Nuffnang

Sunday 21 September 2014

LAKSA KUAH SARDIN JEWWW

Salam semua. . .

Kat sini ada tak teringin nak makan laksa. .
Tapi malas nak buat bila pikiaq nak kena perisi isi ikan 
Nak asing tulang2 ikan tu dengan isi dia
Apa kata cuba buat guna resepi ni
Saya pun dapat resepi ni daripada kak liza
Masa balik raya puasa hari tu
Teringin sangat nak makan laksa
Tau2 pegi umah dia petang tu
Dia tengah buat laksa
Apa lagi memang saya makan banyak r
Encik suami yang tak suka makan laksa
Sampai suruh saya mintak resepi kot
Dia kalau nak makan laksa pun
Akan makan laksa kat Aeon Mid Valley ja
Kat situ ja dia cakap laksa sedap
Pernah tak makan laksa kat situ???
Sedapkan???
Ok jom kita tengok apa bahan2 yang kita perlukan


Sementara nak masak kuah laksa 
Rebus dulu laksa 
saya guna sebungkus ja
Sebabnya ambil masa lama jugak nak tunggu 
laksa tu lembut
Lagi senang kalau guna laksa segera

Bahan2 untuk kuah

Sardin besar 2 tin
bungan kantan 2 batang
Daun kesom
Belacan 2 inci(ni kak liza cakap bahan penting)
Bawang merah 6 biji
Cili kering 12 biji - terpulang kepedasan masing2.Nak pedas lgi boleh tambah cili padi
Asam gelugor 6 keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara

Kisarkan bawang merah+cili kering+belacan
Kisarkan sardin sehingga lumat
Dah siap kisar sehingga halus, masukkan dalam periuk
Masak sehingga mendidih
Kemudian masukkan asam gelugor+bunga kantan(diketuk)
Dah mendidih tu, bolehlah masuk ikan sardin yang telah dikisar
Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang korang suka
Lepas tu, masukkan daun kesom dan garam 
Kacau sehingga sebati 
Hati2 tau takut kuat laksa ni melimpah keluar
Masakkan sehingga mendidih 
Bila dah puas hati dengan kepekatan kuah dan rasa dia
Bolehlah tutup api 

Bahan untuk hiasan tapi wajib sediakan baru sedap

Daun selom - kalau tak da ganti dengan daun salad
Limau nipis
Bawang besar
Cili padi
Telur rebus
Timun

Dah siap potong halus

Jom kita menjamu selera





Thursday 11 September 2014

Taska Ayu Manja : eid ul fitr 2014

Assalamualaikum. . .

Sebenarnya tajuk entri ni dah lapok. Mana ada dah orang nak cakap sembang eid ul fitr kan. . .saya ja orangnya. tapi nak juga selit dalam blog saya. . nanti mana tau bila Fayyadh & Faris dah besar. bolehlah diorang tengok gambar masa diorang kat taska. Ada jugak kenangan kan. Dulu2 amek ja gambar akan simpan dalam album. Sekarang semua dalam handphone ja. Kalau semua tu bertahan dan kita pandai jaga syukur . tapi bila hilang atau sebaliknya. Memang menyesal sebabnya daripada baby sampai besar semua kita simpan ja tak cuci dan albumkan pun.

Sambutan eid ul fitr 2014 kat Taska Ayu Manja ni sambut pada 29 Ogos 2014(Jumaat). Dah lepas bulan Syawal pun. .tapi masih mood raya kan. Budak2 seronok la, semua berpakaian baju raya. Fayyadh selalu pagi2 nangis ja, pagi tu pakai baju raya .baju baru beli kat jualan PUSPANITA lepas raya. .tak nangis pulak pagi tu. pandai ya. Semua chomel2 pagi tu.

Dua hari sebelum sambutan tu, auntie bilik Fayyadh dan Faris suruh bawak kuih raya. .sebabnya diorang dan paket kecil untuk tetamu kecil yang datang beraya kat bilik diorang. Setiap bilik ada kreativiti bekas untuk isi kuih raya. seronok lah diorang walaupun diorang bukan nak makan pun semua kuih raya tu. Saya dapat tahu daripada auntie diorang pagi tu, diorang akan jalan2 kat bilik2 yang ada. Antara bilik yang ada kat Taska Ayu Manja - baby, toddler, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun dan 5 tahun.

Jam 12.00 pm, baru ada jamuan untuk ibu bapa. Pelbagai makanan tengahari  yang ada. Tapi ibu2 ja yang datang. Bapa2 semua pergi solat jumaat. Ada makanan yang pihak taska sediakan. Ada juga makanan yang ibu2 buat kutipan dan tempah ja makanan. Biasalah ibu2  sibuk kat ofis dan kat rumah tak sempat nak sediakan . Tapi  ada juga makanan yang dimasak sendiri oleh ibu2. Serius jamuan ni meriah dan dapatlah ibu2 sembang  lama sikit. sebelum sempat senyum ja sebab terkejar2 nak pergi tunaikan tanggungjawab masing2.

Sebelum jamuan makan, pengurus Taska Datin radzi (tapi datin bahasakan diri kak radzi ja) Mula tu kak radzi bagi ucapan. Lepas tu baru ada bacaan yasin yang diketuai oleh pengerusi persatuan ibu bapa ayu manja. Pn.Muzlina. dah selesai baca yasin. Masa untuk makan. .Ikut tu masa tidur anak2 taska. . tapi meriah sangat , ramai lah yang bangun dan join sekali ibu masing2. Dapat la Fayyadh & Faris makan dengan ibu kan. Kesian kat abah tak dapat join sekali.

Terima kasih pihak taska dan ibu2 taska ayu manja terutama kak aida (pn setiausaha yang aturkan untuk makanan  hari tu) yang menjayakan jamuan eid ul fitr 2014 taska ayu manja. Tahun depan kita adakan lagi. Harap2 bapa2 dapat join jugak. Jom layan gambar.





lagi2RESEPI : KERABUmangga

Salam. . .

Ok sekarang asyik update entri pasal resepi ja kan. . .sorry jangan bosan. Dah dua hari resepi ja. Saya harap sangat dapat membantu orang2 yang tengah google2 cari resepi macam mana nak buat kerabu mangga. Saya pun dah lama tak buat. .ni pun sebab hari ni ada jamuan kat ofis. apa lagi kalut la minta balik resepi kat mak. .dulu buat tak salin. .dan berkurun tak buat. terima kasih jugak encik suami bagi idea bawak kerabu mangga untuk pot luck jamuan hari ni. 

Petang semalam terjah Pasar Presint 8, sadis yang dapat daun limau purut, bunga kantan, kacang tanah & sos tiram. Bahan utama tak dapat. Terkejut sebab tak pernah beli bunga kantan. Kat rumah mak, percuma ja. bila dah kena beli ni 1 ikat rm5. 1 Batang RM1.70. Saya amek 2 ikat dah RM10. .mintak tawar pun dapat RM9 ja.Mahal betoi kan. Misi tak tercapai gak nak cari mangga kat PP8. Lepas tu pergi cari kat Desa Pinggiran , tak ada jugak. Akhirnya encik suami cari kat Dengkil barulah ada. 

Malam tu, saya cuba buat untuk makan malam dulu sebiji. .dan alang2 saya goreng ikan bilis dan kacang tanah siap2 untuk pot luck. Pagi tadi saya bangun sedia bahan2 lain untuk buat kat ofis ja. Jamuan pukul 12 lebih. .pukul 11 saya mula siapkan bahan. Huh!! Lega bila dah tercipta kerabu mangga saya. Insyallah esok pot luck encik suami , dia pun bawak kerabu mangga jugak.

Mai sini saya nak bagi resepi KERABU MANGGA 
Jangan baca ja tau, lepas ni cuba buat
Insyallah sedap


Mangga - sy guna 3 biji - mangga saya guna penyagat.lepas sagat tu rendam dalam air garam dalam 5 minit .Kemudian toskan.
Bawang Merah -8 biji
Bungan Kantan - 1 1/2 batang
Daun Limau Purut - 5 helai
Cili padi - 9 biji(ikut kepedasan masing2)


Ikan Bilis + Kacang Tanah
- Goreng + tumbuk tapi sikit2 ja. jangan sampai lumat
Gula + Garam+ Cuka secukup rasa
Sos Tiram - 2 sudu besar


Taaadaa dah siap pun
Selamat mencuba

Tuesday 9 September 2014

Resepi : Nasi Goreng paling simple

Assalamualaikum. . .

Pernah tak korang buntu nak masak apa
Tambah2 hujung minggu
Dah buntu dan nak cepat sangat
Jalan Penyelesaiannya selalu makan kat luar
Atau tapaw ja

Kat sini saya nak kongsi resepi
Resepi ni sangat simple
Tapi selalunya yang simple ni
Akan membuat korang
Makan dengan berselera
Tambah tambah dan tambah
Nasi tanpa disangka

Resepi dia mudah ja
Cuma perlu sediakan

Nasi (terpulang utk berapa org makan)
Bawang Putih (sy guna 6 biji)
Sedikit Minyak masak
Garam secukupnya

#Langkah 1
Panaskan minyak

#Langkah 2
Masukkan bawang putih yang telah dipotong halus
Tumis sehingga naik bau

#Langkah 3
Masukkan garam.Kacau2 sehingga rata
Kemudian masukkan nasi.
Goreng sehingga sebati bersama bawang putih.

#Langkah 4
Siap untuk dimakan

+++Nasi goreng ni sedap dan perlu dimakan dengan  ikan masin atau ikan goreng panas2 + sambal belacan + timun +++


nasi goreng saya, saya tambah kunyit
Terpulang kat korang nak warna putih ja
atau nak berwarna







JOM kita MENDOBI

Salam. . .

JOM KITA MenDOBI sebenarnya entri dah berkurun saya tertangguh2 nak post. sepatutnya lepas raya saya dah publish entri ni.Apapun nak jugak saya publish layan ja lah yaaa. . .

Raya tahun ni giliran siapa suami atau isteri? sekarang dah tak da kes gaduh2 balik raya. ikut ja giliran senang. adil kan??? tahun ni giliran encik suami. Setiap tahun kami akan ke kutub utara dan kutub selatan. Selalunya kalau giliran balik johor, kami akan balik juga kedah untuk berbuka puasa. Kalau raya di johor, raya ketiga akan gerak ke kedah pulak. Macam ni lah setiap tahun. 

Balik kampung, kalau ramai2 mesti akan ambil kesempatan basuh baju awal2 takut nanti tak muat pengidai. .tapi dengan adanya dobi layan diri. Memang sangat membantu. sangat2 membantu. .sangat mudah dan jimat masa. Tak payah nak tunggu kering . .kutip baju kat pengidai. .Guna ja perkhidmatan dobi layan diri.masuk duit, tekan2 dan tunggu ja baju tu . Sediakan duit secukupnya sahaja. Duit syiling? tak payah pening2 kepala nak cari duit syiling. Kat situ dah siap ada mesin untuk tukar duit syiling. .Apa terlupa nak bawa serbuk pencuci dan pelembut? Jangan risau. bolehlah ja beli kat mesin yang disediakan. tapi kalau nak untung bawa sendiri.





Masa kat kampung encik suami, jalan2 kat Batu Pahat. Saya terjumpa kedai dobi layan diri, teringat baju dalam beg baju kotor yang dah penuh tu. Pagi tu saya terus bagi tau hajat nak cuba pergi mendobi kat situ. Untuk pengetahuan korang, tu lah kali pertama saya guna perkhidmatan dobi layan diri. Sebelum ni basuh baju kat rumah ja.Tapi guna servis ni memang sangat mudah dan pantas. Hanya masuk duit ja. Semua kerja jadi mudah. Yang penting jimat masa. Bolehlah kalau nak cuba. . .memang terpikir kalau ada kat rumah aman hidup. . .tapi masalah saya, lipat baju. memang tak pernah selesai. .janganlah encik suami baca entri ni. tak kantoi la. bocor rahsia.



Apa yang seronok guna perkhidmatan dobi layan diri ni.  kita tak payah nak pikir nak sidai baju. .kutip baju. kalau hujan sekali pun. baju kita tetap akan kering dengan pantas. Selalunya bila kuar jalan, hujan kat rumah. mesti kita akan terpikir baju kat rumah. Betoi tak?? Perkhidmatan dobi ni memang sangat membantu untuk kaum2 ibu.  setuju tak???




Wednesday 3 September 2014

Bella Ammara Shah Alam

Assalamualaikum. . .

Apa khabar semua. . . sihat???

BELLA AMMARA

Ada tak yang tertunggu majlis pelancaran butik ni
Mesti ramai yang tertunggu2 kan
Saya tiap2 hari tengok ig Bella Ammara
Tak sabar sangat nak beli jugak jubah Tiara & ROsie
Menghitung hari juga kot nak pergi dan dapatkan jubah dia
Syukur sangat encik suami layan permintaan si ist3 yang kempunan jubah Bella Ammara
Saya tak dapat pergi hari pertama pelancaran tu

TAPI saya pergi hari kedua
Ingat hari kedua tak kena amek no dan masuk ikut masa yang ditetapkan
kena jugak amek no. dan tunggu sehingga no dipanggil
dah macam nak beli tudung Fareeda kan
sebelum tu, kami pergi kenduri dulu kat Sg Besi
lepas kenduri terus pergi Seksyen 7 Shah Alam
dua kali pusing baru dapat parkir
dapat parkir blakang Bella Ammara
Encik suami dan Faris tunggu dalam kereta ja
Fayyadh teman ibu dia
Fayyadh asyik tanya ja nak pergi mana
Bila sampai ja depan butik Bella Ammara
Terus daftar untuk amek no.
Fayyadh yang teruja nak pegang no.
Nasib dia layan ja ibu amek gambar 
Fayyadh jadi lah kejap model Bella Ammara petang tu

Alhamdulillah tak lama sangat tunggu nak masuk
Tak kesian encik suami dan Faris
Masuk ja dalam butik memang rambang mata
banyak pilihan, design cantik2 , semua bekena kot
Untuk elak godaan syaitan, sebelum tu dah kena buat pilihan 
Takut nanti amek masa terlalu lama masa nak pilih
Saya beli tiara & rosie jubah
Serius puas hati sangat
Jahitan kemas, design dia simple tapi bila pakai nampak glamour
yang penting masih nampak gaya seorang muslimah



Hari tu saya tolong belikan untuk kakak saya sekali
nasib semua yang saya nak ada size
RM150 sehelai memang berbaloi 
Terima kasih staff Bella Ammara atas layanan baik dan mesra pelanggan

Lepas dah selesai shopping jubah kat sini
Encik suami ajak pergi GM Klang plak
Fuh!!!memang terkejar2 sebab GM tutup pukul 7pm
mula tu tersesat . .apapun sempat sampai dan beli seluar hero kesayangan
Memang kalau nak beli barang kat GM ni
Kena keluar awal2 pagi baru dapat pusing setiap tingkat
Murah dan banyak pilihan
Lagi banyak beli lagi dapat harga murah
Sebelum balik rumah
Kami singgah minum kat AYER@8
makan kat teh tarik place
untung sangat hari tu
minum teh tarik @ teh ais 
hanya dengan harga 5sen ja
Untungkan. . ni semperna promosi 31 Ogos
Kalau sesiapa nak pemandangan cantik kat Putrajaya 
Bolehlah lepak2 makan2 dating2
kat Ayer@8