Assalamualaikum...
Hii...hari sabtu baru-baru ni encik suami bawa pergi Zoo Negara. Lama dah plan nak pergi zoo tapi selalu ja ada hal. .Biasa lah dah janji kat Fayyadh nak bawak dia pergi tengok binatang-bintang..
Fayyadh bila dah janji kat dia, asyik tanya ja bila nak pergi rumah monkey. Bila dah janji tu memang kena bawa lah dia pergi zoo. Kami bertolak dari rumah pukul 9 pagi,ikut MRR2..macam biasa jalan jem.Ingat hujung minggu berkurang.. tak jem sangat tapi kalau MRR2 memang tak kira masa jem ja. Kami sampai kat Zoo Negara dah pukul 10.15 pagi..kalau tak jem.boleh sampai awal lagi. Sampai-sampai tu, encik suami beli tiket.Dewasa RM30(mahal jugak kan)Kanak-kanak RM10(3- 12 Tahun) dan Warga Tua RM15(65 tahun dan ke atas).Sebelum beli tiket,staff Zoo Negara ada bagi tau kat kawasan Zoo Negara ada renovation..terpulang kalau nak teruskan masuk atau sebaliknya.
Pagi tu tak ramai orang lagi...
Encik suami ada download peta Zoo Negara
Senang la nak buat rujukan untuk ronda-ronda kat dalam tu
Dalam peta tu detail jugak bagitau aktiviti-aktiviti yang ada
Kami masuk dalam tu dah pukul 10.30 pagi
Pukul 11.00 pagi ada pertunjukkan haiwan
Sebelum tu sempat la bawa Fayyadh dan Faris tengok monyet dan burung
Dekat dengan tempat pertunjukkan tu ada penguin dan akuarium ikan.
Faris dok tengok apa tu |
Belum start la .orang dah ramai tunggu |
Fayyadh serius sangat |
Petunjukkan singa laut |
Berani Fayyadh,ibu pun takut nak pegang |
Jom Conteng Muka sambil menderma |
Tiger |
Nak senyum pun tak mau dah bila dah jadi tiger |
Dua-dua orang dah tidur |
Puas hati Fayyadh dapat tengok binatang-binatang depan mata sebelum ni tengok kat buku ja. Belum puas ronda-ronda kat dalam tu, Fayyadh dan Faris dah tidur kepenatan + panas +lapar.
Bagi sesiapa yang nak tau detail berkenaan zoo negara boleh la klik ->>> zoo Negara
Waktu Pertunjukkan
Setiap Hari
11 Pagi
3.oo Petang
Jumaat (3.30 Petang)
Waktu Operasi
9.00 Pagi - 5.00 Petang
p/s: Kalau nak lebih jimat, hampa semua disarankan bawa bekal siap2.Kat dalam tu mahal.oopppzz
Bagi sesiapa yang nak tau detail berkenaan zoo negara boleh la klik ->>> zoo Negara
Waktu Pertunjukkan
Setiap Hari
11 Pagi
3.oo Petang
Jumaat (3.30 Petang)
Waktu Operasi
9.00 Pagi - 5.00 Petang
p/s: Kalau nak lebih jimat, hampa semua disarankan bawa bekal siap2.Kat dalam tu mahal.oopppzz
No comments:
Post a Comment