Salam
19 Disember 2014
Taska Ayu Manja Saleha(TAMS) telah mengadakan lawatan sambil belajar iaitu anak2 TAMS telah diberi peluang untuk menaiki cruise Putrajaya. Ini merupakan aktiviti terakhir untuk penutup tahun 2014. .dan ni juga merupakan lawatan terakhir Fayyadh bersama kawan2 TAMS. Tahun 2015 Fayyadh dah tukar tadika baru. Pada mulanya saya nak ja bagi Fayyadh pergi dengan kawan2 dan auntie dia tapi sehari sebelum lawatan tu, saya ubah keputusan. Saya pun akan ikut jugak. Lawatan ni ibubapa pun boleh ikut jugak. Bayaran untuk ibu bapa seorang RM15. Kalau saya ikut boleh bawa Faris sekali. .dapat la Faris ikut abang dia sekali.
Pagi tu, saya hantar dulu Fayyadh dan Faris masuk taska. Memandang hari lawatan tu jatuh pada hari bekerja. Saya kena la masuk ofis dulu. Selesaikan kerja yang penting2 dulu. Alhamdulillah saya dapat kebenaran waktu pejabat daripada bos yang baik hati dan memahami. Terima kasih bos. Ikutkan Fayyadh dan Faris ikut saya naek kereta.. disebabkan ibu depa lambat dan sibuk siapkan kerja. Tau2 Fayyadh dan Faris dah naik bas. Ok jugak dapat la depa merasa naik bas..tu kira pengalaman pertama Faris naik bas. Kesian kat dia tak pernah naik bas. Fayyadh kali ke-empat naik bas.
Saya terus pergi ke Jeti Putra, sampai2 bas diorang pun baru sampai. Fayyadh nampak muka gembira ja tengah beratur dengan kawan2 dia. Faris baru turun dari bas, auntie Yana yang dukung dia. Nampak2 ibu terus nangis. Bila semua berkumpul, auntie Sue bagi arahan bagi sesiapa anak2 yang ibubapa ikut bersama boleh terus pergi ruang menunggu. Lega sangat saya dapat ikut sekali. Bayangkan kalau saya tak dapat ikut sekali, mesti Fayyadh sedih kot. Tengok orang lain semua ibu dan abah diorang ikut. Kebanyakkan hari tu, semua ibubapa ikut sekali dengan anak2 diorang.
Memandang masa lawatan ni, cuti sekolah. Ramai jugak pelancong yang datang naik cruise pagi tu. terpaksa la bercampur dengan orang awam. Untuk sesiapa yang belum pernah naik cruise bolehlah lepas ni datang sendiri naik dan menikmati pemandangan Putrajaya. Sebelum ni saya naik pada waktu malam semasa bulan puasa. Serius cantik sangat pemandangan Putrajaya pada waktu malam.
Semasa dalam cruise, kita akan diberi penerangan dan sedikit informasi tentang Putrajaya. Dah selesai penerangan tu, bolehlah naik tingkat atas cruise untuk menikmati pemandangan dan dapat udara segar kat luar.
Dah puas duduk kat atas ni, saya bawak Fayyadh dan Faris turun bawah dan pergi bahagian depan cruise.
Setelah hampir sejam kami belayar, selesai lawatan hari tu. Sampai ja kat Jeti, Fayyadh dah bagitau dia lapar. Saya pun bawak la Fayyadh dan Faris pergi makan tempat makan yang berdekatan dengan jeti. Tempat makan kat sini, memang banyak pilihan. So, tak payah risau, cuma mungkin harga agak mahal. Saya buat pilihan makan kat secret recipe. Fayyadh pun dah minta nak makan kek. Selesai makan Fayyadh dan Faris makan, saya terus pergi hantar diorang masuk taska balik. Dalam perjalanan nak pergi taska, Faris dah tertidur.
Penat sangat agaknya. Nasib dia dah kenyang , lega ibu. Fayyadh pulak sampai taska makan sikit, dah terus masuk kelas dia. Kawan2 dia dah tidur kepenatan.
No comments:
Post a Comment