Nuffnang

Monday, 16 June 2014

DIY ::: Birthday Party ::: Fayyadh is 3 & Faris is 1:::

Assalamulaikum. . .


Apa khabar semua. .sihat???
Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umur kita untuk teruskan hidup sehingga hari ini. Saya teruja sangat untuk update blog berkaitan sambutan hari lahir kedua2 orang putera saya. bila saya bagitau nak buat hari lahir Fayyadh & Faris sekali. Ramai yang tanya diorang ni sama tarikh lahir ke. . .atau pada bulan yang sama ke. . .semua tak sama. .kenapa buat sekali. .???Kenapa??? biasalah bila dah anak dua ni. .boleh jimat kos .Lagipun Fayyadh sekarang dah besar. .dan dah pandai nak sambut hari lahir. .kalau beli kek ja. mesti dia akan nyanyi sendiri lagu happy birthday to you. . .siap cari lilin nak tiup. .dan tepuk tangan. .sebab tu la buat sekali ja.kadang2 dia main mainan lego tu pun . dia bagi kat saya bagitau ni kek hari lahir. dia suruh saya buat2 makan. Sebenarnya tarikh lahir dia 20 Ogos nanti. .Faris pula hari lahir dia 8 Jun..disebabkan tak sempat nak buat persiapan pada tarikh tersebut. .dilanjutkan seminggu. 

Persiapan hari lahir kali ni mudah dan senang sangat. Nak tau kenapa???encik suami download satu aplikasi kat play store My Party Planner Lite . Memang memudahkan lagi persiapan sebelum, semasa jamuan ni.Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut lagi berkenaan aplikasi ni ok kat entri seterusnya. Kali saya nak cerita persiapan dan perjalanan jamuan ni ja.

Untuk tempat hari lahir putera2 saya ni, saya dan encik suami plan nak buat kat luar. .nak cari kelainan daripada sebelum ni. sebelum ni pernah buat kat rumah( Fayyadh setahun) dan taska(Fayyadh 2 tahun). Memandangkan kat Putrajaya ni banyak tempat2 menarik. .betul tak???kalau tak percaya cuba korang jalan2 kat Putrajaya. Mula tu, plan nak buat kat Taman Botani.Bila pergi sendiri tengok tempat tepi tasik dan balik tu semak kat website Taman Botani. .kena bayaran untuk sewa tapak. tak berbaloi pulak kan kalau nak sewa tapak. Lepas tu, plan nak buat kat Taman Empangan. .kat sini tempat dia selesa, pemandangan cantik dan ada taman permainan kanak2. Bila fikir2 balik. .masalah kat sini satu ja. Parker kereta terhad. Nanti jadi masalah plak kat tetamu. yang datang. Akhir sekali encik suami cadang buat kat tepi tasik iaitu berdekatan pantai buatan. Memandang kat sini pemandangan cantik, tandas pun dekat, kat pusat sukan air pun ada surau dan yang paling  penting parker yang sangat luas. Memang tak masalah kan??? Bonus buat kat sini dapat tengok bot berhias. kebetulan hari jamuan ni hari kedua Floria Putrajaya. 

Sebelum tu.. .mesti ada yang akan tanya kan.Apa prosedur untuk buat kat Tepi tasik Kompleks Sukan Air Presint 6.Ok untuk makluman semua, kalau nak buat kat sini. Kita kena buat permohonan kat Perbadanan Putrajaya dulu tau. tak boleh redah ja walaupun ni tempat awam. Sepatutnya kena hantar surat seminggu sebelum majlis. .tapi saya hantar surat melalui email ja kat pegawai Perbadanan 4 hari sebelum majlis. Bila dah dapat persetujuan daripada pihak Perbadanan baru boleh buat ok. Terima kasih Pihak Perbadanan sebab luluskan permohonan kami. 


Tema???untuk tema jamuan kali ni, encik suami pilih tema colourful. Cantik dan ceria kan tema ni. Minta maaf Fayyadh , ibu tak pilih tema2 mainan kesukaan Fayyadh. .Syukur Fayyadh tak protes pun walaupun tak pilih tema dia. 

Makanan untuk tetamu??? Saya bersyukur sangat sebab encik suami yang masak, encik suami la yang banyak membantu dalam segala2nya. .saya hanya pembantu ja. .semua menu sudah tentu la encik suami yang tetapkan. .tapi encik suami tanya pendapat saya jugak. . saya sangat kat abang. .untung buat jamuan hari lahir anak semasa suami tengah cuti belajar ni. walaupun tengah sibuk nak buat xsignment dan final exam. encik suami masih boleh tolong sepenuhnya untuk persiapan jamuan ni. .saya sangat2 kagum kat encik suami .Nanti bila Fayyadh dan Faris dah besar ingat tau pengorbanan ibu dan abah. Saya hanya tempah kek dan bihun goreng ja.

Segala persiapan untuk design sticker makanan, botol mineral , goodies bag dan kad jemputan semua encik suami yang design sendiri . .hanya tempah untuk cetak sticker ja..saya nak jugak ucap terima kasih kat encik suami. .

Mesti korang tanya semuanya encik suami yang buatkan. .saya buat apa??? saya hanya tolong tempah kek ( pilih jenis kek ) dan bihun goreng. .dan. .saya ditugaskan untuk dekorasi tempat jamuan.tolong encik suami masak kat dapur. .encik suamilah ketua chef nya. .Kami  banyak siapkan semua persiapan ni masa putera2 nyenyak dibuai mimpi. .kira malam sebelum jamuan.jadi burung hantu lah. .sama2 masukkan makanan dalam goodies bag dan tampal sticker kat botol mineral. .sangat seronok ok. sama2 masak. .

Terima kasih jugak saya ucapkan kat kakak saya kok piah sebab mai tolong . .dan bff dia Hani. .
dan terima kasih yang datang memeriahkan jamuan hari tu. . .
Entri seterusnya baru saya nak upload gambar ok. .

Akhir sekali

Terima kasih sudi baca  saya potpet ni . . .

Salam Sayang

Ibu Fayyadh & Faris

Isteri Fairuz

4 comments:

  1. Penat tp puas hati. ;)...hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu.:)
    semuanya untuk anak2 terchenta

    ReplyDelete
  3. Seronoknye tgk family bahagia ni ♥

    ReplyDelete
  4. Kak axue tq.
    Akak pun mesti bertambah bahagia dgn kehadiran hero ensem tu

    ReplyDelete