Nuffnang

Tuesday, 10 June 2014

JOM MAKAN DI ANA IKAN BAKAR PETAI, BBB


Salam semua...

Hari dah masuk hari ke 13 Syaaban 1435 H. Tinggal beberapa hari lagi kehadiran bulan  Ramadhan. Di mana umah Islam akan berpuasa selama sebulan, yang pasti ramai yang akan mencari tempat-tempat berbuka puasa. Restoran ni bolehlah jadi salah satu tempat untuk berbuka puasa nanti. Jomlah rasa kelainan ikan bakar dengan rasa tambahan iaitu petai yang dipotong nipis. .Sebelum ni susah ja nak dapat tempat makan yang sedap terutama ikan bakar. .kalau ikan bakar orang akan cadangkan makan kat Bagan Lalang.hari kerja tak dapat la nak pergi.jauh sangat.Nasib la ada restoran ikan bakar kat Bangi. Pertama kali makan kat ANA IKAN BAKAR PETAI. memang puas hati. Harga berpatutan, ikan segar dan tempat makan selesa. Surau disediakan dan terdapat permainan kanak2. .sambil tunggu makanan sampai tu bolehlah nak bagi anak2 main dulu. .tak la diorang bosan menunggu.
pintu masuk ke ANAK IKAN BAKAR PETAI

ruang makan, jangan risau.luas tapi kat sini luas2 pun. .
kalau terlalu ramai orang memang penuh jugak. .
memang sentiasa ramai la kat sini

Jom pilih nak apa
ikan, sotong, udang, ketam
malam tu kami order
ikan bakar petai
sotong bakar petai
kerabu mangga
udang goreng tepung



nampak tak
Pak arab pun datang makan kat sini

serius sedap
udang goreng tepung tu
Fayyadh seorang pun boleh habis makan

udang goreng tepung :sedap dan garing

ni sotong bakar petai tuuu
walaupun nampak banyak petai
bila makan tak la kuat sangat rasa petai

bos kecik tunggu nak makan

banyak kereta malam tu
macam nak mai kenduri kawen


Untuk makluman,Restoran Ana Ikan Bakar Petai ada dua cawangan iaitu kat Bandar Baru Bangi dan Kuantan. ni kat BBB punya. ..Bagi sesiapa yang nak pergi ni alamatnya.

Lot 29991, Persiaran Kemajuan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
(sebelah Balai Bomba BBB)
No Tel:0192177668
Email : aimanbbb7@yahoo.com
Waktu Operasi : 5.00pm- 12.00am     


Map of the business location


No comments:

Post a Comment