Nuffnang

Monday, 11 January 2016

sana sini Boat Noodle

Assalamualaikum. . . 

Dulu bila fikir nak makan Boat Noodle rasa sangat susah nak kena pegi Damansara. .nak kena redah kesesakkan lalulintas. Sekarang, syukur sangat dekat dah ada kat Dpulze Cyberjaya pun dah ada. . dan lagi satu baru bukak kat IoI city Mall, Putrajaya.

Apabila makan kat Boat Noodle ni, sekali dah merasa kenikmatan mee sampan dia. Terus jatuh cinta. .macam fenomena demam Dilwale yang melanda kat negara kita sekarang ni. Serius bila dah tengok dan terlayan cerita  Dilwale ni sekali, mesti akan rasa nak tengok lagi lepas tu. Tak hairan la, kalau ada yang sanggup tengok cerita Dilwale ni sampai 8 kali. tah-tah ada yang 10 kali kan. . .Hebatkan gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol. Jalan cerita ni memang lain dari yang lain. dan tak sah kot tak mengalir air mata. Bagi sesiapa yang belum tengok lagi. Cepat-cepat cek tiket. .tapi setakat ni, bukan mudah kot nak beli tiket..asyik-asyik sold out ja. 

Eh! ni sebenarnya nak cerita pasal Boat Noodle ke Dilwale . .ya ampun. .baru semalam berpeluang tengok cerita ni. .demam tu belum kebah. .asyik nak layan lagu janam janam dan gerua ja. dah titik. Boat Noodle ni merupakan makanan berasal dari negara Thailand dan merupakan Thai street food. Hidangan kat sini sememangnya menarik . Bukan setakat hidangan, tempat makan pun sangat unik. Lagi satu makanan kat sini, mendapat sijil halal daripada Jakim. Encik suami mula tu tak nak makan kat sini diragui takut tak dapat sijil halal.Akhirnya saya ternampak sijil yang dipamerkan kat kedai tu. .yakin  bila dah ada bukti depan mata.

Apa yang istimewa dan menjadi signature dish kat sini. .??? Antaranya sudah semesti mee sampan iaitu mee beras. Terkejut tak kalau seorang makan paling kurang  akan makan 4 mangkuk. .tu sebenarnya biasa. .semangkuk mee sampan dua kali suap ja kot. semangkuk berharga Rm1.90. Terdapat dua jenis mee sampan Pathumthani atau Ayutthaya. Kita boleh pilih nak kuah daging atau ayam..saya lebih suka daging. .rasa kuah dia memang ada kelainan. .4 mangkuk tu cadangan ja, kalau tak cukup 4 boleh tambah lagi dan lagi. 

Selain tu, terdapat hidangan lain selain mee sampan . Kra Paw Chicken Rice,Bangkok Omelet with 'Sood Yut' ,chicken meetball,ka num tuay( sedap makan 2 tak cukup, ni rasa macam tepung pelita) dan menu terkini sangkaya steamed bread . Minuman kat sini pun antara minuman yang menjadi kesukaan dan pilihan pengunjung Boat Noodle. Antaranya Cha Yen( Thai iced tea), Kaffe Yen(Thai iced coffee) dan Cha Keow Yen(Thai iced green tea). Setakat ni minuman yang menjadi kegemaran saya cha keow yen. 

Boat Noodle dPulze, Cyberjaya

Boat Noodle di IoI City Mall, Putrajaya
Senang ja nak carik, betoi2 atas ice skating








No comments:

Post a Comment