Nuffnang

Thursday 31 December 2015

PIzzA Vs Satay???


Assalamualaikum. . .


Entri penghujung 2015, kebanyakkan throwback ja tau. . .RESTORAN PIZZA VS SATAY??? korang pernah makan tak kat sini. Saya masa encik suami sebut nama restoran ni. Mula tu memang blur ja. 

Saya perasan pagi tu encik suami kusyuk ja godek2 pakcik google dok cari tempat makan yang besh2. .dan dia tak bagi tau pun nak makan kat mana. . bila tanya nak pegi mana .dia hanya jawab ada la.

Masa dalam perjalanan tu saya tanya nak pegi mana pun masih tak nak bagi tau. .bila sampai ja kat USJ. .saya tanya lagi nak pegi mana ni. .tak bagi tau jugak.  Bila dah dok tercari2 dan pusing2. Akhirnya baru dia bagi tau tolong tengok jap signboard Pizza vs Satay. 

Bila dah sampai depan Restoran Pizza vs Satay saya tengok macam tak menarik pada mulanya.. dah masuk dalam restoran baru ceq tau. Restoran ni terletak di kawasan perumahan. Dekorasi restoran ni berkonsepkan english Style. Semasa saya pergi tu nampak tak ramai orang . Rupanya restoran ni orang ramai datang pada sebelah malam.










Encik suami yang bagi tau kat restoran ni, orang selalu buat reunion dan sambutan hari lahir. Mula tu memang saya beranggapan tempat ni tak besh ja. .sedap ke makanan kat sini sebab tak orang sangat pun. .sebab tu orang cakap don't judge book by its cover.

Selepas dah makan kat sana,sampai sekarang saya masih teringat salah satu makan kat sana. Nak tau makan yang apa??? jom kita layan menu2 yang terpilih hari tu. .

ni salah satu menu yang saya suka. .rugi kalau pegi sini tak order menu ni





Saya pun terfikir juga kenapa pizza vs satay..Dan dah terjawab kenapa pizza vs satay nama restoran ni. .rupanya kat sini makanan dia dah bergabung antara timur & barat dalam satu restoran. Jadi kalau tak makan masakan barat. .boleh la makan nasi lemak ke.nasi goreng ke. Opppsss, saya perasan kat sini pelanggan berbangsa cina yang datang kebanyakkan order nasi lemak. Mesti nasi lemak kat sini meletupkan.

Nak cuba sendiri jom terjah ke Restoran Pizza vs Satay bertempat di 2, Jalan USJ 11/3j, Usj 11, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Pasti hangpa berpuas hati dengan layanan , tempat makan yang selesa, parkir pun senang dan yang pasti harga makanan yang berpatutan.

Encik suami terima kasih bawak ibu makan kat sini semperna besday ibu yang ke-27. . . .


No comments:

Post a Comment