Nuffnang

Showing posts with label MASAK2. Show all posts
Showing posts with label MASAK2. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

LAla MASak SOs IkAN

Salam semua...

Lala masak sos ikan ni antara menu yang saya masak hari ahad lepas. Lala pun pertama kali saya masak sejak saya kawin tau. Kesian kan..masa anak dara dulu tak nak masak semua nak harapkan mak ja. Bila saya dah masak dan makan lala ni. .baru terfikir. . orang2 yang sabar dan rajin ja kot makan lala ni. kecik2 sangat.

Resepi LALA MASAK SOS IKAN

Bahan2nya


  • 1/2 kg lala -bersihkan dan toskan
  • 1 bj bawang besar-ditumbuk lumat
  • 5 bj bawang putih-ditumbuk lumat
  • 1 bj cili benggala-hiris halus
  • 1 bj cili besar-hiris halus
  • 3 sb sos ikan
  • 3 sb sos plum
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • Air
Jom masak!!!

Masak lala dulu dengan air yang secukupnya. Bila dah masak, angkat dan toskan.Simpan air rebusan lala.
Panaskan minyak..kemudian tumis bawang putih dan besar yang telah ditumbuk lumat..sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos ikan+sos plum+air rebusan lala.
Tambah garam secukup rasa .Lepas tu baru masukkan lala.Kacau sebati ,masak dalam 10 minit.
Akhir sekali masukkan cili benggala +cili besar.
Tutup api dan hidangkan.Nyumm3




Sambal Belacan Tempoyak+Kulit Limau Nipis

+2 Biji Cili Besar
+1 Biji Limau Nipis
+1/2 sb Garam
+Belacan(saiz ibu jari)
+2 sb tempoyak
+Hirisan kulit limau nipis

Tumbukkan cili besar+garam+belacan sehingga lumat.
Kemudian masukkan perahan limau.Lepas dah perah limau. Ambil sekeping kulit yang telah diperah ,potong nipis2 kulit tersebut. Masukkan tempoyak .Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih

Wednesday, 2 April 2014

KARI IKAN KEMBONG YOGURT

Assalamualaikummm


Selamat Petang semua


Baru-baru ni saya pertama kali masak KARI IKAN KEMBONG YOGURT..kalau orang utara panggil ikan temenung.Ok bagi yang nak mencuba tu boleh lah masak untuk makan malam ni. Sebenarnya saya tergerak hati nak guna Yogurt tu sebab sayang banyak lagi ada ,tarikh luput 2 3 hari lagi ja. Daripada nak buang baik guna.  Beli plain yogurt tu pun untuk Faris. Faris tak berapa suka lagi makan bubur atau nestum. .dia nak makan yogurt yang dah ada perisa ja. Yogurt Strawberi memang dia suka sangat..
Jom tengok apa resepinya

Bahan-bahan

4 ekor Ikan Kembong
1 biji bawang besar*
5 biji bawang putih*
1 sb halba campur
3 sb serbuk kari - saya guna serbuk kari adabi
2 tangkai daun kari 
1 cawan YOGURT
minyak masak
air secukupnya
garam + gula secukup rasa

*tumbuk sehingga lumat

Cara-cara

Mula-mula bersihkan ikan,potong dan toskan.
Tumiskan bawang+halba campur+daun kari sehingga naik bau
Masukkan serbuk kari (sebelum tu serbuk kari dibancuh dengan sedikit air)
Masak sehingga terbit minyak dengan api yang sederhana
Kemudian masukkan yogurt yang telah dicampur dengan air
Kacau rata semua bahan 
Masukkan ikan .masak sehingga mendidih
Bila dah ok, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang

jap...jap...kari saya kosong ja kan ikan semata-mata.kalau korang nak tambah bendi..tomato ..atau terung .bolehlah tambah.mesti lagi sedapkan.


Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih

Thursday, 27 March 2014

AYAM PERCIK GULA MERAH


Salam semua

Hari ni saya nak berkongsi resepi lagi.Entri sebelum ni pun pasal masakan...ni pun saya nak kongsi satu lagi resepi..sekarang musim cuti sekolah mesti ramai ibu-ibu yang rajin masak kan. Yala bagi yang anak-anak dah besar tu. . masa ni  anak-anak yang tinggal kat asrama tu nak rasa masakan ibu. . .nanti saya pun kena selalu masak lah supaya bila anak-anak saya besar nanti teringat masakan ibu depa. . . beruntung saya sebab encik suami pandai dan selalu masak. terima kasih abah sebab selalu tolong ibu masak. siap buatkan makanan untuk Faris.nanti saya bagi resepi puri ciptaan encik suami ya.

Saya kawin masa umur 22 tahun ...muda tak saya kawin?umur 23 saya dah jadi ibu. .26 saya dah dapat 2 orang anak. .bila dah kawin mesti la kena selalu masak kat suami dan anak-anak. .serius saya memang tak pandai masak pun .Masa anak dara dulu, selalu kalau tolong mak kat dapur pun. . tolong basuh pinggan ..kemas dapur ...potong bawang tu ja.Bila dah kawin nak masak ja telefon mak .. tak pun mintak tolong pakcik google. .sampai sekarang kot kalau nak cari resepi apa-apa  pun masih google2 lagi.sama tak kita?

Lepas saya bagi resepi ni bolehlah cuba ya. Bagi yang ibu-ibu yang tengah bekerja tu lepas dah baca entri saya ni. . mana tau yang jatuh hati dengan resepi ni boleh lah balik kerja nanti singgah pasar pergi beli barang untuk masak makan malam. 

Ok, jom kita tengok apa resepi AYAM PERCIK GULA MERAH 

BAHAN-BAHAN


  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • 15 tangkai cili kering*
  • 7 biji bawang merah*
  • 7 biji bawang putih*
  • 1 sb ketumbar*
  • 11/2 cawan santan segar
  • 1/2 cawan gula merah
*kisar semua  bahan yang bertanda

CARA-CARA

  • Gaulkan ayam dengan garam secukupnya
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar+ayam+santan+gula melaka.Masak di atas api yang sederhana
  • Kacau rata kesemua bahan 
  • Masak sehingga kuahnya menjadi pekat-rasa jika kurang manis tambah gula melaka secukup rasa
  • Kemudian angkat ayam dan letakkan dia atas loyang
  • Bakar pada suhu 200'C selama 40 minit atau sehingga ayam masak-buka api atas dan bawah.
Selamat mencuba!!!
Sambil taip resepi ni pun saya dah terliur. . .
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih

Wednesday, 26 March 2014

BIHUN GORENG MELETOP

Assalamualaikum

Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti
Di sini saya nak kongsikan resepi bihun goreng resepi daripada mak saya
Boleh lah kalau malas nak masak nasi  atau nak tukar menu untuk family tercinta
Atau untuk dihidang semasa sarapan
atau untuk yang belum ada idea nak masak 
Bolehlah mencuba resepi ni

Cara Penyediaan

1 Bungkus Bihun
(rendam hingga lembut dan toskan)
Jangan Rendah bihun dalam air panas
Nanti masa nak goreng, bihun akan jadi lembik

Lobak Merah
Sawi
Ayam/Daging/Udang/Sotong

Bahan-bahan untuk kisar

Cili Kering (ikut kepedasan masing-masing) -saya letak dalam 10 tangkai
Bawang Putih -5 ulas
Bawang Merah - 6 ulas
Kisarkan semua bahan-bahan diatas 

Perencah 
Setelah siap dikisar campurkan bahan yg dikisar dengan Kicap Manis (saya guna cap kipas udang)5sudu besar +Sos cili 5sudu besar
garam 1/2 sudu besar
gula 3sudu besar

Lepas dah siap buat perencah tu

Panaskan Minyak
Tumiskan 
Bawang Putih-2 Ulas
 +Merah-2 ulas
(Hiris nipis dan cincang)
Bila bawang dah naik bau masukkan perencah 
Masak sehingga perencah tadi pecah minyak
Kemudian masukkan ayam/daging/sotong/udang+lobak merah
Kacau dan biarkan sehingga menggelegak
Rasa cukup semua bahan
Kalau ada yang terkurang,tambahkan apa yang perlu mengikut citarasa
Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati
Masukkan pula sawi
Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit
Bila perasa dah meresap pada bihun
Tutup api
Siap untuk dihidangkan

Bahan untuk dihias

Cili Besar -dipotong 
Daun Bawang
Bawang Goreng

Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih