Nuffnang

Tuesday, 30 December 2014

NASI DAUN PISANG MESTI CUBA!!!

Assalamualaikum. . .
Apa khabar semua sihat???
Alhamdulillah Allah bagi nikmat kesihatan yang baik kat kita semua
Tapi bagi yang kurang sihat. . .jangan sedih2 .kita sakit tanda Allah sayang kat kita kan.
Bila sakit . .buatkan kita lebih ingatkan Allah. Betoi tak????
Ok bagi yang sakit tu. .lepas dah baik nanti pergi kedai mamak ni tau
Yang sihat walafiat tu. . ada masa nanti boleh la cuba rasa sendiri. . .

Kali ni saya nak kongsi tempat makan yang menarik. Serius sedap  kari kat sini. Bagi penggemar makanan mamak memang ni la tempat yang dicari2. Semalam saya dan encik suami sanggup redah hujan tambah pulak dengan kesesakan lalu lintas kat ibu kota. Fuhh!!! memang menguji kesabaran. Dah tu pulak terlepas jalan yang nak pergi kedai mamak ni pulak. Lepas tu faham ja kena pusing jauh untuk patah balik. Tapi sebab nak makan nasi daun pisang ni. .sanggup ja.

Kenapa tiba2 saya teringin nak pergi makan kat sini???
Sebabnya pagi sabtu baru2 ni. . kat group whatapps family, kakak saya kongsi gambar dia pergi makan nasi daun pisang. Apa lagi terus terpikat. .Kepada sesiapa kat luar sana tu yang teringin nak rasa sendiri dan makan atas daun pisang bolehlah pergi cuba sendiri. Insyallah halal. Tapi semasa nak order tu, kena bagitau la nak makan atas daun pisang. .kalau tak bagitau diorang bagi pinggan. Apa yang menarik kat sini, kari dia memang terangkat. .dah balik rumah. .masih lagi bau kari kat tangan tu. . .kari kat sini memang lain dari yang lain.

Macamana nak pergi???Senang ja. .restoran ni kawasan Masjid India. .masa saya sampai kat sana tu, dah waktu maghrib. So, sampai2 terus pergi solat maghrib dulu kat Masjid India. Lepas tu baru pergi cari restoran tu. .dekat ja. .jalan kaki ja. 


Korang boleh pilih tau, restoran ni ada dua tempat di Masjid India tapi dekat ja dua2 restoran ni. .bangunan depan dan belakang. .nak yang lebih selesa, pergi tempat yang saya pergi ni. .berhawa dingin. Sesuai yang bawa anak kecil. .Satu tempat lagi open laa. .tapi masih Abc Food's  Corner.




Sorry tak sempat amek gambar sebelum. .sempat selepas makan jeww
Saya amek set untuk 2 orang
Dapat dua jenis nasi
Nasi putih +beryani

Masa saya pergi tu, kari tu tinggal kuah ja
Ikan dah abis
Nasib dapat jugak rasa kuah kari yang sedap neyh

Abc Food's Corner

Selangor Mansion
1009, Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
016-217 5532
Mon.-Sun. 11:00-23:30

No comments:

Post a Comment