Salam. . .
Buntu nak sediakan sarapan untuk family. bolehlah cuba resepi ni. .saya sediakan semua ni amek masa dalam 2 jam jugak. So memang pagi tu kena bangun awal pagi la. .awal tu tak la seawal 5 pagi . .sembahyang subuh dah 6 lebih. .memang tak dapat la nak uli tepung awal2. nak kena tunggu tepung tu naik lagi. .saya mula buat persiapan untuk english muffin ni pukul 7 pagi. Bayangkan la family saya dapat sarapan pagi tu pukul berapa. . .huhuhu. . .
Sebenarnya saya dah lama teringin nak makan English Muffin ni. . .tapi hajat tak kesampaian. .Akhirnya nekad nak buat sendiri. .kebetulan kawan ofis ajak teman dia pergi beli barang buat kek. Sebelum tu sempat la google2 cari resepi. Rupanya resepinya tak la susah dan banyak sonyeh sangat. .sapa2 nak buat tu memang boleh punya.
Ok jom semak resepi yang diperlukan. . .
1/2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu besar shortening atau butter
11/4 yis segera( saya guna mauripan)
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan air suam
tepung jagung untuk salut english muffin
Yang ni cara dia. . .hampa cuba la buat na. .
Mula2 campurkan yis segera dengan air suam..
Kemudian campurkan tepung roti,gula, garam, shortening dan susu segar.
Lepas tu baru campurkan yis segera+air suam. Uli ja semua bahan tadi hingga sebati.
Dah puas hati uli tepung tu. .tutupkan dengan kain tuala lembab.
Tunggu sehingga tepung tu naik( amek masa sejam)
Selepas sejam. . .tumbuk2 tepung tu..untuk keluarkan angin. Kemudian buatkan bentuk bulat macam roti burger. saya guna gelas untuk dapatkan bentuk comel2 tu. Dah siap buat dan english muffin tu akan naik dia punya ketebalan dia. sebelum tu salut dengan tepung jagung. Bakar atas frypan dengan api yang sederhana. .Bakar sehingga perang. .balikkan untuk bakar permukaan satu lagi. .
Dah puas hati, angkat dan belah dua english muffin tuan2/puan2. . nanti grilkan lagi sekali. .untuk dapatkan hasil english muffin yang garing. Saya makan english muffin ni dengan telur. .dan untuk hero2 saya saya bagi depa makan dengan mini sosej. Cuba la buat na resepi ni serius sedap. Anak2 kecil mesti suka. sebab size dia yang chomel2.
English muffin digandingkan dengan kopi panas memang sepadan |
No comments:
Post a Comment