Korang masak bubur anak kesayangan hari-hari ke. . ???
Saya tak pun. .setakat ni masak hujung minggu. .frozen kan untuk seminggu. senang sangat kot buat macam ni. Untuk sediakan bubur ni amek masa lama sangat nak masak dan kisarkan. Untuk sediakan bubur kat Anaqi , dia masuk 10 bulan baru saya tambah bawang putih+merah, halia dan garam. Setakat ni, dia memang berselera dan semangkuk tu dia boleh habis. .tapi kalau bagi cereal dia kurang suka. Pengalaman saya untuk ketiga-tiga orang anak memang berbeza. Bubur air tangan ibu adalah yang terbaik tetapi jika kita tak ada masa untuk sediakan, tu memang terpaksa beli. Sekarang semuanya dah mudah makanan untuk bayi , senang sangat kot nak dapat. Ibu-ibu dah tak perlu risau.
Saya bukan pakar pemakanan anak-anak, tapi saya nak juga kongsikan makanan yang saya sediakan untuk anak saya. Sebenarnya untuk mulakan anak kita yang seusia 6 bulan makan, elakkan masukkan garam. Pengalaman saya sendiri, dulu ketegaq nak jugak masukkan garam. Bila dia dah dapat makan makanan yang tak ada rasa, memang tak nak la. Jadi kesimpulannya, mulakan dengan rasa asli dulu. .contohnya manis daripada rasa lobak merah ke kentang . .Alhamdulillah Anaqi , dapat makan tanpa perisa.
Bubur ni masuk ja semua bahan. Selepas tu, bolehlah nak pergi buat kerja lain sementara tunggu bubur tu masak.Resepinya
Beras segenggam
1 batang lobak merah
1 biji kentang
Ayam/Daging/Udang
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
Garam secukup rasa
Masukkan semua bahan dengan air secukupnya
*jika masak bubur letak udang.udang tu seeloknya masuk 10-15 minit sebelum tutup api
Jika ayam/daging boleh masuk terus dengan semua bahan
Tips untuk tinggal bubur ni dengan tenang hati tanpa air meruap-ruap keluar dan sepah habis dapur
SEnang je, letakkan senduk kayu dia atas permukaan periuk. bukan nak untuk masak bubur ja.Jika nak rebus sup tulang ke, ketupat ke boleh cuba teknik ni.yang pasti sangat berkesan.
Bila bubur dah masak . Baru boleh kisarkan dan masukkan dalam bekas untuk di frozen.
Love,
ibufayyadhfarisfudhail
No comments:
Post a Comment