Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Ramadhan buat semua yang sudi singgah di blog saya. . .
MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
Syukur saya berjaya memiliki buku ni.. memang bertuah dan sangat bermakna berpeluang membaca setiap helai yang terkandung dalam buku MMR. Walaupun saya baru membaca Bab 01 dah rasa lain. .lain? lain macam mana tu???lain dari segi persepsi saya terhadap rezeki yang saya faham sebelum ni. Rupanya maksud rezeki boleh ditafsirkan dalam banyak cabang. Sebelum ni ingatkan rezeki tu hanya perkara2 yang baik dan memberi manfaat ja.Rupanya baru saya tau rezeki yang paling bermakna sekali adalah nikmat kesihatan kita , keupayaan bekerja, tingkah laku kita untuk teruskan kehidupan ni. Bila baca buku MMR terasa banyak kesilapan besar yang telah saya lakukan selama ni dan buku ni berjaya membawa saya ke arah kebaikan. .saya berharap sangat saya dapat aplikasi dalam kehidupan saya secara istiqamah.
Apa yang dikongsi dalam buku MMR ni ialah
'Rezeki adalah apa2 yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk' (menurut pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy.)
Saya berharap sesiapa yang singgah blog saya dapat memiliki sendiri buku MMR hanya dengan harga RM18 ja..memang tak rugi kot kalau beli buku ni.Setiap bab yang terkandung dalam buku ni memang sangat bermanfaat dan saya yakin akan ada sekelumit ingin amalkan apa yang pengarang kongsikan. Ingat lagi dulu masa anak dara kat sek. kalau baca novel tebal mana pun mesti target nak habiskan hari tu gak tapi sekarang dah tak dapat nak habiskan macam dulu. Mungkin sebab kekangan masa kerja dan balik rumah sibuk dengan hal keluarga pulak. Lari tajuk skit na.Sekarang senang sangat nak berkomunikasi dengan kawan2 masa belajar dulu kan. dengan keluarga mahupun kawan ofis. apa2 ja mesti orang akan nanti WhatsApp tau. .nak2 seseorang tu mesti ada lebih dari 3 group dalam WhapsApp. .yala kawan sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik,universiti, satu batch masuk kerja, kawan satu cawangan(tempat kerja) tah2 ada jugak group kawan tadika. Ni pun saya rasa bersalah jugak sebabnya saya tak sempat nak join chit chat kat group yang saya ada. Saya minta maaf sangat tau. .macam saya ni artis kan. .hahahaha. .tah2 orang tak kisah pun. .sebenarnya saya bukan sombong tau. faham ja la,bila dah jadi isteri dan dah ada anak ni memang saya tak sempat nak chit chat .Tapi kalau saya ada masa lapang sambil2 nak tidurkan anak tu sempat la baca .apa orang kata silent reader.
Ok berbalik pada tajuk MMR ni. .baru saya tau MILIK KITA NI BELUM TENTU REZEKI KITA. betulkan gaji kita yang kita dapat setiap bulan tu belum tentu milik kita sepenuhnya kan. .setuju tak??? contonya bila bulan tu ada kelahiran cahaya mata kawan kita, bila kita pergi melawat mesti kita akan sedekah beberapa RM kat kawan kita tu kan. .kat sini pun kita dah jelas apa yang kita perolehi bukan milik kita sepenuhnya. .Nak2 pulak kereta buat hal . .mesti kita akan pergi ke bengkel untuk baiki kereta kan. .ni dah jadi rezeki si pemilik bengkel kereta .
Bila saya baca buku ni. .apa yang terkesan kat diri saya adalah sifat bersyukur kepada Allah. Sebelum ni memang saya selalu rasa tak bersyukur atas nikmat yang Allah kurniaan kat saya.. dan bila baca buku MMR rasa bersalah tu menebal sangat .Betulkan bersyukurlah apa yang Allah kurniakan siapa kita sekarang. .kerjaya apa sekali pun. .sebabnya setiap kerjaya tu mempunyai kepentingan tersendiri dalam sesebuah organisasi. Ingat kita memang kena bersyukur tapi pada masa yang sama kita mestilah berusaha untuk mempertingkatkan mutu kerja kita. Memang banyak tukang jahit baju. .tapi kena mesti akan cari tukang jahit yang betul2 mahir dan puas hati dengan hasil jahitan dia. Bila kita tahu siapa yang mahir dalam jahitan mesti kita dengan sendirinya akan beritahu dan war2kan dekat orang lain tentang kemahiran si tukang jahit tu. Betul tak???Walaupun jauh dari rumah kita. Sedangkan ada ja tukang jahit dekat dengan rumah kita. Tapi kita sanggup cari dan pergi tempah pada si tukang jahit yang kita pilih tu. Jadi fikir2kan.
Apa yang saya ingin kongsikan dalam MMR .Salah satu formula untuk bahagia dan berjaya ialah zakat dan sedekah. .kalau nak tahu contoh pengalaman penulis sendiri berkaitan sedekah tolonglah beli buku MMR ni. Sebenarnya harta yang kita miliki, seandainya kita tidak ambil manfaatnya bukanlah rezeki kita. Saya sangat tertarik dengan penulisan penulis MMR ni antara apa yang beliau katakan MATEMATIK MAKHLUK SANGAT BERBEZA DENGAN MATEMATIK ALLAH.ALLAH JANJI, SEDEKAH ADALAH ASBAB SUBURNYA HARTA. MALAH SEDEKAH JUGA BOLEH MENGHINDAR BALA. Logik akal mengatakan sepuluh tolak satu sama dengan sembilan . Namum apabila kita niatkan sedekah kerana Allah, sepuluh tolak satu sama dengan sembilan belas.itulah dikatakan janji Allah.
Selain itu , apa yang penulis tekankan keutamaan kepada Allah lebih daripada segalanya. Apa yang terlintas di fikiran hampa semua .Kita lakukan setiap hari tapi saya sendiri tak mampu nak kuatkan diri mengutamakan perkara ini. .sebenarnya nak menjemput rezeki ni yang paling utama ialah dengan mengutamakan solat diawal waktu. .selalunya sangat suka tertangguh. .tertangguh dan menjadi perkara akhir selepas menyempurnakan hal2 duniawi. .jangan jadi macam saya tau. .saya pun berharap saya dapat berubah lepas baca buku MMR. kat luar sana ramai tak yang solat di awal waktu. Bagi sesiapa yang jawap ya.Tahniah!! saya kagum sangat orang dapat melakukannya. . yang macam saya ni. .jom lah sama2 kita cuba perbaiki diri kita untuk menjadi terbaik..dan lebih baik apabila kita dapat solat berjemaahkan...
Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjemput rezeki. .dengan solat dhuha,dengan berzikir, bersyukur. dan kalau nak tau lebih mendalam mudahnya menjemput rezeki.cepat2 dapatkan buku MMR. Semasa saya cuba habiskan baca buku ni. .saya akan kongsikan tajuk buku ni kat kawan2 pejabat saya. .sebabnya saya yakin semua orang akan jatuh hati kat isi kandunga buku ni. .dan rasa rugi pulak tak kongsi buku ni kat orang lain.
No comments:
Post a Comment