Nuffnang

Friday, 20 June 2014

DiY Birthday mr .F

Salam semua. . .




Entri kali ni. . .saya pun tak tahu kat mana saya nak mulakan. . .
Ni antara plan yang saya tunggu2 kan untuk bulan Jun ni. .selain sambutan hari lahir Fayyadh & Faris. .Plan untuk meraikan sambutan hari lahir encik suami terchenta. Alhamdulillah semuanya berjaya tanpa pengetahuan encik suami. Thank You Allah. dan kpiah, hani dan kak niza yang turut membantu..dan terima kasih juga irine nadia sebab kongsikan idea ni. .idea ni pun saya dapat kat blogger terkenal irine nadia.

Saya tempah hotel melalui Agoda pada 6 Jun 2014. Lega sangat bila dapat email pengesahan daripada Agoda.Bilik yang saya tempah tak termasuk sarapan .Pagi tu nanti pergi walk in ja la. Sebenarnya bagi saya bila bermalam kat hotel ni. saya lebih suka sarapan di hotel. .dulu masa tengah pregnant Faris, sampai mengidam kot nak sarapan kat hotel. nasib Hotel Pullman tu kat rumah. Dapat la tunaikan permintaan baby dalam perot.(alasankan). . .

Harga bilik saya malam tu RM250.56

Mesti orang pelik kan kenapa saya pilih hotel Pullman. .yala jarak rumah saya dengan Pullman tu lebih kurang 10 minit ja kot. .Sebabnya senang sikit saya nak ajak encik suami  pergi malam tu. Kebetulan kat depan Pullman ada Floria. .boleh lah cakap nak bawak Fayyadh & Faris(F&F) pergi Floria. .tapi sebenarnya nak pergi Pullman.(maafkan ibu ya F&F)

Macam mana saya sembunyikan beg pakaian??? nasib la 15 Jun(hari jamuan hari lahir F&F) tu, kok piah mai rumah saya dulu. Pagi tu, encik suami keluar pergi beli barang.  Saya ambil kesempatan tu untuk kemas baju dalam beg dan bila dah siap kemas baju, barulah siapkan baju2 untuk encik suami,F&F. Masa nak bertolak ke pantai buatan tu saya, F& F naik kereta dengan Kok piah. Memang peluang la nak sembunyikan beg pakaian tanpa pengetahun encik suami. Beg pakaian belum selesai lagi . .sebabnya kok piah dia balik rumah dia. Dia terpaksa la tunggu sampai kawan pejabat(kak niza) saya sampai. Bila kak niza sampai petang tu. .saya terus bagitau dia nak tumpang letak beg dan minta kunci kereta dia. Fuhh! lega sangat. saya pun bagi la alasan kat encik suami nak pergi jumpa kok piah jap kat kereta. .sebenarnya nak pergi simpan beg dalam kereta kak niza.

Untuk hiasan kat bilik, saya dah survey kat pihak hotel Pullman ada atau tak perkhidmatan untuk hiasan bilik. Jawapannya ada cajnya RM250. Oh!! terlalu mahal.Bagi saya tak berbaloi pulak. Saya buat keputusan untuk beli dan hias sendiri bilik. Lepas tu laju ja google kedai bunga sekitar Putrajaya. Akhirnya dapat kat Alamanda iaitu Cempaka Sari Florist & Gifts. nasib pejabat ke Alamanda saya boleh pergi jalan kaki ja. sebelum tu, saya telefon dulu untuk survey harga bunga dan kelopak bunga. Bila kak Dilla (staf Cempaka sari) bagi tau harga dan saya terus tempah untuk ambil pada 17 Jun. Terima kasih kak Dilla atas kerjasama dan layanan yang baik.

Kek??? mula tu saya ingat nak beli kek ais krim kat Baskin Robbins tapi bila difikirkan saya akan beli awal sehari takut nanti cair pulak kek tu. Akhirnya saya beli kek kat Secret Recipe ja, beli dua potong kek Red Velvet. .nak beli sebiji kek macam membazir ja. Kek F& F hari tu pun belum habis lagi.

18 Jun 2014, saya pergi check in minta tolong kawan pejabat bawakkan. .biasa lah kereta saya ada tapi dah setahun lebih tak drive.pergi balik kerja encik suami yang amik dan hantar. pelik pulak kan nanti tiba2 minta nak bawak kereta sendiri. Nak elakkan encik suami syak apa2 terpaksalah minta tolong kat orang. Lepas check in , terus keluarkan bunga dan lilin dan hias apa yang patut.

Petang 18 Jun 2014, saya dah bagi tau encik suami nanti kita kuar awal sebab nak pergi jumpa kawan. .dia dah pelik. saya nak jumpa siapa. Untuk makan malam tu, encik suami pergi beli Pizza hut kat Presint Diplomatik. Saya ni dah risau takut lambat. dan ada rasa rugi plak kalau sampai Pullman lambat sangat. . Nasib sebelum pukul 9 malam, kami sampai kat Pullman. Fayyadh asyik tanya ja kita nak pergi mana . .nak jumpa siapa. Sebelum tu kan, saya bagi tau nak pergi Floria kat Marina Putrajaya. Tapi bila sampai ja, saya bagi tau suruh masuk parking kereta kat parker Hotel Pullman. .dah parking saya suruh bawak pizza turun sekali. Encik suami dah rasa pelik ja. .saya minta encik suami , F& F tunggu kat lobi depan sementara saya nak jumpa ' Kawan ' saya.

Bila sampai bilik 2117, terus saya nyalakan lilin2 dan terus panggil diorang masuk bilik. Dalam perjalanan nak sampai bilik rasa cuak gak sebab encik suami dah bebel kenapa nak membazir. .tapi bila encik suami tengok hiasan bilik terus tak jadi marah kat saya. Huhhhh!!! syukur semuanya berjalan lancar. THanK You Allah!!!

Saya terus nyalakan lilin kat kek dan Fayyadh yang nyanyikan lagu kat abah dia. .dah besar anak ibu.
Fayyadh yang teruja tengok bathtub.. dia terus minta nak mandi malam tu.

Keesokkan tu pun, Fayyadh asyik tanya ja mana kawan ibu. Budak2 kan memang tak boleh janji.












dan syukur sangat encik suami suka dengan kejutan ni..
kalau sesiapa nak buat untuk orang tersayang, bolehlah cuba.
hurmmm. . . ada tak rasa rugi buat macam ni???
terpulang kat individu la. Bagi saya tak rugi kot. Bukan kita nak buat tiap2 bulan pun. Semuanya untuk meraikan orang tersayang.bukan suami ja suka. .anak2 pun boleh tumpang gembira jugak dapat bercuti dengan ibu dan abah.

No comments:

Post a Comment