Salammmm. . .
Apa yang menarik kat Batu Pahat??Kalau orang tanya apa yang menarik kat Batu Pahat.
Serius yang saya tau Asam Pedas, nasi beryani, Mee Racun, Jalan-jalan kat Pasar Karat,(baru-baru kawen dulu teruja kot g sana sebab pertama kali jalan2 kat pasar karat, tak beli pun. Jalan-jalan cuci mata ja), sambal kicap makan dengan tempe ke pisang goreng+ubi goreng, yang saya perasan lagi rumah orang kat BP ni tak sah kalau xdak pokok ubi kayu..kat tepi jalan pun banyak ja orang jual ubi kayu(ubi kayu rebus makan dgn sambal ikan bilis) dan tak sah kalau balik kampung tak singgah kilang kerepek Parit Lapis Laman. Dua bulan sebelum ni, kat FB ada viralkan tempat-tempat makan yang menarik kat Batu Pahat. Rupanya banyak jugak tempat yang menarik tertarik kan..???
Bagi saya yang menarik lagi kat Batu Pahat ni, kedai-kedai yang terdapat di Jalan Mohd Akil. .tak pecaya korang pegi sendiri??unik sangat kedai-kedai kat sana. . .Nak santai-santai dengan kawan dan keluarga sesuai sangat. .
Salah satu kedai yang selalu saya suka singgap kedai Al- Haq Bakeri. .mesti ada cakap ala kedai roti ja pun . Apa yang menariknya. .roti kat sini lembut, gebu dan yang penting fresh from the oven dan murah sangat harga roti2 kat sini.
Dengar ja tempat makan yang baru + makanan dia tip top, saya dan encik suami mula la nak jejak langkah. Kadang-kadang godek2 kat IG, mula saya nak mencuba tempat makan baru. .selalunya encik suami layan.. Kebetulan semasa encik suami singgah beli roti Al-Haq dia terperasan ada satu keda tu namanya Kelab Kopi.
Keesokkan tu, terus dia bawa kami anak beranak makan kat situ..kelab kopi sesiapa yang pergi sana. Mata mesti nak pandang sana . .pandang sini. .menarik sangat dekorasi kedai ni. jom kita mengopeeee
++++ Kelab Kopi telah berpindah ke Jalan Abu Bakar. Kelab Kopi yang baru ni lebih selesa, ruang makan yang lebih luas dan sesuai untuk santai2 bersama keluarga dan rakan2.
dannnn bolehlah kita berselfie macam Mr Papa Kebenaran. .sesiapa yang belum tonton Boboiboy . .cepat2 penuhi cinema. .serius besh cerita ni. tak kering gusi. .ada ja lawak dari Mr Papa.. sokong cerita tmpatan. .hero2 saya sanggup bersengkang mata nak tengok aksi2 Boboiboy dan kwn2.
dannnn bolehlah kita berselfie macam Mr Papa Kebenaran. .sesiapa yang belum tonton Boboiboy . .cepat2 penuhi cinema. .serius besh cerita ni. tak kering gusi. .ada ja lawak dari Mr Papa.. sokong cerita tmpatan. .hero2 saya sanggup bersengkang mata nak tengok aksi2 Boboiboy dan kwn2.
No comments:
Post a Comment