Entri kali ni saya nak kongsikan sedikit berkenaan makan berjemaah atau makan dalam dulang. Bulan ni baru saya mula makan dalam dulang sebabnya nak bagi Fayyadh berselera makan. Selalu makan kat meja, paham ja la dia makan main-main. Kalau pergi jalan..mesti orang cakap Fayyadh kurus keding. Setakat ni belum betul-betul tau dia suka makan apa. Nak bagi dia makan banyak kena suap sambil-sambil tu kena cerita dongeng atau cerita ciptaan ibu dia baru dia nak makan banyak.
Pertama kali makan dalam dulang memang Fayyadh teruja. Nampak dia makan pun berselera dari biasa.Selalunya saya akan bagi Fayyadh dan abah dia makan dulu.Sambil-sambil tu saya suap Faris makan..depa dah separuh jalan makan baru saya makan sekali..dannnn saya lah yang kena habiskan makanan.Ok berbalik pada tajuk entri saya. MAKAN BERJEMAAH.Rupanya ada baiknya jugak makan berjemaah/makan dalam dulang ni.
Rasulullah SAW gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan
sahabat Baginda. Ini secara langsung akan menciptakan kemesraan dan meningkatkan
rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga akan
dapat mengelakkan pembaziran.Ini memang terbukti setiap kali saya makan dalam dulang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama), kerana dalam makan
bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian” (Hadis riwayat Abu Daud)
Lepas ni boleh lah kita ramai-ramai praktiskan kat rumah. Kalau dapat seminggu dua tiga kali pun dah ok.Mesti anak-anak suka kan. Antara kebaikkan lain makan berjemaah ni ialah apa agaknya ya...kita dapat jimatkan penggunaan air. Memang sesuai sangat dengan keadaan sekarang dengan isu tak cukup bekalan air.
Saya nak pesan dulu sebelum saya nak bagitau apa kelebihan lain yang ada. Jangan label ibu ni PEMALAS pulak ni sebab nak ringankan beban ibu kena basuh pinggan.Yang ni mesti ibu-ibu/suri rumah kat luar sana setuju 100%..sebabnya tak payah lah nak basuh pinggan mangkuk .yala bila makan kat meja /berhidang..mesti ada mangkuk asam pedas ikan merah, pucuk ubi masak tempoyak, kari ayam, ikan goreng,ulam. Tapi bila kita makan berjemaah ni. .Hanya dulang ja yang perlu basuh..gelas n jug sahaja.Hampa semua setuju x???Jomlah ramai-ramai kita amalkan..
No comments:
Post a Comment