Nuffnang

Thursday, 31 December 2015

PIzzA Vs Satay???


Assalamualaikum. . .


Entri penghujung 2015, kebanyakkan throwback ja tau. . .RESTORAN PIZZA VS SATAY??? korang pernah makan tak kat sini. Saya masa encik suami sebut nama restoran ni. Mula tu memang blur ja. 

Saya perasan pagi tu encik suami kusyuk ja godek2 pakcik google dok cari tempat makan yang besh2. .dan dia tak bagi tau pun nak makan kat mana. . bila tanya nak pegi mana .dia hanya jawab ada la.

Masa dalam perjalanan tu saya tanya nak pegi mana pun masih tak nak bagi tau. .bila sampai ja kat USJ. .saya tanya lagi nak pegi mana ni. .tak bagi tau jugak.  Bila dah dok tercari2 dan pusing2. Akhirnya baru dia bagi tau tolong tengok jap signboard Pizza vs Satay. 

Bila dah sampai depan Restoran Pizza vs Satay saya tengok macam tak menarik pada mulanya.. dah masuk dalam restoran baru ceq tau. Restoran ni terletak di kawasan perumahan. Dekorasi restoran ni berkonsepkan english Style. Semasa saya pergi tu nampak tak ramai orang . Rupanya restoran ni orang ramai datang pada sebelah malam.










Encik suami yang bagi tau kat restoran ni, orang selalu buat reunion dan sambutan hari lahir. Mula tu memang saya beranggapan tempat ni tak besh ja. .sedap ke makanan kat sini sebab tak orang sangat pun. .sebab tu orang cakap don't judge book by its cover.

Selepas dah makan kat sana,sampai sekarang saya masih teringat salah satu makan kat sana. Nak tau makan yang apa??? jom kita layan menu2 yang terpilih hari tu. .

ni salah satu menu yang saya suka. .rugi kalau pegi sini tak order menu ni





Saya pun terfikir juga kenapa pizza vs satay..Dan dah terjawab kenapa pizza vs satay nama restoran ni. .rupanya kat sini makanan dia dah bergabung antara timur & barat dalam satu restoran. Jadi kalau tak makan masakan barat. .boleh la makan nasi lemak ke.nasi goreng ke. Opppsss, saya perasan kat sini pelanggan berbangsa cina yang datang kebanyakkan order nasi lemak. Mesti nasi lemak kat sini meletupkan.

Nak cuba sendiri jom terjah ke Restoran Pizza vs Satay bertempat di 2, Jalan USJ 11/3j, Usj 11, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Pasti hangpa berpuas hati dengan layanan , tempat makan yang selesa, parkir pun senang dan yang pasti harga makanan yang berpatutan.

Encik suami terima kasih bawak ibu makan kat sini semperna besday ibu yang ke-27. . . .


Wednesday, 30 December 2015

Mengopee di Kelab Kopi Batu Pahat

Salammmm. . . 

Apa yang menarik kat Batu Pahat??Kalau orang tanya apa yang menarik kat Batu Pahat.
Serius yang saya tau Asam Pedas, nasi beryani, Mee Racun, Jalan-jalan kat Pasar Karat,(baru-baru kawen dulu teruja kot g sana sebab pertama kali jalan2 kat pasar karat, tak beli pun. Jalan-jalan cuci mata ja), sambal kicap makan dengan tempe ke pisang goreng+ubi goreng, yang saya perasan lagi rumah orang kat BP ni tak sah kalau xdak pokok ubi kayu..kat tepi jalan pun banyak ja orang jual ubi kayu(ubi kayu rebus makan dgn sambal ikan bilis) dan tak sah kalau balik kampung tak singgah kilang kerepek Parit Lapis Laman. Dua bulan sebelum ni, kat FB ada viralkan tempat-tempat makan yang menarik kat Batu Pahat. Rupanya banyak jugak tempat yang menarik tertarik kan..???

Bagi saya yang menarik lagi kat Batu Pahat ni, kedai-kedai yang terdapat di Jalan Mohd Akil. .tak pecaya korang pegi sendiri??unik sangat kedai-kedai kat sana. . .Nak santai-santai dengan kawan dan keluarga sesuai sangat. .


Salah satu kedai yang selalu saya suka singgap kedai Al- Haq Bakeri. .mesti ada cakap ala kedai roti ja pun . Apa yang menariknya. .roti kat sini lembut, gebu dan yang penting fresh from the oven dan murah sangat harga roti2 kat sini.

Dengar ja tempat makan yang baru + makanan dia tip top, saya dan encik suami mula la nak jejak langkah. Kadang-kadang godek2 kat IG, mula saya nak mencuba tempat makan baru. .selalunya encik suami layan.. Kebetulan semasa encik suami singgah beli roti Al-Haq dia terperasan ada satu keda tu namanya Kelab Kopi.

Keesokkan  tu, terus dia bawa kami anak beranak makan kat situ..kelab kopi sesiapa yang pergi sana. Mata mesti nak pandang sana . .pandang sini. .menarik sangat dekorasi kedai ni. jom kita mengopeeee




++++ Kelab Kopi telah berpindah ke Jalan Abu Bakar. Kelab Kopi yang baru ni lebih selesa, ruang makan yang lebih luas dan sesuai untuk santai2 bersama keluarga dan rakan2.
dannnn bolehlah kita berselfie macam Mr Papa Kebenaran. .sesiapa yang belum tonton Boboiboy . .cepat2 penuhi cinema. .serius besh cerita ni. tak kering gusi. .ada ja lawak dari Mr Papa.. sokong cerita tmpatan. .hero2 saya sanggup bersengkang mata nak tengok aksi2 Boboiboy dan kwn2.

Marriott Putrajaya

Salam. . .

Sebelum berakhir 2015 nak jugak masukkan entri ni. Sebenarnya plan hari tu nak bawak Fayyadhfarisfudhail pegi Colmar Tropicale Bukit Tinggi. . .tapi memang sedih sangat. .dah naik atas tu. fuhhh!!! ramai betul . ingat yang datang tu untuk melawat atas tu ja. .rupa-rupanya ramai yang bermalam kat situ. Perhatian untuk yang plan untuk ke sana, tolong tempah bilik awal-awal. jangan jadi macam saya. Konon nak walk in ja..tunggu punya tunggu. .memang dah tak ada rezeki untuk bermalam kat sana. Tunggu tu kot la ada yang akan cancel ke. .tapi tak jugak.


Masa dalam perjalanan turun bawah tu, saya google ja hotel-hotel yang berdekatan. penuh jugak. Akhirnya tergerak nak check in kat hotel dekat kawasan Putrajaya juga. hotel Marriott. Memandangkan mode nak bercuti dan bermalam di hotel. kena la tunaikan permintaan anak-anak tersayang. 3F ni memang suka sangat kalau sebut nak tido kat hotel. Saya terus telefon hotel Marriot, alhamdulillah masih ada bilik kosong. .

Setelah meredah kesesakkan lalu lintas, tepat jam 6.00 petang baru kami sampai di lobi hotel. Check in dah lewat ni kena la buat permintaan banyak sikit. Saya minta pemandangan yang cantik...cantik pun kira pemandangan swimming pool la. .lepas tu, minta check out lewat. Nasib diorang layan jugak. 

Bagi yang tercari-cari hotel untuk menginap di Putrajaya. Hotel ni antara hotel yang terdekat dan yang paling menarik sekali. .dekat sangat dengan IOI Mall. .jalan kaki pun dah sampai. Apa yang menarik???Semua menarik la di sini. .tempat makan, swimming pool dan tempat untuk anak-anak bermain. Jom kita layan gambar.




















Tuesday, 22 December 2015

I Faris Hijazi I Konsert & Anugerah Murni Ayu Manja 2015 I

Assalamualaikum.....



19 Disember 2015 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh anak kedua saya, Faris Hijazi. Bukan Ayish ja. .ibu dan abah dia pun tak sabar nak tengok Ayish buat persembahan. Setiap hari asyik nyanyi ja lagu yang dia kena hafal. .semua ada tiga buah lagu, lagu twinkle twinkle little star, ikan kekek dan rama-rama. .tapi lagu yang selalu dia nyanyi rama-rama yang cantik. 

Biasa la bila anak nak buat persembahan ibu, abah dan abang ayadh pun turut nyanyi sama untuk tolong Ayish berlatih. . .saya memang tak sabar nak tengok Ayish buat persembahan. Anak no dua memang lain sangat kerakter dengan anak pertama. Setuju tak??? Dua minggu sebelum buat persembahan memang pengasuh Ayish  iaitu kak ika, nabila dan Mel  dah pesan minta tolong belikan seluar hitam, tshirt putih berkolar dan kostum sayap rama-rama.

Selagi tak dapat cari dan beli kesemua barang tu,memang tak puas hati kot. Bila dah dapat cari tenang rasa. Tu baru anak 2 tahun 6 bulan nak buat persembahan. Misi pertama, dapat beli Tshirt putih. .  saya cari kat Mothercare IOI Mall, masuk2 ja MC terus pergi kat pakaian lelaki, cari tshirt putih berkolar dan  jumpa seperti yang diimpikan. Saya  beli ja memandangkan tengok harga pun berpatutan. Saya dapat beli satu barang ja. .pergi hari bekerja. masa rehat pendek ja.

Misi 2, saya cari seluar hitam dan kostum sayap rama-rama. Saya beli kat IOI Mall Putrajaya jugak. Saya memang plan nak beli kat Parkson. Alhamdulillah dapat senang jugak dapat dengan harga yang berpatutan. .dan kostum sayap rama-rama tu. Encik suami beli kat Dengkil. masa tu hujan renyai-renyai.Ayish tau tak abah redah ja hujan untuk cari barang Ayish. Auntie ika yang cadangkan beli kat Dengkil tapi yang murah tu dah habis. yang tinggal cuma RM14.90 sekali dengan skirt dan cekak rambut. Beli ja semua tu walaupun set untuk perempuan. .mana tau nanti ada rezeki dapat anak perempuan kan...??? Ayish guna sayap rama-rama tu ja.

Konsert Ayu Manja 2015 telah diadakan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Presint 4, Putrajaya. Pukul 9 pagi , saya bergerak dari rumah. Sebenarnya dah lewat kami bertolak pagi tu. Saya sampai terus daftar dan hantar Ayish ke bilik persiapan kat Dewan Perdana Nur. Pukul 10.30 pagi baru konsert bermula.




Sebelum tu, semua ibu bapa diminta untuk tunggu di ruang menunggu di luar dewan. Konsert pagi tu dimulakan dengan bacaan doa oleh anak daripada Taska Nur. Kemudian persembahan dari anak-anak berumur 5 dan 4 tahun gabungan 3 taska. Selesai ja persembahan pertama. Ucapan daripada Pengusaha Taska,Datin Radziah.




Setelah berakhirnya ucapan daripada kak radzi(panggilan mesra),acara yang ditunggu-tunggu pun dipersembahkan. Persembahan daripada kelas Ayish. Encik suami terus bangun berdiri kat sebelah dewan. Masa tu, Ayish dah berada kat tengah pentas.  Ingat dia tak nampak abah dia. Rupa-rupanya dia nampak. Saya tengok kat bawah ni muka dia dah nak nangis ..dok sebut abah. .lepas tu, dia pergi kat belakang cakap kat auntie jiejah nak abah. Nasib auntie jiejah berjaya pujuk. 






Serius saya bersyukur dia tak nangis lepas tu, takut jugak. dia turun pentas tu. Saya cari-cari jugak  encik suami dok rakam video Ayish kat mana. Rupanya dia duduk betul-betul depan pentas. Ibu tak kisah la Ayish buat persembahan macam mana pun. Apapun ibu dah bangga Ayish dapat buat persembahan dan nak diri kat atas pentas tu. 







Kesemua persembahan hari tu memang terhibur dan ada yang mencuit hari dengan keletah anak-anak semasa persembahan.Terima kasih auntie-auntie kelas Ayish dan semua yang terlibat untuk menjayakan konsert Ayu Manja 2015.

##nak tengok video Ayish??? jom tonton