Assalamualaikummm....
Nak menjamu selera dengan masakan Turki. Jom kita ke Mustafa Ustas. Restoran ini baru sahaja dibuka pada 2 Disember 2015. Seperti biasa saya dan encik suami memang pantang dengar ada tempat makan sedap dan baru. Tambah-tambah restoran terletak di Putrajaya sahaja.
Zassszzz. . .lepas kerja kami pun terjah. .mesti cakap malas masak keww. . tak la saja lew nak tukar selera Turki. Selalu memang makan kat rumah. . bak kata encik suami nanti bila anak-anak dah duduk asrama. .anak-anak tak ada la nak rindu masakan air tangan ibu depa. Saya kalau nak masak kalau tak guna resepi mak memang selalu bukak blog matgebu atau azlita masam manis sebagai rujukan. Sekarang nak tengok resepi google ja. tak yah nak beli buku resepi bagai.Setuju tak???
Macam mana saya dapat tau ada restoran ni??? Sebenarnya encik suami dengar daripada kawan ofis dia. Apalagi dah dengar cakap masakan kat sini sedap. Encik suami pun bawa untuk rasa sendiri keenakkan masakan Turki kat restoran ni.
Restoran ni memang tak perasan sangat, banner atau signboard restoran belum ada lagi semasa saya pergi tu. Nak senang pergi sini. .Landmark mudah ja. .betul-betul sebelah bank rakyat dan Perodua.
Layan ja gambar-gambar kat bawah ni.
Macam mana nak pergi sini??? Lokasi restoran ini terletak di No 20, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, PutraJaya, WP, Malaysia.
Layan ja gambar-gambar kat bawah ni.
Macam mana nak pergi sini??? Lokasi restoran ini terletak di No 20, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, PutraJaya, WP, Malaysia.
Nak tau detail berkenaan sejarah Mustafa Ustas. jom kita baca kat sini.
Secara keseluruhannya makanan kat sini sedap,pizza kat sini memang rasa dia ada signature tersendiri dan hangpa mesti cuba baru tau. Satu ja komen saya, saya harap masa akang datang, perkhidmatan yang ditawarkan lebih cepat..semasa saya pergi tu perkhidmatan agak lambat. Sayang makanan kat sini semuanya terbaik. .tak apa semua tu boleh diperbaiki lagi. Terima kasih atas layanan pemilik MUstafa Ustas yang mesra dan peramah.
No comments:
Post a Comment