Nuffnang

Wednesday 26 March 2014

BIHUN GORENG MELETOP

Assalamualaikum

Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti
Di sini saya nak kongsikan resepi bihun goreng resepi daripada mak saya
Boleh lah kalau malas nak masak nasi  atau nak tukar menu untuk family tercinta
Atau untuk dihidang semasa sarapan
atau untuk yang belum ada idea nak masak 
Bolehlah mencuba resepi ni

Cara Penyediaan

1 Bungkus Bihun
(rendam hingga lembut dan toskan)
Jangan Rendah bihun dalam air panas
Nanti masa nak goreng, bihun akan jadi lembik

Lobak Merah
Sawi
Ayam/Daging/Udang/Sotong

Bahan-bahan untuk kisar

Cili Kering (ikut kepedasan masing-masing) -saya letak dalam 10 tangkai
Bawang Putih -5 ulas
Bawang Merah - 6 ulas
Kisarkan semua bahan-bahan diatas 

Perencah 
Setelah siap dikisar campurkan bahan yg dikisar dengan Kicap Manis (saya guna cap kipas udang)5sudu besar +Sos cili 5sudu besar
garam 1/2 sudu besar
gula 3sudu besar

Lepas dah siap buat perencah tu

Panaskan Minyak
Tumiskan 
Bawang Putih-2 Ulas
 +Merah-2 ulas
(Hiris nipis dan cincang)
Bila bawang dah naik bau masukkan perencah 
Masak sehingga perencah tadi pecah minyak
Kemudian masukkan ayam/daging/sotong/udang+lobak merah
Kacau dan biarkan sehingga menggelegak
Rasa cukup semua bahan
Kalau ada yang terkurang,tambahkan apa yang perlu mengikut citarasa
Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati
Masukkan pula sawi
Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit
Bila perasa dah meresap pada bihun
Tutup api
Siap untuk dihidangkan

Bahan untuk dihias

Cili Besar -dipotong 
Daun Bawang
Bawang Goreng

Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih





No comments:

Post a Comment