Nuffnang

Tuesday, 5 January 2016

Indahnya Dunia Tandem Nursing

Assalamualaikummm....

Syukur alhamdulillah saya berpeluang menyusukan ketiga-tiga anak saya. Fayyadh berpeluang fully bf selama setahun tiga bulan. Faris untung sangat dua tahun . .sorry Fayyadh, Ayish lama lagi. .dan sekarang Anaqi masih menyusu. .semalam Anaqi genap 10 bulan.

Saya disahkan pregnant Anaqi semasa umur Faris,setahun dua bulan. Ayish masa tu masih fully bf. Pada mulanya memang tak sangka. Semasa bulan Ramadhan, saya pun pelik juga kenapa asyik sakit kepala. Saya nekad plan untuk anak ketiga untuk jarak sekurang-kurangnya tiga tahun..tapi saya syukur Allah bagi rezeki kat saya tapi Ayish dan Anaqi beza dua tahun jugak. 

Pregnant???maksudnya Ayish kena putus susu..tak sanggup dan saya sedih sangat masa tu. Bayangkan dia masih adik2 lagi. Semasa pregnant Ayish saya terpaksa Ayard putus susu sebab susu kurang dan bila dia menyusu dia awal kehamilan saya tak tahan sakit sangat. Semasa Anaqi lain pulak, Ayish menyusu masih rasa seperti biasa. Setiap kali check up kat KK saya selalu tanya pendapat doktor untuk terus menyusu atau sebaliknya. Lain doktor lain pendapatnya. Ada yang cakap boleh teruskan selagi tak memudaratkan. 

Jika ada jawapan yang cakap tak boleh , saya tak dapat terima kenyataan sebab tak sanggup. Saya terus google berkenaan kes saya ni. .Alhamdulillah ada jawapan yang positif..janji saya kena jaga makan betul-betul.Dalam jaga makan betul-betul, saya kena makan air gula tiga kali lew. . .nafsu makan membuak-buak kot. Bila timbang berat, tak boleh terima .Siap cakap penimbang ni salah kot. .tapi bila makan tak ingat dunia. Alasan anak lapar ni. .:)

Saya teruskan menyusu Ayish sehingga umur dia tepat dua tahun. . kiranya saya menyusu Ayish & Anaqi ni secara Tandem Nursing. Tandem Nursing????tandem nursing bermaksud menyusu anak yang berbeza umur dalam masa serentak. Terima kasih Allah bagi pengalaman tandem nursing ni kat saya. Ya Allah, rezeki penghasilan susu semasa tandem nursing memang diluar jangkaan. Ayish bila nampak Anaqi nak mula menyusu. .soalan dia Ayish punya mana. .Ayish nak jugak. .Ayishhh??? Ok. . .ok. .ibu faham.

Seronok sangat. .bila dapat tengok dua beradik sama-sama menyusu. Bagi ibu-ibu yang merancang untuk tandem nursing, nanti akan dengar orang tanya soalan ni . .cukup ke untuk adiknya bila abang pun menyusu sama???Kesian kat adik. .tu biasa la. Jawap ja Insyaallah cukup..tengok adik dia makin debab ja. Dengan cara ni, Ayish tak terasa diri dia terasing bila dapat adik.Yang paling penting, mempercepatkan penghasilan susu. Bila permintaan tinggi, lagi banyak penghasilan dia. .dan mengelakkan pembengkakkan susu.Ibu yang tandem nursing sangat sangat dinasihatkan banyak minum air . Bab makan saya rasa ibu yang menyusu, memang kuat makan kan. .lepas ja pam atau menyusu.Automatik lapar teramat. Perasan tak kita bagi ja anak menyusu, terus dahaga. Semasa saya menyusu Ayish semasa kehamilan,sebenarnya dapat mempercepatkan kelahiran dengan rangsangan isapan pada payudara yang menyebabkan hormon oktitosin untuk bekerja(saya akui, anaqi lahir ke dunia pada 37 minggu 3 hari.). 

Pengalaman saya, semasa saya baru naik kerja semasa tandem nursing. Stok ebm untuk dua kali sesi pam,32 oz . kalau tak dapat sebanyak tu. Apa-apa pun untuk tandem nursing ni, kena kuat semangat..jangan stress2 tau..lagi satu semasa saya dalam pantang. Doktor tak benarkan saya ambil sebarang ubat atau jamu. Jadi, saya memang bergantung pada pemakanan yang saya ambil ja. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.


Love,

ibufayyadhfarisfudhail

No comments:

Post a Comment