Assalamualaikum.....
19 Disember 2015 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh anak kedua saya, Faris Hijazi. Bukan Ayish ja. .ibu dan abah dia pun tak sabar nak tengok Ayish buat persembahan. Setiap hari asyik nyanyi ja lagu yang dia kena hafal. .semua ada tiga buah lagu, lagu twinkle twinkle little star, ikan kekek dan rama-rama. .tapi lagu yang selalu dia nyanyi rama-rama yang cantik.
Biasa la bila anak nak buat persembahan ibu, abah dan abang ayadh pun turut nyanyi sama untuk tolong Ayish berlatih. . .saya memang tak sabar nak tengok Ayish buat persembahan. Anak no dua memang lain sangat kerakter dengan anak pertama. Setuju tak??? Dua minggu sebelum buat persembahan memang pengasuh Ayish iaitu kak ika, nabila dan Mel dah pesan minta tolong belikan seluar hitam, tshirt putih berkolar dan kostum sayap rama-rama.
Selagi tak dapat cari dan beli kesemua barang tu,memang tak puas hati kot. Bila dah dapat cari tenang rasa. Tu baru anak 2 tahun 6 bulan nak buat persembahan. Misi pertama, dapat beli Tshirt putih. . saya cari kat Mothercare IOI Mall, masuk2 ja MC terus pergi kat pakaian lelaki, cari tshirt putih berkolar dan jumpa seperti yang diimpikan. Saya beli ja memandangkan tengok harga pun berpatutan. Saya dapat beli satu barang ja. .pergi hari bekerja. masa rehat pendek ja.
Misi 2, saya cari seluar hitam dan kostum sayap rama-rama. Saya beli kat IOI Mall Putrajaya jugak. Saya memang plan nak beli kat Parkson. Alhamdulillah dapat senang jugak dapat dengan harga yang berpatutan. .dan kostum sayap rama-rama tu. Encik suami beli kat Dengkil. masa tu hujan renyai-renyai.Ayish tau tak abah redah ja hujan untuk cari barang Ayish. Auntie ika yang cadangkan beli kat Dengkil tapi yang murah tu dah habis. yang tinggal cuma RM14.90 sekali dengan skirt dan cekak rambut. Beli ja semua tu walaupun set untuk perempuan. .mana tau nanti ada rezeki dapat anak perempuan kan...??? Ayish guna sayap rama-rama tu ja.
Konsert Ayu Manja 2015 telah diadakan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Presint 4, Putrajaya. Pukul 9 pagi , saya bergerak dari rumah. Sebenarnya dah lewat kami bertolak pagi tu. Saya sampai terus daftar dan hantar Ayish ke bilik persiapan kat Dewan Perdana Nur. Pukul 10.30 pagi baru konsert bermula.
Sebelum tu, semua ibu bapa diminta untuk tunggu di ruang menunggu di luar dewan. Konsert pagi tu dimulakan dengan bacaan doa oleh anak daripada Taska Nur. Kemudian persembahan dari anak-anak berumur 5 dan 4 tahun gabungan 3 taska. Selesai ja persembahan pertama. Ucapan daripada Pengusaha Taska,Datin Radziah.
Setelah berakhirnya ucapan daripada kak radzi(panggilan mesra),acara yang ditunggu-tunggu pun dipersembahkan. Persembahan daripada kelas Ayish. Encik suami terus bangun berdiri kat sebelah dewan. Masa tu, Ayish dah berada kat tengah pentas. Ingat dia tak nampak abah dia. Rupa-rupanya dia nampak. Saya tengok kat bawah ni muka dia dah nak nangis ..dok sebut abah. .lepas tu, dia pergi kat belakang cakap kat auntie jiejah nak abah. Nasib auntie jiejah berjaya pujuk.
Serius saya bersyukur dia tak nangis lepas tu, takut jugak. dia turun pentas tu. Saya cari-cari jugak encik suami dok rakam video Ayish kat mana. Rupanya dia duduk betul-betul depan pentas. Ibu tak kisah la Ayish buat persembahan macam mana pun. Apapun ibu dah bangga Ayish dapat buat persembahan dan nak diri kat atas pentas tu.
Kesemua persembahan hari tu memang terhibur dan ada yang mencuit hari dengan keletah anak-anak semasa persembahan.Terima kasih auntie-auntie kelas Ayish dan semua yang terlibat untuk menjayakan konsert Ayu Manja 2015.

##nak tengok video Ayish??? jom tonton
No comments:
Post a Comment