Assalamualaikum. . .
Baru-baru ni Taska Fayyadh ada buat lawatan sambil belajar ke Petrosains, KLCC. Lawatan Fayyadh , ibu pun ikut sekali. .biasa la ibu risau Fayyadh kecik lagi. Risau jugak nak lepas dia pergi dengan cikgu2 taska . .macam2 ibu fikir.Hari sebelum tu, bila tanya Fayyadh nak pergi mana. .ada apa kat Petrosains. .dia bagitau ayyadh nak tengok dinosour. Mungkin cikgu dia dah cerita sikit2 . .Fayyadh dia lebih teruja nak naik bas. .ni kali kedua dia naik bas. .sebab tu suka sangat bila cikgu bagitau naik bas. .Syukur, bos ibu bagi pelepasan untuk ikut Fayyadh. .lawatan ni buat hari kerja..Isnin baru2 ni ibu dah amek cuti kecemasan sebab Faris demam..
Untuk pergi ke lawatan ni,Taska Ayu Manja ada sediakan dua buah bas. .sebuah bas untuk kanak2 yang pergi bersama ibu/bapa. .sebuah bas lagi untuk kanak2 yang pergi tanpa penjaga. Pagi tu semua kena berkumpul sebelum nak bertolak. .ada sedikit penerangan. Pukul 9.00 pagi, kami bertolak .Masa dalam bas, Fayyadh nak terkucir. .nasib dia pakai pampers. . tapi sekarang dia memang tak nak k****** dalam pampers dah. .lama jugak pujuk dia suruh k**** ja dalam pampers..15 minit jugak pujuk dia, baru lah dia nak..Ayyadh nak k****kat toilet..Pukul 10.15 pagi, rombongan cik kiah sampai. .
muka budak seronok naik bas |
Sampai2 tu, berkumpul dulu..bila dah semua ada baru naik lif.Petrosains ni kat tingkat 4. Lama jugak tunggu nak masuk..untuk masuk ke dalam tu naik gondola..maaf ya saya tak ambil gambar gondola..sebabnya ada amaran tak bagi ambil gambar masa kat dalam tu..masa dalam gondola tu,budak2 memang la seronok tapi gelap la sepanjang perjalanan .Sebelum sampai kat dalam tu, ada informasi2 yang dipaparkan..menarik dan kita tak terlepas dari apa yang ditayangkan...tambah2 pertama kali naik gondola tu.
tunggu nak naik gondola |
Fayyadh nak cuba semua pameran yg ada |
Tunggu giliran naik mini jentolak Fayyadh memang nampak dia teruja sangat nak cuba semua benda |
Nasib Fayyadh tak takut. . Dinosour ni ada bunyi yang menakutkan |
Singgah kat XPLORASI-Petrosains Gift Shop sebelum nak balik Bolehlah beli apa2 buat kenangan |
Tunggu bas. .semua kelaparan+penat |
nak jugak selfie |
belek ole2 dari Petrosains kat Faris, Fayyadh beli dinosour nanti dapat kat Faris,mesti dia masuk mulut |
Sebelum nak masuk kat dalam tu, disarankan korang isi perut dulu tau. .penat dan cepat rasa dahaga..tapi bagi sesiapa yang tak sempat nak makan kat dalam tu ada Molecule Cafe..Fayyadh yang susah nak makan ni. Saya beli donat besar tue, habis dia makan. .mungkin dia penat sangat.masa saya pergi ni, ramai budak2 sekolah buat rombongan. . .dorang semua beli megi. . masa lawatan dan kat cafe ni memang sesak sikit la dengan budak2 sekolah. .
Walaupun lenguh jalan kat dalam tu, boleh dapat informasi berkaitan dunia sains.. anak2 kita boleh cuba sendiri aktiviti2 yang disediakan kat Petrosains. . memang tak rugi la bawak anak2 pergi sini.kita boleh pupuk minat anak2 dari kecil untuk meneroki dunia sains. .terima TASKA AYU MANJA buat lawatan ni. .kalau nak tahu lebih detail tentang petrosains bolehlah klik disini
No comments:
Post a Comment