Nuffnang

Sunday, 6 April 2014

JOM SEMBAHYANG DHUHA

Assalamualaikummm

Apa khabar semua???

Masa saya sekolah rendah dulu. . selalu tengok abh saya akan sembahyang sunat. .terpikir rajinnya abh sembahyang. .tak pernah pun terpikir abah sembahyang apa..yang tau sembahyang sunat ja.Tak kaji pun sembahyang sunat apa. .

Bila saya dah kerja ni, saya baru ada kesedaran nak sembahyang sunat dhuha ni. Bila tengok maksud doa sembahyang dhuha memang terus terpikat.
Jom la luangkan masa...15 minit ja.
Ambil air sembahyang+sembahyang+siap2+lilit shawl
Kejap ja.

Kalau kita dah mulakan sembahyang.
Insyallah akan jadi amalan kita.
Rasa lain ja bila kita tinggal.

Jom kita semak apa kelebihan sembahyang dhuha.

Sebaik2nya sembahyang dhuha ni dilakukan setiap hari kerana  mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya
dimana seseorang itu akan memperolehi keampuann Allah SWT,
murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani). 

Cara Mengerjakan Sembahyang Dhuha

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi  sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit)

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

3) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
4) Doa

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh





No comments:

Post a Comment