Nuffnang

Showing posts with label maKanAngin. Show all posts
Showing posts with label maKanAngin. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

ZOO NEGARA

Assalamualaikum...

Hii...hari sabtu baru-baru ni encik suami bawa pergi Zoo Negara. Lama dah plan nak pergi zoo tapi selalu ja ada hal. .Biasa lah dah janji kat Fayyadh nak bawak dia pergi tengok binatang-bintang..
Fayyadh bila dah janji kat dia, asyik tanya ja bila nak pergi rumah monkey. Bila dah janji tu memang kena bawa lah dia pergi zoo. Kami bertolak dari rumah pukul 9 pagi,ikut MRR2..macam biasa jalan jem.Ingat hujung minggu berkurang.. tak jem sangat tapi kalau MRR2 memang tak kira masa jem ja. Kami sampai kat Zoo Negara dah pukul 10.15 pagi..kalau tak jem.boleh sampai awal lagi. Sampai-sampai tu, encik suami beli tiket.Dewasa RM30(mahal jugak kan)Kanak-kanak RM10(3- 12 Tahun) dan Warga Tua RM15(65 tahun dan ke atas).Sebelum beli tiket,staff Zoo Negara ada bagi tau kat kawasan Zoo Negara ada renovation..terpulang kalau nak teruskan masuk atau sebaliknya. 

Pagi tu tak ramai orang lagi...
Encik suami ada download peta Zoo Negara
Senang la nak buat rujukan untuk ronda-ronda kat dalam tu
Dalam peta tu detail jugak bagitau aktiviti-aktiviti yang ada
Kami masuk dalam tu dah pukul 10.30 pagi
Pukul 11.00 pagi ada pertunjukkan haiwan
Sebelum tu sempat la bawa Fayyadh dan Faris tengok monyet dan burung
Dekat dengan tempat pertunjukkan tu ada penguin dan akuarium ikan.


Faris dok tengok apa tu

Belum start la .orang dah ramai tunggu

Fayyadh serius sangat

Petunjukkan singa laut

Berani Fayyadh,ibu pun takut nak pegang
Jom Conteng Muka sambil menderma
Tiger

Nak senyum pun tak mau dah bila dah jadi  tiger



Dua-dua orang dah tidur 
Puas hati Fayyadh dapat tengok binatang-binatang depan mata sebelum ni tengok kat buku ja. Belum puas ronda-ronda kat dalam tu, Fayyadh dan Faris dah tidur kepenatan + panas +lapar.
Bagi sesiapa yang nak tau detail berkenaan zoo negara boleh la klik ->>>  zoo Negara

Waktu Pertunjukkan

Setiap Hari
11 Pagi
3.oo Petang
Jumaat (3.30 Petang)


Waktu Operasi

9.00 Pagi - 5.00 Petang

p/s: Kalau nak lebih jimat, hampa semua disarankan bawa bekal siap2.Kat dalam tu mahal.oopppzz


Tuesday, 18 March 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA :GRAND LEXIS PD

Assalamualaikum...


Hiii semua...entry kali nak cerita semasa saya pergi bercuti di Port Dickson..dekat ja tak jauh pun dari Putrajaya. Sebenarnya dah lama saya pergi tapi nak jugak kongsi dengan korang semua. Masa ni tengah pregnant Faris 3 bulan. .Fayyadh pun baru pandai jalan. Jalan sikit jatuh..tapi biasa la budak baru dapat kaki.Memang lasak sangat..



Sebelum buat keputusan nak bercuti ni, saya banyak buat rujukan kat pakcik GOOGle. Lepas tu ada baca kat blog2 tempat mana yang menarik dan harga pun berpatutan...tapi masa tu memang cuti sekolah,hujung tahun pulak. Memang tak dapat la hotel yang murah. Nak sangat masa tu pergi bercuti  terpaksalah tambah bajet kat hotel. Walaupun harga hotel mahal, tak rugi kot sebabnya bilik dia memang luas dan siap ada private  pool.Apa-apa pun terima kasih enchik suami bawak ibu & Fayyadh bercuti kat  Grand Lexis PD







Fayyadh dok cari ikan kat bawah tu




Nak timbang berat ka??



Muka depa dua org ni memang mcm copy & paste kan???



Macam mana  bilik ni puas hati tak?Bagi sesiapa yg plan nak pergi cuti sempena cuti sekolah ni boleh lah pergi sini.Okey, ni detail bilik sy

Executive Pool Villa - Above the sea



  • Size of unit - 826 square feet
  • Number of units - 48 units
  • 2 king size beds
  • Can accommodate 04 persons
  • Glass panel for underneath sea viewing
  • Private swimming pool
  • Dry Kitchenette
  • Separate bath and toilet
  • Rain shower
  • Wall mounted hairdryer
  • Mini fridge
  • In-room safe box
  • Astro - 19 channels
  • 32" LCD flat screen TV
  • Coffee and tea making facilities
  • Electric kettle
  • IDD telephone
  • Ceiling mounted air-conditioner
  • Ceiling fan
  • DVD player
  • Microwave oven
  • Iron and ironing board (upon request)
  • Bathroom weighing scale
  • Umbrella
  • No pets allowed in rooms
* Surcharge of RM150.00nett per room per night will be applicable for Full Sea View Room (Room subject to 
availability)