada 5 April 2004. Lokasi masjid yang stategik dan menarik terutamanya kilauan dan limpanan cahaya lampu pada waktu malam.
Masjid Besi merupakan satu2nya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu lalauan pejaln kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Rekabentuk dalaman masjid ini sangat unik iaitu dihiasi dengan tulisan ayat2 al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca . Idea ini terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Terpegun tak tengok keindahan dan kecantikkan Masjid Besi. Apa lagi mai la sendiri iftar dan solat kat sini.
No comments:
Post a Comment