Nuffnang

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, 31 March 2014

PekanBuku, PICC, Putrajaya

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera


Baru-baru ni kat PICC, Putrajaya ada Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya- 19 -23 Mac 2014.Dekat sangat dengan rumah saya... walaupun dekat saya pergi pun dah hari ke-empat.tu pun pergi Zoo Negara dulu pagi tu. Balik dari Zoo Negara terus pergi PICC. Ramai sangat orang. . .kebetulan hari yang saya pergi tu ada Prengnancy, Children and Baby Expo.
Pesta buku ni berkonsepkan taman tema. .memang sangat menarik perhatian dan bagi penggemar buku boleh lah ambil peluang untuk membeli dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga di pasaran. 



Bagi memudahkan kita untuk mencari bahan bacaan pihak pengajur iaitu MPH dengan kerjasama PICC tengah mengasingkan buku bahasa inggeris(Bookerville A Magical Town Of Books) dan bahasa Malaysia(PekanBuku). Bagi pencinta buku atau ulat buku mesti tak lepaskan peluangkan pergi pesta buku ni. Alhamdulillah Fayyadh memang suka buku... masa dia dalam perut lagi abah dia dah beli set buku Grolier. Faris pun kalau abang dia baca buku dia pun sibuk jugak nak baca buku. .tapi kena perhatikan nanti ada yang terkoyak.

Fayyadh sekarang suka suruh abah dia tolong bacakan buku kat dia. Sambil tu memang banyak soalan yang dia tanya.. kalau tak puas hati dengan jawapan yang kita bagi tau memang dia akan tanya banyak kali la.Anak korang macam ni tak???Ok berbalik pada Pesta Buku tadi. Masa pergi kali pertama tu , tak beli pun buku sebab tengok beratur untuk bayar panjang sangat. Saya pun ajak encik suami pergi expo baby pulak.

Kat Pregnancy, Children and Baby Expo, boleh tahan...ramai jugak orang.sebelum kami pergi expo baby. .saya tersangkut kat booth Cruise Putrajaya. Tak rugi kot beli tiket naik Cruise. Tiket tu sebelum ni harga RM30 untuk dewasa tapi masa tu ada promosi dapat RM15. Saya terus cakap kat encik suami nak beli. . .berbaloikan?? sebabnya tiket tu valid 3 bulan.. dapat tengok pemandangan Putrajaya waktu malam. Nanti bila saya dah naik cruise saya update ya...Bagi saya expo baby kat sini tak pelbagai macam kat Mid Valley. Tak banyak pilihan sangat. Tak banyak pilihan pun melayang jugak duit. . .

Hari terakhir Pesta Buku encik suami dan Fayyadh ja pergi. .banyak jugak encik suami beli buku kat Fayyadh dan Faris. Buku-buku tu, saya pun tertarik. .untung budak-budak sekarang. 
Tengah jalan pun jadi jugak...tak kira apa dah bila dapat buku

Kusyuknya abg ayyadh

Tu Fayyadh nak buat 1Malaysia ka


Terima kasih sebab singgah blog saya yang tak seberapa ni.Ok,bubye.Wassalam.

Friday, 21 March 2014

TASKA AYU MANJA SALEHA,KPM

Hiii!!Assalamualaikummm....

Salam Jumaat...

Syukur, alhamdulillah apabila anak saya dapat tempat di Taska Ayu Manja Saleha, KPM. Sebelum ni dah dua tiga tempat saya hantar Fayyadh.

Pernah hantar dia kat rumah orang dan tukar taska dua kali.
Sebelum hantar kat Taska Ayu Manja, hantar kat rumah orang dekat dengan rumah saya. Kat situ memang dah puas hati dengan pengasuh tu.
Tapi sayang pengasuh tu terpaksa pindahbalik kampung.
Selalunya untuk dapat tempat di taska ni kena isi borang dulu.
Saya dah isi borang untuk Fayyadh  dulu masa pregnant 3 bulan.
Fayyadh setahun baru  la dapat tempat setelah tukar empat pengasuh.
Masa dia dapat tu memang pun hujung tahun dah kebetulan ada rezeki untuk dia.
Ingat dah tak ada peluang dah untuk dia masa tu.
Fayyadh masuk bilik toddler dan dia baru belajar jalan.jalan sikit jatuh .belum betul-betul cekap lagi. Kat sini pengasuh ajar dia jalan dengan tolak kerusi kecil.
Masa nak pergi breakfast, Fayyadh beratur dengan kawan-kawan kelas dia.Comeikan budak-budak kecil beratur...ada yang terjatuh sebab kawan pegang kuat sangat kat belakang.
Bilik toddler nak makan kena suap sendiri..memang dia kena berdikari .
Seminggu Fayyadh duduk kat taska dia dah pandai suap tapi biasalah sepah-sepah sikit la.
Lama-lama dah tak banyak tumpah.
Fayyadh dua tahun, dia kena tukar bilik.
Masa tu saya tengah cuti bersalin, hantar kat taska pun jarang-jarang.
Bila saya dah masuk kerja,hantar Fayyadh...memang dia nangis lah setiap pagi.
Mungkin dia stress kot..dah tak boleh bawa botol susu dan pakai pampers.
Lama juga Fayyadh nak biasakan buang air kecil kat tandas..
Masuk dua tahun setengah baru nampak peningkatan :)


Ok Faris pula saya hantar dia dua tempat sebelum dapat kat taska yang sama.

Sebulan encik suami jaga Faris.(nasib abah cuti belajar ,kelas pun pukul 6 petang).
Macam biasa saya isi borong untuk Faris masa pregnant 3 bulan juga. Setiap kali pergi hantar Fayyadh kat taska, tanya ja bila ada kosong untuk bilik baby .
Rezeki Faris dapat tempat kat Taska Ayu Manja masa umur Faris empat bulan.
Syukur sangat Fayyadh dan Faris dapat tempat yang sama.
Pada mulanya,Faris tak nak minum susu guna botol.
Macam-macam jenis botol saya dah cuba kat Faris.
Dah masuk enam bulan baru betul-betul nak.
Sekarang Faris dah 9 bulan 13 Hari, dia baru nak merangkak tapi  asyik nak diri ja.

Macam mana pula pengalaman ibu-ibu dan bapak-bapak kat luar sana.??

Setakat anak-anak saya kat taska ni, saya dan encik suami dah puas hati dan yuran yang dikenakan pun berpatutan.


Sambutan Maulidur Rasul

Cantik x Fayyadh buat
Konsert Akhir Tahun 2013





Wednesday, 19 March 2014

PANTAI DI PUTRAJAYA???

Assalamualaikum ...

Salam sejahtera....

Hari ni dah 20 Mac tahun 2014. Rasa macam baru masuk tahun baru. Cepat ja masa berlalu kan..Tarikh ni jugak genap umur putera sulung saya, Muhammad Fayyadh Rizqy 2 Tahun 7 Bulan..adik Fayyadh, Muhammad Faris Hijazi plak dah masuk 9 bulan 12 hari..suami saya pun dah masuk semester akhir. .Semester ni kelas encik suami 3 hari ja, boleh lah petang-petang lepas kerja bawa anak-anak beridah. Tak ,semester encik suami sebelum ni dalam seminggu tu sekali ja dapat pergi mana-mana lepas kerja. 

Selalunya lepas encik suami ambil saya kat ofis dan anak-anak kat taska, kami akan singgah taman sebelum balik rumah. Kalau terus balik mesti Fayyadh asyik ajak pergi taman kat dekat rumah tu. Kadang-kadang bawa Fayyadh dan Faris pergi main pasir kat Pantai Buatan Presint 6 tu. Pernah tak hampa pergi situ...??? ka ada yang tak pernah dengar pun pasai kewujudan pantai kat Putrajaya. Bagi sesiapa yang belum pergi situ bolehlah bawa anak-anak main pasir. Masa mula-mula bawa Faris pijak pasir, dia macam geli-geli sikit..Bila dah dua tiga kali datang dia suka sangat. Yala kan nak pergi Port Dickson ka Bagan Lalang ambil masa lama sangat nak sampai sana. Kena tunggu hujung minggu baru dapat pergi sana. Boleh sangat la setakat main-main pasir ja.. Tapi kalau nak jugak mandi..kat situ ada kolam renang, boleh la bagi anak-anak mandi kolam..walaupun tak dapat mandi pantai. Apapun Fayyadh dan Faris seronok  sangat dapat main-main pasir kat sini.


Nampak tak muka kegembiraan dua bradik ni..??


Setiap kali pergi situ mesti ramai ja pengantin baru ambil gambar.Pemandangan kat situ memang menarik sebab ada pemandangan hotel Pullman..Marina Putrajaya.dan bangunan pejabat kerajaan yang terdekat. Kat Putrajaya ni banyak tempat-tempat untuk beridah. memang untunglah orang Putrajaya kan. Berdekatan pantai buatan tu juga ada Komplek Sukan Air.Bayaran masuk untuk dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1.Kat situ jugak ada kolam renang dewasa dan kanak. Kalau nak tau detail lagi ,klik kat sini Pusat Sukan Air Presint 6.

Sebelum sampai pantai buatan ni,kita akan jumpa Marina Putrajaya dulu. Sekarang ada pameran Backyard Monster and Dinosour Are Back dari 31 Ogos 2013 sehingga 21 Jun 2014. Setahu saya sebelum ni sehingga 28 Februari 2014 tapi dah dilanjutkan sampai 21 Jun 2014. Boleh la sesiapa yang berminat nak bawa anak-anak pergi pameran dinosour .Ok semua, saya harap entri kali dapat beri info-info kepada yang nak datang Putrajaya. Terima kasih singgah blog saya.Bye:) 







TAMBAH SELERA ANAKKU - MAKAN BERJEMAAH

Assalamualaikum


Entri kali ni saya nak kongsikan sedikit berkenaan makan berjemaah atau makan dalam dulang. Bulan  ni baru saya mula  makan dalam dulang sebabnya nak bagi Fayyadh berselera makan. Selalu makan kat meja, paham ja la dia makan main-main. Kalau pergi jalan..mesti orang cakap Fayyadh kurus keding. Setakat ni belum betul-betul tau dia suka makan apa. Nak bagi dia makan banyak kena suap sambil-sambil tu kena cerita dongeng atau cerita ciptaan ibu dia baru dia nak makan banyak.

Pertama kali makan dalam dulang memang Fayyadh teruja. Nampak dia makan pun berselera dari biasa.Selalunya saya akan bagi Fayyadh dan abah dia makan dulu.Sambil-sambil tu saya suap Faris makan..depa dah separuh jalan makan baru saya makan sekali..dannnn saya lah yang kena habiskan makanan.Ok berbalik pada tajuk entri saya. MAKAN BERJEMAAH.Rupanya ada baiknya jugak makan berjemaah/makan dalam dulang ni. 

Rasulullah SAW gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Ini secara langsung akan menciptakan kemesraan dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga akan dapat mengelakkan pembaziran.Ini memang terbukti setiap kali saya makan dalam dulang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama), kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian” (Hadis riwayat Abu Daud) 

Lepas ni boleh lah kita ramai-ramai praktiskan kat rumah. Kalau dapat seminggu dua tiga kali pun dah ok.Mesti anak-anak suka kan. Antara kebaikkan lain makan berjemaah ni ialah apa agaknya ya...kita dapat jimatkan penggunaan air. Memang sesuai sangat dengan keadaan sekarang dengan isu tak cukup bekalan air.

Saya nak pesan dulu sebelum saya nak bagitau apa kelebihan lain yang ada. Jangan label ibu ni PEMALAS pulak ni sebab nak ringankan beban ibu kena basuh pinggan.Yang ni mesti ibu-ibu/suri rumah kat luar sana setuju 100%..sebabnya  tak payah lah nak basuh pinggan mangkuk .yala bila makan kat meja /berhidang..mesti ada mangkuk asam pedas ikan merah, pucuk ubi masak tempoyak, kari ayam, ikan goreng,ulam. Tapi bila kita makan berjemaah ni. .Hanya dulang ja yang perlu basuh..gelas n jug sahaja.Hampa semua setuju x???Jomlah ramai-ramai kita amalkan..