Assalamualaikum...
l 30 November 2014 l Ahad l
Tepat pukul 4.30 pagi , kami semua turun tunggu kat lobi apartment rumah saya..sebabnya janji dengan driver teksi suruh amek kami untuk ke Putrajaya Sentral. Macam biasa encik suami guna perkhidmatan mytaxi.Senang dan pantas. Senang bukan bermaksud langsung tak da masalah tau. .ada jugak. Ada driver teksi yang jawab untuk hantar tapi bila telefon tak jawab2. Akhirnya encik suami batal permohonan tu. Mohon permohonan baru. .tak yakin kot. Nanti tak pasal2 terlepas flight. Akhirnya dapat driver pagi tu ustaz driver teksi. Syukur, alhamdulillah..kami sampai2 kat Putrajaya Sentral terus beli tiket. Tunggu tak sampai lima minit, ERL pun sampai.
Pagi tu boleh tahan ramai jugak pakat nak naik ERL. Normal kot cuti sekolah, semua orang ada plan masing2. Nak bawak anak2 bercuti. Saya ni ikut suami mesyuarat sambil tu boleh jalan2 kat Langkawi. Orang kedah pun tak habis jalan lagi kat Langkawi. Sebelum ni dengar orang suka sangat pergi sana. Bila dah pergi sendiri baru tau. Kaum Hawa kalau pergi sana memang tak boleh tahan nafsu membeli. .yang tak da berniat pun akan niat terus kat sana.Huh3. .
Sampai ja kat KLIA. .terus pergi check in. dan masuk kat ruang menunggu. .nak kejar solat subuh. . tengok boarding pass. .kena tunggu kat Gate 11. Seronok ja jalan nak pergi Gate 11. dah hampir sampai pun Gate 11. Tanya kat staff kat situ, rupanya surau kat pintu masuk. .Kena la berpatah blik mak buyong ni. penat tau. .Encik suami dan anak2 terus pergi kat Gate 11. Kalau KLIA2 tak risau surau ada 2 3 kat ruang menunggu.
Pukul 8.35 pagi, kami sampai kat Langkawi. Alhamdulillah selamat sampai . Jangan risau tau kalau korang belum sewa kereta. Selesai ja amek bagasi, keluar2 tu banyak ja pilihan nak sewa kereta. .ada hampir sepuluh kaunter sewa kereta. Akhirnya encik suami amek keputusan untuk sewa kereta tak silap saya kaunter ketiga. Caj yang dikenakan RM250 untuk 3 hari- kereta myvi auto.
Jumlah yang perlu dibayar semuanya RM300.Lepas dah hantar kereta nanti, RM50 akan dipulangkan.
Selesai buat pembayaran dan dapat resit bersama no kereta. Kami pun tunggu untuk amek kereta. Tunggu dalam 10 minit jugak. Lokasi pertama kami, cari tempat makan. .lapar kot. Masa dalam perjalanan ke Pekan Kuah. Terjumpa kedai makan kat tepi jalan. Nampak macam ramai ja orang makan kat kedai tu. Mesti sedapkan. . .dah ramai orang.
Jangan lupa singgap tau kalau korang pergi Langkawi. Serius sedap makanan kat sini. Sedap dan murah. Nasi Lemak biasa Rm1 ja. .Dah selesai sarapan, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah. Nak check in hotel masa tu awal lagi. Apa lagi kita shopping lew. . .tak sah kot kalau datang Langkawi tak pergi Kompleks Haji Ismail Group. Kat Kompleks HIG ni, lengkap. kalau tau awal2 check in ja hotel dia. Semua ada ??apa yang semua. tempat shopping pinggan mangkuk, coklat , cadar dan boleh katakan macam2 ada la. Surau dan medan selera pun ada jugak. Kedai makan kat medan selera tu harga makanan dia boleh tahan jugak. Tak puas hati. mahal sangat. .
Masuk2 ja dalam Kompleks HIG ni, fuh memang rambang mata. .dengan pinggan mangkuk yang murah dari harga kat KL ni. .coklat yang pelbagai pilihan. .semua ada beg2. .saya pun terjebak beli pinggan mangkuk tau. Ingat sebelum ni makcik2 ja. .yang suka shopping pinggan mangkuk. .saya ni makcik2 jugak ke?? Beli la dah alang2 datang sini. Nak datang sini kena bawak duit secukupnya tau. Nanti gigit jari tak dapat beli.. apa pun kena belanja secara berhemah. saya berhemah tak???tak kot. semua nak beli. Coklat ja dah penuh satu beg. Bagitau kat encik suami stok untuk setahun.Hu3.
Dah puas beli barang?? belum sebabnya teko yang saya nak belum ada . Maksudnya esok tu kena datang lagi lew. Lepas dah beli barang untuk hari tu, kami pun ke Hotel Bayview.Hotel ni betul2 kat Pekan Kuah. nak pergi jalan shopping2 kat situ, jalan kaki pun boleh. Bila makan kat depan hotel, ada uptown. Bilik saya untuk hotel Bayview RM250 termasuk 2 orang breakfast. Ok kan??? Rehatkan badan jap dan solat. Kami teruskan lagi aktiviti hari tu, maklumlah esok hari encik suami dah sibuk. Lokasi kami seteruskan bawak Fayyadh n Faris ke Underwaterworld. .bayaran yang dikenakan Rm24 seorang dengan syarat tunjuk pas kerja korang.Fayyadh n Faris tak dikenakan caj. Sejam jalan kat dalam tu, puas hati hero dua orang tu dapat tengok pelbagai jenis ikan dan hidupan laut. Bila tengok ikan yang cantik dan comel, memang dapat rasa kebesaran ciptaan Yang Maha Esa.
Keluar Underwater World dah pukul 6 lebih. .kami terus ke Dataran Lang. Bawa Fayyadh n Faris tengok burung helang yang terbesar. Kagum Faris tengok burung helang. Dia memang pantang tengok burung. .burung dah hilang pun. Mesti akan tanya lagi. .bird ane??bird ane???selagi tak puas hati tanya ja.
Jumpa lagi di entri seterusnya. . perjalanan kami belum selesai di Pulau Langkawi. . .
No comments:
Post a Comment