Nuffnang

Wednesday, 10 December 2014

Pengalaman Pertama Fayyadh Sertai Pertandingan Mewarna

Salam semua. . . 


Baru2 ni Fayyadh ada sertai pertandingan Mewarna semperna Perhimpunan Iktiraf 2014 anjuran Felda. Pertandingan ni diadakan pada 6 Disember kat Dataran Pancorona betoi2 belakang Istana Kehakiman. Pagi tu Fayyadh bangun mandi pun tak buat perangai, kalau tak. Ada ja. .semangat dia nak masuk pertandingan mewarna.




Pukul 8.00 pagi, kami dah sampai. Hujan renyai2 pagi tu. Nasib bawa payung. Sampai2 kat khemah tempat mewarna dah ramai orang. Pertandingan ni terbuka untuk semua orang. Fayyadh masuk daftar bawah Taska Ayu Manja. Tak ramai pun kanak2 yang umur 3 tahun.

Semasa pendaftaran dapat beg, warna , sijil pernyertaan, nasi lemak dan air kotak. Fayyadh nampak teruja nak mewarna. Tunggu sejam jugak nak mula pertandingan tu. Pertandingan ni ada dua kategori, A dan B. Semasa pertandingan ibu bapa tak dibenarkan tunggu sebelah anak. Tengok dari jauh ja bagi semangat.

Meja yang Fayyadh duduk tu ada 6 orang, diorang mula mewarna awal sebelum pertandingan bermula. Bila urusetia perasan kena la letak dulu pensil warna tu.3 Orang daripada 6 orang tu kawan setaska Fayyadh. Fayyadh tak la malu sangat sebab dah ada kawan. Ada kawan Fayyadh seorang tu, dah urusetia cakap belum mula. Siap padam yang dia dah warna. Comel ja kan.





Fayyadh warna rilex ja, mungkin dia tak pernah masuk pertandingan lagi kot. Abah dia amek gambar pun siap berenti warna dok ghenyih(senyum) lagi. Semasa pertandingan tu MC(tengok macam Faizal Tahir& Suara dengar macam Zizan Razak) siap dok bagi soalan kat adik2 yang tengah warna, ni mesti nak melambatkan adik2 tu siap mewarna. Ada jugak soalan untuk ibu bapa. Hadiah dia lumayan jugak. Semuanya rilex ada yang berenti dok minum air lagi.


Malam tu masa saya bagi tau dia suruh warna bagi habis, cantik2. Fayyadh tanya boleh pergi toilet tak. .Memang dia pergi toilet. Encik suami kena bawak dia pergi toilet sampai tiga kali. Yang kali ke-tiga tu, hantar ja terus dia punya kertas kat urusetia.




Selepas pertandingan, tunggu dalam 10 minit. Ada kemunculan Upin & Ipin. Faris yang dok merap nak tidur , dapat jumpa Upin& Ipin terus baik dan ceria ja. punya la suka dapat tengok Upin& Ipin. Masa tu semua budak2 seronok la dapat tengok Upin&Ipin sambil2 tu ada kuiz, siapa dapat jawab akan dapat hadiah. Budak2 hadiah simple pun dah seronok kan. Masa akhir sekali siapa yang pergi salam dengan Upin&Ipin dapat DVD percuma Upin&Ipin. Untung la. Fayyadh & Faris dah tak sabar nak balik tengok DVD tu.

Kami tak tunggu pun keputusan pertandingan mewarna, lepas dapat tengok Upin&Ipin terus balik. Penat sangat . . .balik rumah rehat kejap. Tengahari tu nak pergi kenduri kahwin kawan ofis saya. Tak dapat la dok lama kat situ. Apapun Fayyadh seronok dapat masuk pertandingan mewarna walaupun warna tak abis pun. Faris tak mewarna dapat tengok Upin&Ipin dah cukup. Fayyadh dah berapa hari pun, asyik cakap nak masuk pertandingan mewarna lagi. Korang pun boleh la bawak anak2 masuk pertandingan mewarna. .saja bagi peluang dan suka2 ja walaupun tak menang. Lagipun dia baru 3 tahun..mana tau tahun depan dah masuk tadika. .dia dah teruja sikit nak bagi menang. Tu pun asyik cakap Ayard menangkan. .saya pun iyakan ja. 


No comments:

Post a Comment