Nuffnang

Tuesday, 30 December 2014

NASI DAUN PISANG MESTI CUBA!!!

Assalamualaikum. . .
Apa khabar semua sihat???
Alhamdulillah Allah bagi nikmat kesihatan yang baik kat kita semua
Tapi bagi yang kurang sihat. . .jangan sedih2 .kita sakit tanda Allah sayang kat kita kan.
Bila sakit . .buatkan kita lebih ingatkan Allah. Betoi tak????
Ok bagi yang sakit tu. .lepas dah baik nanti pergi kedai mamak ni tau
Yang sihat walafiat tu. . ada masa nanti boleh la cuba rasa sendiri. . .

Kali ni saya nak kongsi tempat makan yang menarik. Serius sedap  kari kat sini. Bagi penggemar makanan mamak memang ni la tempat yang dicari2. Semalam saya dan encik suami sanggup redah hujan tambah pulak dengan kesesakan lalu lintas kat ibu kota. Fuhh!!! memang menguji kesabaran. Dah tu pulak terlepas jalan yang nak pergi kedai mamak ni pulak. Lepas tu faham ja kena pusing jauh untuk patah balik. Tapi sebab nak makan nasi daun pisang ni. .sanggup ja.

Kenapa tiba2 saya teringin nak pergi makan kat sini???
Sebabnya pagi sabtu baru2 ni. . kat group whatapps family, kakak saya kongsi gambar dia pergi makan nasi daun pisang. Apa lagi terus terpikat. .Kepada sesiapa kat luar sana tu yang teringin nak rasa sendiri dan makan atas daun pisang bolehlah pergi cuba sendiri. Insyallah halal. Tapi semasa nak order tu, kena bagitau la nak makan atas daun pisang. .kalau tak bagitau diorang bagi pinggan. Apa yang menarik kat sini, kari dia memang terangkat. .dah balik rumah. .masih lagi bau kari kat tangan tu. . .kari kat sini memang lain dari yang lain.

Macamana nak pergi???Senang ja. .restoran ni kawasan Masjid India. .masa saya sampai kat sana tu, dah waktu maghrib. So, sampai2 terus pergi solat maghrib dulu kat Masjid India. Lepas tu baru pergi cari restoran tu. .dekat ja. .jalan kaki ja. 


Korang boleh pilih tau, restoran ni ada dua tempat di Masjid India tapi dekat ja dua2 restoran ni. .bangunan depan dan belakang. .nak yang lebih selesa, pergi tempat yang saya pergi ni. .berhawa dingin. Sesuai yang bawa anak kecil. .Satu tempat lagi open laa. .tapi masih Abc Food's  Corner.




Sorry tak sempat amek gambar sebelum. .sempat selepas makan jeww
Saya amek set untuk 2 orang
Dapat dua jenis nasi
Nasi putih +beryani

Masa saya pergi tu, kari tu tinggal kuah ja
Ikan dah abis
Nasib dapat jugak rasa kuah kari yang sedap neyh

Abc Food's Corner

Selangor Mansion
1009, Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
016-217 5532
Mon.-Sun. 11:00-23:30

Monday, 29 December 2014

MENU MINUM PETANG::: APPLE PIE

Assalamualaikummmm semua.....

Pernah tak korang buat Apple Pie. . rupanya nak buat Apple Pie tersangat la mudah dan pantas. Rugi la kalau korang tak cuba buat sendiri. .betoi sangat mudah. .kalau tak percaya petang ni cuba korang buat. .dah la mudah. sedap plak tu. tapi kalau nak sedap . .kena makan panas2 baru terangkat. 

Resepi ni saya amek kat blog mat gebu. kalau nak detail korang boleh rujuk kat blog mat gebu na.Boleh tengok cara dia buat satu persatu.

BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-)
2 biji epal hijau
1 genggam cranberry kering (atau kismis)- Ni saya tak masukkan pun
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
Secubit garam

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)- saya carik jenama kawan tak jumpa.saya punya jenama PAMPAS
1 kuning telur, untuk menglis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI EPAL :- Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu, rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Goreng epal tadi dengan mentega hingga layu. Masukkan cranberry kering, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga epal lembut, tambah jus lemon dan gaul rata, jika guna.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan biar pekat. Matikan api dan sejukkan inti tadi untuk kegunaan kemudian...
  3. UNTUK PUFF PASTRY APPLE PIE :- Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Kerat dua pastry tadi seperti gambar diatas, pastikan satu bahagian besar sedikit. Kelar2 bahagian yang besar tadi atau buat corak ikut kreativiti anda. Bahagian satu lagi sudukan 2 camca teh inti epal, kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.
  4. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit.



Dah baca resepi dia kan. .macamana senang ja kan bahan2 dia. .cuba la buat tau.

NASI AYAM

Hyeeee
Assalamualaikum...

Entri sebelum ni saya kongsikan resepi untuk sarapan. .
Ok kali ni saya nak kongsikan resepi untuk menu tengahari . .
Nasi Ayam ni merupakan makanan kegemaran encik suami. . dia kata klu buat tiap2 hari nasi ayam pun tak pa. dia tak bosan. .memang dia suka nasi ayam la. tapi saya kata saya yang bosan. .huhuhu. .sorry na encik suami. .
Bahan-bahan yang diperlukan pun ringkas dan mudah ja. 
Saya selalu buat petang lepas balik kerja. .semuanya atas permintaan encik suami nak menu ni. Selalunya saya akan buat lebih. .sebab pa??sebab nak bagi encik suami bawak bekal pergi kerja keesokkan tu. .

Korang mesti bosan saya dok bebel panjang. . .kalau nak google cari resepi pun. .mesti korang terus tengok resepikan. .tak maknanya nak baca bebel2 saya tu. .betoi tak??? Ok2 saya tak nak bebel dah . .jom tengok bahan pa yang diperlukan. .

Benda yang saya buat dulu untuk Nasi Ayam ni. .Mula2 saya rebuskan ayam bersama 2 inci halia +3 bj bawang merah+3 bj bawang putih(terpulang nak tumbuk atau potong halus). Masukkan air secukupnya. Air rebusan ni kita akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap Nasi Ayam.
Ayam  tu pulak akan diperap. Sebab tu saya rebus ayam tu dulu. 

Bahan untuk AYAM(Faris sebut ayemmm)
-ayam ni terpulang nak goreng atau nak bakar tau
toskan ayam. Kemudian perap ayam tu dengan
>>>minyak bijan, madu,kicap, sos tiram(saya masukkan ja semua bahan tu.anggarkan ja tau) Perap la dalam 45 minit - sejam. Kalau nak cepat perap 1/2 jam ja.

Dah perap ayam. jom masak nasi pulak

Bahan untuk NASI AYAM 
>>>>Beras 2 cawan.Basuh sebersihkan dan toskan beras tu. .
--terpulang nak guna beras biasa atau beras basmati(kalau beras basmati rendam dulu 2o minit.baru bley masak)

Bahan untuk masak NASI 
>>>Tumiskan butter 2 sudu bersama halia, serai, 3 biji bawang merah+putih & 2 inci halia(tumbuk sehingga lumat) dan sedikit serbuk perasa( saya guna jenama Hilal)
>>>Kemudian masukkan air rebusan ayam 3 cawan dan beras(nak nak tu berwarna. masukkan sedikit serbuk kunyit) 

Bahan untuk SOS CILI
>>>1 inci halia, 2 biji bawang putih, 3 biji cili besar (merah bukan hijau) , 1 biji tomato , 1/2 bawang besar, sedikit sos cili , garam dan gula secukup rasa..dannnn air rebusan ayam.
>>>>Kisar semua bahan. dah siap kisar. Masakkan sos cili sehingga mendidih.

Bahan untuk KICAP
>>>Gunakan bahan perapan ayam + 1 biji bawang besar+kicap saya tambah lagi+1/2 tomato+air rebusan ayam
>>>Kisar semua bahan. ni pun sama ngan sos cili jugak. lepas kisar masakkan sehingga mendidih.

Bahan untuk SUP
>>>Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serbuk perasa dan daun sup. Masak sehingga mendidih. .dan masukkan sedikit garam.

Sediakan kan jugak timun, tomato dan salad.

Dah siap semua . .hidangkan untuk keluarga tercinta.








JOM BUAT SENDIRI ENGLISH MUFFIN

Salam. . . 

Buntu nak sediakan sarapan untuk family. bolehlah cuba resepi ni. .saya sediakan semua ni amek masa dalam 2 jam jugak. So memang pagi tu kena bangun awal pagi la. .awal tu tak la seawal 5 pagi . .sembahyang subuh dah 6 lebih. .memang tak dapat la nak uli tepung awal2. nak kena tunggu tepung tu naik lagi. .saya mula buat persiapan untuk english muffin ni pukul 7 pagi. Bayangkan la family saya dapat sarapan pagi tu pukul berapa. . .huhuhu. . .

Sebenarnya saya dah lama teringin nak makan English Muffin ni. . .tapi hajat tak kesampaian. .Akhirnya nekad nak buat sendiri. .kebetulan kawan ofis ajak teman dia pergi beli barang buat kek. Sebelum tu sempat la google2 cari resepi. Rupanya resepinya tak la susah dan banyak sonyeh sangat. .sapa2 nak buat tu memang boleh punya.

Ok jom semak resepi yang diperlukan. . . 


2 1/2 cawan tepung roti
1/2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu besar shortening atau butter
11/4 yis segera( saya guna mauripan)
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan air suam

tepung jagung untuk salut english muffin

Yang ni cara dia.  . .hampa cuba la buat na. .

Mula2 campurkan yis segera dengan air suam..
Kemudian campurkan tepung roti,gula, garam, shortening dan susu segar.
Lepas tu baru campurkan yis segera+air suam. Uli ja semua bahan tadi hingga sebati.
Dah puas hati uli tepung tu. .tutupkan dengan kain tuala lembab.
Tunggu sehingga tepung tu naik( amek masa sejam)


shortening




Selepas sejam. . .tumbuk2 tepung tu..untuk keluarkan angin. Kemudian buatkan bentuk bulat macam roti burger. saya guna gelas untuk dapatkan bentuk comel2 tu. Dah siap buat dan english muffin tu akan naik dia punya ketebalan dia. sebelum tu salut dengan tepung jagung. Bakar atas frypan dengan api yang sederhana. .Bakar sehingga perang. .balikkan untuk bakar permukaan satu lagi. .






Dah puas hati, angkat dan belah dua english muffin tuan2/puan2. . nanti grilkan lagi sekali. .untuk dapatkan hasil english muffin yang garing. Saya makan english muffin ni dengan telur. .dan untuk hero2 saya saya bagi depa makan dengan mini sosej. Cuba la buat na resepi ni serius sedap. Anak2 kecil mesti suka. sebab size dia yang chomel2.





English muffin digandingkan dengan kopi panas memang sepadan 

Wednesday, 10 December 2014

Pengalaman Pertama Fayyadh Sertai Pertandingan Mewarna

Salam semua. . . 


Baru2 ni Fayyadh ada sertai pertandingan Mewarna semperna Perhimpunan Iktiraf 2014 anjuran Felda. Pertandingan ni diadakan pada 6 Disember kat Dataran Pancorona betoi2 belakang Istana Kehakiman. Pagi tu Fayyadh bangun mandi pun tak buat perangai, kalau tak. Ada ja. .semangat dia nak masuk pertandingan mewarna.




Pukul 8.00 pagi, kami dah sampai. Hujan renyai2 pagi tu. Nasib bawa payung. Sampai2 kat khemah tempat mewarna dah ramai orang. Pertandingan ni terbuka untuk semua orang. Fayyadh masuk daftar bawah Taska Ayu Manja. Tak ramai pun kanak2 yang umur 3 tahun.

Semasa pendaftaran dapat beg, warna , sijil pernyertaan, nasi lemak dan air kotak. Fayyadh nampak teruja nak mewarna. Tunggu sejam jugak nak mula pertandingan tu. Pertandingan ni ada dua kategori, A dan B. Semasa pertandingan ibu bapa tak dibenarkan tunggu sebelah anak. Tengok dari jauh ja bagi semangat.

Meja yang Fayyadh duduk tu ada 6 orang, diorang mula mewarna awal sebelum pertandingan bermula. Bila urusetia perasan kena la letak dulu pensil warna tu.3 Orang daripada 6 orang tu kawan setaska Fayyadh. Fayyadh tak la malu sangat sebab dah ada kawan. Ada kawan Fayyadh seorang tu, dah urusetia cakap belum mula. Siap padam yang dia dah warna. Comel ja kan.





Fayyadh warna rilex ja, mungkin dia tak pernah masuk pertandingan lagi kot. Abah dia amek gambar pun siap berenti warna dok ghenyih(senyum) lagi. Semasa pertandingan tu MC(tengok macam Faizal Tahir& Suara dengar macam Zizan Razak) siap dok bagi soalan kat adik2 yang tengah warna, ni mesti nak melambatkan adik2 tu siap mewarna. Ada jugak soalan untuk ibu bapa. Hadiah dia lumayan jugak. Semuanya rilex ada yang berenti dok minum air lagi.


Malam tu masa saya bagi tau dia suruh warna bagi habis, cantik2. Fayyadh tanya boleh pergi toilet tak. .Memang dia pergi toilet. Encik suami kena bawak dia pergi toilet sampai tiga kali. Yang kali ke-tiga tu, hantar ja terus dia punya kertas kat urusetia.




Selepas pertandingan, tunggu dalam 10 minit. Ada kemunculan Upin & Ipin. Faris yang dok merap nak tidur , dapat jumpa Upin& Ipin terus baik dan ceria ja. punya la suka dapat tengok Upin& Ipin. Masa tu semua budak2 seronok la dapat tengok Upin&Ipin sambil2 tu ada kuiz, siapa dapat jawab akan dapat hadiah. Budak2 hadiah simple pun dah seronok kan. Masa akhir sekali siapa yang pergi salam dengan Upin&Ipin dapat DVD percuma Upin&Ipin. Untung la. Fayyadh & Faris dah tak sabar nak balik tengok DVD tu.

Kami tak tunggu pun keputusan pertandingan mewarna, lepas dapat tengok Upin&Ipin terus balik. Penat sangat . . .balik rumah rehat kejap. Tengahari tu nak pergi kenduri kahwin kawan ofis saya. Tak dapat la dok lama kat situ. Apapun Fayyadh seronok dapat masuk pertandingan mewarna walaupun warna tak abis pun. Faris tak mewarna dapat tengok Upin&Ipin dah cukup. Fayyadh dah berapa hari pun, asyik cakap nak masuk pertandingan mewarna lagi. Korang pun boleh la bawak anak2 masuk pertandingan mewarna. .saja bagi peluang dan suka2 ja walaupun tak menang. Lagipun dia baru 3 tahun..mana tau tahun depan dah masuk tadika. .dia dah teruja sikit nak bagi menang. Tu pun asyik cakap Ayard menangkan. .saya pun iyakan ja. 


Tuesday, 9 December 2014

PETUA:: UTK SI MANJA BATUK

Salam
Hyeee

Mesti pening dan risau sangat kalau si manja batuk kan
Tambah2 kerap batuk bila waktu malam
Tidur pun tak nyenyak, asyik batuk ja
Ibu2 kat luar sana bolehlah cuba petua ni
Mana tau mujarab untuk si manja korang
Saya dah cuba, bukan terus baik
Amek masa jugak tapi alhamdulillah berkesan
Jangan putus asa bagi ja dalam seminggu atau sampai baik
Macam saya, saya bagi pagi sekali sebelum pergi taska
Dan lagi sekali malam sebelum tidur
Petuanya ialah madu+serbuk kayu manis
Saya guna madu al-shifa'


madu ni murah ja RM38
pernah saya beli sampai 50 lebih kuantiti yg sama
kalau nak murah beli kat area kedai cakedelemari
kedai tu kat sri kembangan

Madu ni saya pun suka makan
Cara dia mudah ja, amek dua sudu besar madu
Masukkan dalam cawan dan masukkan sedikit serbuk kayu manis



Saya bagi kuatiti yang sama  kat Fayyadh & Faris sama ja, 5ml
Guna syringe senang sikit, suruh si manja bukak mulut besar2
Tekan ja, bagi baring.. Memang senang dan mudah
Lepas ni ibu2 bolehlah cuba petua ni
Selamat mencuba!!!!

pstttt...petua ni sesuai jugak untuk orang dewasa

Monday, 8 December 2014

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-4

Assalamualaikum. . . .


Sedar tak sedar usia perkahwinan saya dan encik suami dah menjangkau tahun ke-4. Permata hati hampir ke angka tiga. .ameen. .sekarang usia baby dah 6 bulan. .doakan semuanya selamat sepanjang baby dalam perut dan selamat semasa baby lahir nanti.

Kalau orang  tanya pregnant lagi kewww???
Dan saya jawab yaa
Mesti orang terkejut dan akan cakap
pregnant lagi. .
Bukan adik dulu (Faris) kecil lagi kerr
mana ada kecil sama ja jarak Faris dan Fayyadh
Hampir dua tahun jugak
Terima ja la rezeki kan
Tak kan nak tolak rezeki
Dah Allah bagi
Kalau kita dah rancang baik pun
Dah tertulis rezeki kita
Apa boleh kita buat kan

Nanti baby ni lahir, umur saya 27
Umru 27 saya dah ada anak 3 
Ok kan. .
Ramai orang cakap senang muda2 ni dapat anak
Nanti bila dah tua boleh rehat
Betoikan pendapat tu????

Ok berbalik pada ulang tahun perkahwinan
lari tajuk pulak
setiap tahun saya akan sambut tarikh bersejarah ni dengan encik suami
tarikh tukar status mesti semua orang tak kan lupa 
Saya doakan kebahagian ni milik kami sehingga akhir hayat
Terima kasih Allah kurniakan nikmat kebahagian dan jodoh kami sehingga hari ini.
Terima kasih abang sebab sanggup layan semua kerenah ist3mu
Terima kasih menjaga ibu, Fayyadh , Faris dan baby
Terima kasih mak abah besar saya sehingga berjaya dan berumah tangga

setiap tahun tarikh bersejarah jatuh pada hari kerja
Memang masa tu singkat la untuk pergi mana2
tahun ni saya dan encik suami makan kat Alamanda
Memandang dekat dan jimat masa

Tahun ni encik suami pilih makan kat TGI Friday
  tak ramai orang sangat
tempat ni selesa dan yang penting makanan kat sini 
sedap. .sedap dan sedap. .
tahun lepas kat Laman Grill
tapi sayang tak boleh lama2
kena masuk ofis 
tak boleh la menikmati makanan kat sini lama2
Tak apa yang penting
kami dapat luangkan masa
dating sama2







New York Strip Steak
Medium Well
Black Pepper Sauce
Broccoli
Mashed Potato

Grilled Lamb



Molten



Nanti kalau korang teringin tengok hidangan ni
boleh la cuba sendiri tau
tak tipu sedap
ni alamatnya

TGI FRIDAY ALAMANDA


Lot P05, Plaza Level, The Hub, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct 1 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan03-8888 6631