Nuffnang

Tuesday, 22 April 2014

PaRt II :: Putrajaya

Salam. . .

Terima kasih sudi singgah blog saya. . .

Ketemu lagi . .entri ni sambungan daripada kisah Putrajaya..nampak tak untuk entri Putrajaya ni pun harus bersambung. .nak melawat Putrajaya memang berhari2 jugak kan. .???mesti kalau sebut Putrajaya. .ada juga orang akan terfikir. .ada apa dengan Putrajaya? mesti kompleks2 kerajaan ja. .walaupun semua kompleks kerajaan berpusat kat sini,seni bina bangunannya berbeza kan. .mesti terpegun jugak.Tambah2 di Presint 2, 3 dan 4..saya ada terbaca kat blog SuciUtami. .bila ada satu entri dia ambil gambar kat Putrajaya.. bangga kot. .sebab nampak menarik sangat pemandangan Putrajaya.

Teringin nak naik cruise???. . .kat Putrajaya korang boleh naik cruise dengan menikmati keindahan yang menakjubkan. Pengalaman saya naik cruise ni semasa ada promosi buffet ramadhan. Boleh menikmati hidangan di dalam cruise dan melihat keindahan Putrajaya pada waktu malam. . Untuk menaiki cruise ni, korang boleh membuat pilihan samada ingin menaiki pelayan persiaran tasik Putrajaya melalui bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang direka khas seperti perahu tradisi Melayu. Selain itu, bagi yang berminat untuk mencipta kenangan yang bermakna dan suasana romantik, Cruise Tasik Putrajaya ada menyediakan perkhidmatan "Pengalaman Makan Malam dengan Kelainan" iaitu dengan menaiki bot mewah. Mungkin ni salah satu tempat yang perlu korang pergi sendiri..memang berbaloi.

Jeti Putra, Jambatan Putra

Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia

Email: sales@cruisetasikputrajaya.com

Phone: (603) 8888 5539

Fax: (603) 8888 3769

Social Media

Dah penat2 jalan kat Putrajaya ni nak makan kat mana ya..???Kalau yang nak membeli-belah & makan , Alamanda la tempat yang paling sesuai. .Alamanda ni sebuat pusat membeli belah yang mempunyai bermacam jenis kedai, restoran,boling, panggung wayang dan medan selera. Nak parker kereta , memang tak ada masalah. Ok, kalau nak makan ja kat mana, korang bolehlah Food Court Presint 8 dan 9. berdekatan food court Presint 9 tu, ada kedai mamak. .Selain tu, kat Taman Warisan Pertanian, Presint 16( ada satey Hj Samuri, Nasi Ayam dll). .ada lagi. .kat Presint Diplomatik, kat sini banyak sangat pilihan . .kalau nak makan masakan Thai makan kat Restoran Thai Tom Yam Kung, nak makan nasi arab - makan kat Mr Kabab & Biryani (Makanan Trandisi Arab & Pakistani), masakan melayu pantai timur (Nasi Ulam ida -nasi kukus ayam dara) dan makan barat pulak boleh singgah makan kat Pasta Express.Untuk yang penat bergambar kat kawasan Presint 2 atau 3, bolehlah makan kat Galeria PJH..yang berdekatan masjid Putraya - tempat makan terdekat ialah selera putra. Selera Putra ni terletak di Sisiran Putrajaya, Dataran Putra, Presint 1. Kat Putrajaya ni, setiap hari selasa dan jumaat..ada pasar tani(pasar malam)..bolehlah pergi kalau sapa2 nak cuba kelainan pasar tani kat sini. Nak main pasir kat Putrajaya???Ada jugak tau. .bolehlah baca kat entri saya sebelum ni.

Antara aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya ialah Putrajaya Internasional Islamic Arts & Culture Festival, Festival Bunga Api(sept) , Karnival Jom Makan Buah(disember), Putrajaya Lighting Festival, Floria(jun), Festival Ramadhan Putrajaya, Putrajaya Internasional Hot Air Ballon dll.Untuk memudahkan korang buat rujukan bolehlah semak di website perbadanan putrajaya.Ok lepas ni, bolehlah melawat Putrajaya ya. . .saya harap entri saya ni sedikit sebanyak membantu korang yang tengah buntu nak jalan2 kat sini.

Sekian

Wassalam


No comments:

Post a Comment