Nuffnang

Monday, 31 March 2014

PekanBuku, PICC, Putrajaya

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera


Baru-baru ni kat PICC, Putrajaya ada Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya- 19 -23 Mac 2014.Dekat sangat dengan rumah saya... walaupun dekat saya pergi pun dah hari ke-empat.tu pun pergi Zoo Negara dulu pagi tu. Balik dari Zoo Negara terus pergi PICC. Ramai sangat orang. . .kebetulan hari yang saya pergi tu ada Prengnancy, Children and Baby Expo.
Pesta buku ni berkonsepkan taman tema. .memang sangat menarik perhatian dan bagi penggemar buku boleh lah ambil peluang untuk membeli dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga di pasaran. 



Bagi memudahkan kita untuk mencari bahan bacaan pihak pengajur iaitu MPH dengan kerjasama PICC tengah mengasingkan buku bahasa inggeris(Bookerville A Magical Town Of Books) dan bahasa Malaysia(PekanBuku). Bagi pencinta buku atau ulat buku mesti tak lepaskan peluangkan pergi pesta buku ni. Alhamdulillah Fayyadh memang suka buku... masa dia dalam perut lagi abah dia dah beli set buku Grolier. Faris pun kalau abang dia baca buku dia pun sibuk jugak nak baca buku. .tapi kena perhatikan nanti ada yang terkoyak.

Fayyadh sekarang suka suruh abah dia tolong bacakan buku kat dia. Sambil tu memang banyak soalan yang dia tanya.. kalau tak puas hati dengan jawapan yang kita bagi tau memang dia akan tanya banyak kali la.Anak korang macam ni tak???Ok berbalik pada Pesta Buku tadi. Masa pergi kali pertama tu , tak beli pun buku sebab tengok beratur untuk bayar panjang sangat. Saya pun ajak encik suami pergi expo baby pulak.

Kat Pregnancy, Children and Baby Expo, boleh tahan...ramai jugak orang.sebelum kami pergi expo baby. .saya tersangkut kat booth Cruise Putrajaya. Tak rugi kot beli tiket naik Cruise. Tiket tu sebelum ni harga RM30 untuk dewasa tapi masa tu ada promosi dapat RM15. Saya terus cakap kat encik suami nak beli. . .berbaloikan?? sebabnya tiket tu valid 3 bulan.. dapat tengok pemandangan Putrajaya waktu malam. Nanti bila saya dah naik cruise saya update ya...Bagi saya expo baby kat sini tak pelbagai macam kat Mid Valley. Tak banyak pilihan sangat. Tak banyak pilihan pun melayang jugak duit. . .

Hari terakhir Pesta Buku encik suami dan Fayyadh ja pergi. .banyak jugak encik suami beli buku kat Fayyadh dan Faris. Buku-buku tu, saya pun tertarik. .untung budak-budak sekarang. 
Tengah jalan pun jadi jugak...tak kira apa dah bila dapat buku

Kusyuknya abg ayyadh

Tu Fayyadh nak buat 1Malaysia ka


Terima kasih sebab singgah blog saya yang tak seberapa ni.Ok,bubye.Wassalam.

No comments:

Post a Comment