Saya yakin setiap anak merupakan anugerah yang paling bermakna dan mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Kita sebagai ibubapa harus bijak mengatasi semua ujian yang datang dan bijak mengawal emosi dalam setiap ujian yang dihadapi. Saya akui dan yakin bila kita bergelar ibu atau bapa perasan risau yang teramat akan hadir dalam diri apabila anak kesayangan kita mengalami sesuatu penyakit. .tak kisah la walaupun selesema. . batuk mahupun demam panas. Bila dah bergelar ibu. .baru saya tahu perasaan ibu yang risaukan kesihatan anak yang sedang sakit. bila dah berada di tempat kerja pun masih terfikirkan anak. .
Kadang-kadang walaupun anak tu sihat sepenuhnya, semasa menghantar anak di taska ataupun rumah pengasuh. Anak kesayangan menangis bila tiba masa kita terpaksa meninggalkannya untuk ke tempat kerja, mesti dalam perjalanan ke tempat kerja. Hati kita tak tenang memikirkan anak kesayangan dan terfikir untuk berhenti kerja tapi berhenti kerja bagi saya bukan kesudahan dan jalan penyelesaian.
Muhammad Faris Hijazi merupakan anak kedua saya. Kesian kat Faris sejak baby Faris dah terpaksa berulang alik ke klinik. .disebabkan batuk dan nafas laju (wheezing) dan akhirnya doktor sarankan untuk mengambil nebulizer. Ada masa satu hari dua tiga kali berulang alik ke klinik. Selepas Faris mengambil nebulizer baru ada perubahan dan pernafasan kembali normal..tapi seingat saya semasa umur Faris empat bulan. Dua minggu dia baik dan kemudian dua minggu dia terpaksa ke klinik sebabnya dia kembali tak sihat.
Akhirnya seawal usia Faris empat bulan, doktor sarankan untuk Faris menggunakan inhaler untuk setiap hari selama enam bulan. Kemudian doktor lanjutkan lagi penggunaannya selepas 6 bulan memandangkan tahap kesihatn dia belum memuaskan. Ada dua jenis inhaler yang doktor bekalkan untuk Faris. Yang pertama inhaler berwarna biru. Inhaler ini berfungsi untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain salbutamol. Inhaler kedua yang dibekal oleh doktor inhaler berwarna oren, ia berfungsi untuk mengawal serangan asthma. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan kekerapan serangan asthma.Untuk detail berkenaan inhaler ini boleh rujuk blog di bawah.
Sebenarnya Faris tidak mengalamai asthma tetapi tanda-tanda sudah menunjukkan asthma dan merujuk kepada sejarah keluarga saya sendiri, memang adik-beradik saya mengalami asthma. Doktor menyarankan supaya Faris menggunakan inhaler berwarna oren setiap hari(2 kali sehari) . Pada mulanya saya memberikan inhaler berwarna oren setiap hari. Lama kelamaan saya hanya berikan apabila betul-betul memerlukan sahaja. Syukur alhamdulillah Faris tidak bergantung sepenuhnya.Inhaler ini juga berfungsi untuk mengurangkan radang dan lender dalam saluran pernafasan. Saya perasan apabila dia tersalah makan(saya perasan dia sensitif dengan buah laici) atau terlalu sejuk, Faris batuk tak henti. Baru saya berikan..dan jika batuk dia terlalu kerap saya akan berikan inhaler berwarna biru juga, 3 jam atau 6 jam sehari atau bila perlu mengikut tahap batuk yang dialami. Ia berfungsi untuk meregangkan otot-otot saluran pernafasan dan membesarkan lubang saluran pernafasan.
Sedar tak sedar Faris dah berusia 2 tahun 7 bulan dan tidak terlalu bergantung dengan kedua-dua inhaler tu. Dulu risau jugak jika terlalu bergantung kepada inhaler tu sehingga besar. Sekarang hanya perlu jika dia batuk teruk sahaja. Untuk memudahkan penyimpanan inhaler dan aerochamber, simpan dalam bekas khas yang senang dan mudah dibawa ke mana-mana. Walaupun saya dah jarang pengambilan inhaler ini,perlu diingatkan membawa setiap kali pergi bermalam ke mana-mana untuk langkah berjaga-jaga.

rujukan blog
No comments:
Post a Comment