Nuffnang

Monday, 24 November 2014

Part II : Bandar Seri Begawan

Assalamualaikum. . .

Terima kasih sebab sudi sambung baca entri ni. . .

Kami sampai kat Brunei dah petang, memang terkejar2 jugak la. .sebabnya akan berpatah balik tidur kat Miri. Masuk2 ja kat Negara Brunei ni sejuk ja mata tengok sighboard kat sebelah jalan subhanallah. .Alhamdulillah. .macam kat Kelantan pun ada. tapi baguskan . sambil2 memandu. tertengok mesti akan terbaca. dah dapat pahala. .Abg ipar cuba onn radio Brunei, dengar bacaan Al-Quran ja.memang pengedam halwa telinga. Dah masuk kat Bandar Seri Begawan, tengok tulisan2 kedai semuanya wajib ada perkataan wajib. Sangat terpegun kot. .walaupun kedai atau bangunan tu milik bukan beragama Islam tetapi masih menggunakan tulisan jawi.Kagum kan????

Tempat pertama kami, kami menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Rasanya sesiapa yang datang Brunei mesti akan melawat masjid ni.Petang tu, ramai sangat pelancong yang datang melawat kat sini. Masuk2 ja dalam pintu masjid.. penyambut tetamu, bagi nasi goreng ayam. Perut yang tak lapar tengok nasi tu, terus rasa lapar. Makanan pertama yang saya jumpa kot kat Brunei. .walaupun nasi goreng. mesti teringin nak rasa kelainan kat negara orang..Seni bina dalam masjid sangat cantik dan menakjubkan. .tapi tak dibenarkan ambil gambar. .tak dapatlah saya nak kongsi gambar dalam masjid..tapi serius sangat teliti seni bina dalaman masjid ni.






Lepas dah selesai solat dan bergambar.Kami menuju ke jeti untuk melawat Kampung Ayer yang terkenal di Brunei. Kalau datang kat Brunei tak melawat Kg Ayer ni memang tak sah kot. Fayyadh memang teruja dan tak takut langsung naik boat. .tapi Faris yang selalu berani, hari ni dia plak yang takut. .sampai tertidur.Rumah2 yang terdapat di Kg Ayer ni, ada yang masih keseluruhan rumah kayu dan kebanyakkan rumah moden. Apa yang menarik di perkampungan ini, ada masjid, restoran, kedai, sekolah menengah dan rendah, balai polis, balai bomba dan hospital. Sebelum ni, saya ingatkan hanya perkampungan ja di atas air rupanya semua kemudahan lengkap ada. Kampung Ayer ni juga dikenali sebagai 'Venice Timur' .Untuk makluman hampa semua, tidak semua penduduk yang tinggal di perkampungan ini bekerja sebagai nelayan, kebanyakkan bekerja di sektor awam. Kami juga dimaklumkan oleh pemandu pelancong, mungkin akan datang semua rumah2 kayu akan dibangunkan dengan seni bina moden.Memang dah ada rumah yang telah dibina seperti rumah teres dua tingkat kat negara kita.









Dah penat melawat Kg Ayer, masa untuk makan. Kat Brunei, Nasi Katok memang terkenal.Kami makan kat Arhab Restoran,dari jeti tu jalan kaki ja untuk ke restoran ni. Harga makanan kat sini berpatutan. Encik suami makan nasi katok. .Nasi Katok ni macam nasi lemak kat tempat kita..tapi ada kelainan dari segi rasa dia. Nasi dia dihidangkan dengan ayam goreng dan sambal. .nampak simple tapi rasa dia memang ada kelainan.








Selesai makan, dah tersangkut kat kedai kain sebelum sampai kat kereta. Sempat la beli kain untuk buat baju. Harga dia bila dah tukar ke RM masih kira berpatutan. 5.5 meter dalam RM60 lebih .ok tak??ok kan..Sekurang2kan ada cenderahati daripada Brunei. Masa tu banyak kedai dah tutup. .masa pun dah suntuk nak kejar ke imigresen. Pukul 10 malam, imigresen dah tutup. Bayangkan dengan sesat jalan lagi, minyak kereta dah berklip2. Fuh!! memang dugaan. Alhamdulillah 5 minit sebelum pukul 10 malam kami sampai kat kaunter imigresen. Lega sangat.

Kami check in kat Hotel Park Everly Miri dah pukul 10.30malam. Review untuk hotel ni
-sangat puas hati, selesa, makanan yang dihidangkan masa sarapan sangat sedap dan pelbagai
-apa menarikkan pihak hotel ada sediakan kain batik dan pelekat dan siapkan tunjukkan cara pemakaian kain sarung  ni tau
-terima kasih jugak kat  pihak hotel sediakan takwim sembahyang

Keesokkan pagi, lepas  Fayyadh, Faris dan anak buah saya, Iman dan Naseem mandi manda kat swimming pool. Kami pun gerak kat bandar Miri. Kat belakang hotel ni ada pantai tapi tak sempat pun nak pergi. Dah selesai shopping kat Miri, kami pun gerak balik ke Bintulu. . .





No comments:

Post a Comment