Salam semua. . .
l 1 Disember 2014 l Isnin l
Mesti sekarang ramai yang pergi bercuti. .tambah2 musim cuti sekolah. Ada ja plan nak bawak anak2 pergi bercuti. Tak ada anak cuti sekolah pun, hujung tahun mesti punya nak pergi bercuti setelah penat bekerja kan. . .Saya pergi Langkawi ni ikut encik suami outstation kat sana. Walaupun cuti dah tinggal ciput ja, sanggup gak ikut. Niat nak la simpan cuti tu untuk tahun depan. Tak menyesal ikut encik suami. Seronok rupanya bercuti kat Langkawi ni. Patut orang selalu pergi sana.
Ni merupakan hari kedua saya kat Langkawi. Lepas ja check out kat Bayview Hotel, kami teruskan perjalanan pergi Kompleks Haji Ismail Group( ni dah kali kedua pergi tau). Misi untuk membeli teko dan beg (orang ofis encik suami pesan). Pergi sana terbeli jugak coklat walaupun dah beli banyak. Pukul 12.00 pm, encik suami ke pergi airport jemput staff ofis encik suami. tepat pukul 12.00 pm, kami sampai kat airport hantar encik suami. Fayyadh nangis xmau2 sebab nak ikut abah dia. Nasib Faris tidur nyenyak ja. Pujuk pun tak makan saman. Nangis ja sepanjang jalan. Sampai kat hotel, tak lama lepas tu hujan turun lebat. Fuh!! lega selamat sampai kat hotel sebelum hujan.
Lobi hotel |
Pukul 1 lebih , saya pergi check in .Serius hotel ni sangat cantik. .tak sabar nak tengok bilik pulak. Pengangkutan untuk ke bilik menggunakan perkhidmatan buggy. Kalau rajin nak jalan pun boleh.Korang pun mesti tak sabar nak tengok bilik dia kan. . Ok dah selesai check in, saya dan hero2 pun pergi la ke bilik kami.
Cantik kan bilik dia. Sebelum ni saya ada terbaca kat testimoni kat web hotel ni, pengunjung yang pernah menginap kat hotel ni mesti akan komen akan pergi lagi ke hotel ni. Walaupun ada yang kali kedua pergi, akan pergi lagi. Dah pergi sendiri baru tau sebabnya. Saya pun berhajat nak pergi lain. Tambah2 yang ada anak kecik , saya yakin budak2 seronok datang sini. Kemudahan yang disediakan sangat memahami dan menepati pengunjung.
Saya dan anak2 hanya rehat kat bilik sementara tunggu encik suami selesai program dia petang tu. Bila encik suami dah balik bilik, kami semua jalan2 kat pantai belakang hotel. Semasa Fayyadh n Faris mandi dan main pasir. .terjumpa swimming pool pulak. bawak la depa dua orang mandi kat swimming pool. Bukan budak2 ja yang seronok tau mandi kat sini, mak bapak budak pun teruja kot. Keesokkan tu Fayyadh dah bagitau nak mandi lagi kat sini.
Malam tu pun encik suami sibuk dan pagi2 tu encik suami dah ada lawatan kerja. Pagi tu, saya dan hero2 pergi sarapan. Sarapan kat sini banyak pilihan. .kalau ada encik suami mungkin saya makan banyak lagi. .hu3. .ni bertiga ja dengan kejar masa Fayyadh nak mandi kat swimming pool memang tak dapat nak menikmati semua makanan. Tapi semua makanan kat sini puas hati dan sedap2.
Fayyadh tak sabar nak g mandi |
Dah selesai sarapan , saya pun bawak Fayyadh dan Faris pergi mandi. Sejam jugak bagi depa main air.Tu pun tak puas lagi. Pukul 12 pm dah kena check out, sorry Fayyadh Faris ibu tak boleh bagi mandi lama2. ibu nak kena balik kemas barang. Masa nak balik Fayyadh asyik tanya bila nak datang lagi mandi kat dinosour. Lepas check out, kami terus cari jalan menuju Sky Cab( Cable car). .jauh jugak rupanya nak pergi sana. Tapi berbaloi sebelum nak sampai dapat tengok pemandangan indah. .laut cantik. .sejuk mata memandang. .sampai2 kat kaunter tiket. .ramai sangat orang. .memang kena sabar la tunggu giliran nak naek cable car..walaupun lambat tunggu nasib puas hati. Beratur panjang pun terubat, bila dapat masuk skydome. Sebelum dapat naek cable car, semua orang dapat masuk skydome dulu. .best dan dapat rehat. .sebab kena diri lama. masuk2 sini. .memang rasa relax sangat. tambah2 saya amek dok kerusi yang belakang sekali tu. Masa tunggu giliran nak naek cable car, Faris paling tak sabar. ..nangis sebab asyik giliran orang lain ja. Dapat naek atas cable car diam ja. .takut kot. .
Depan bilik kami |
otw nak g check out |
penat main air |
Seronok tak naek cable car???seronok + gayat skit masa nak turun tu. . .dah turun tu.Kami kejar2 pergi Pekan Kuah nak solat dan makan. . .dan masuk lagi Kompleks Haji Ismail Group sebelum balik KL. Encik suami nak beli troli untuk angkat pingkak mangkuk saya. .tak berani nak letak bawah. .saya mintak encik suami tolong bawak naek atas flight. .terima kasih abg. .layan jugak permintaan ist3 neh. .dah selesai suma. .kami pun bergegas pergi airport. .sempat lah rehat kat airport. Pukul 9.45 pm baru kami bertolak balik KL. .penat sangat hari tu tapi seronok dapat bawak anak2 jalan. .dannn shopping. .Langkawi tunggu kami mai lagi na. .entah bila laaa. . percutian kali ni kira pra ulangtahun perkahwinan yang ke-4 saya dan encik suami. .Syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan selama ni. .dengan kehadiran 2 orang permata hati ..yang sentiasa menyerikan rumah tangga kami. .insyallah tahun depan bertambah orang baru. Ameennnn. . .
terima kasih jugak sudi baca entri kali ni. .
Wassalam:)
terima kasih jugak sudi baca entri kali ni. .
Wassalam:)
No comments:
Post a Comment