Assalamualaikum. . .
Salam Jumaat. . .
Dah mulakan pagi yang mulia dengan surah Kahfi???
Hari ni saya nak kongsikan resepi puding schadut yang saya buat baru-baru ni. Pada mulanya nak nak buat ikut resepi blog masam manis tapi salah satu bahan tak dapat cari. .bahan utama pulak tu. Akhirnya encik suami beli serbuk dadih buah-buahan. Memandangkan saya dah janji kat Fayyadh & Faris nak buat puding schadut. Kejap-kejap bukak peti ais cari mana puding depa.
Selepas maghrib saya terus buat puding schadut untuk anak-anak tersayang. Encik suami beli dua perisa strawbery dan mango. Dapat la buat dua layer. Fayyadh & Faris teruja sangat. .tapi kesian malam tu tak dapat makan. .nak kena tunggu beku dulu. Tu pun saya sampai tertido sementara nak tunggu beku satu layer. Bangun encik suami dah tolong masukkan satu layer lagi. Dia kejutkan saya untuk sambung buat yang selebihnya.
Sebenarnya dah guna serbuk dadih segera ni memang dah mudah dan pantas. Ikut ja arahan dalam resepi yang dia bagi tapi saya dah ubahsuai resepi tu. .
Cara dia mudah ja. .
Ikut resepi asal.Masukkan 3000ml air+susu cair
Tapi resepi saya
+1500 ml air
+1/2 kotak susu segar
+3 sudu susu tepung
+separuh serbuk dadih segera perisa strawbery
+1500 ml air
+1/2 kotak susu segar
+3 sudu susu tepung
+separuh serbuk dadih segera perisa mango
Saya buat dua perisa .Jadi saya masak dua belah dapur dengan resepi yang sama cuma yang berbeza perisa. Masakkan sehingga mendidih.
Setelah selesai masukkan dalam bekas. Ni kan nak buat puding schadut. .nak senang sedut-sedut. Kita masukkan dalam botol kaca.
Masukkan satu perisa dulu dalam botol. Kemudian tunggu sehingga satu layer beku, baru masukkan satu perisa lagi.
Nak mudah buat satu perisa ja. .tapi nak cantik dan menarik buat lew dua perisa ke . .atua tiga. Esok pagi tu, kita sedut ya. . .
Mudah dan senang
dan murah ja.
Kos pun tak banyak pun. .berbanding beli mahal sangat..dah anak minta beli sanggup ja kan. .
Dah lepas ni boleh buat sendiri. .
Nak banyak lagi perisa ikut resepi azlita masam manis..boleh buat perisa anggur ke. .milo. .nescafe. lagi sedap. .
No comments:
Post a Comment